Download App
46.17% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 411: Fitnah (3)

Chapter 411: Fitnah (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik Jun Xie dibuang dari akademi, Li Zi Mu tidak perlu risau lagi tentang penipuannya terbongkar. Tuan Guru yang dihormati seperti Gu Li Sheng pula tak akan merendahkan maruahnya untuk masuk campur dalam hal pergaduhan biasa di antara para pelajar. Lagipun nanti Gu Li Sheng akan dianggap seperti berat sebelah.

Jadi, selagi dia dapat menyingkirkan Jun Xie, Li Zi Mu akan selamanya dianggap sebagai mangsa yang telah terseksa!

Keadaan di dalam dewan makan itu semakin tegang dan kabus hitam sudah mula menyelubungi kucing hitam kecil itu.

Mata Jun Wu Xie semakin dingin. Mungkin dia lebih suka menyendiri dan tidak bergantung dengan orang lain. Namun begitu, dia juga tak akan menerima sahaja apabila dianiaya dan dimalukan.

"Apa yang kamu semua buat di situ!?: Tiba-tiba satu jeritan bergema ke seluruh dewan makan tersebut. Jeritan itu seperti guruh dan membingitkan telinga setiap orang di dalam dewan!

Satu susuk tubuh meluru melepasi mereka dan tiba-tiba berdiri di sebelah Jun Xie. Susuk tubuh yang tinggi dan sasa itu melindungi badan Jun Xie daripada kerumunan itu sepenuhnya dan menarik semua perhatian mereka ke atas dirinya.

"Se….. Senior Fan?" Kumpulan pemuda yang baru saja mahu menerkam Jun Xie itu menyedari siapa susuk tubuh tinggi lampai yang berdiri di hadapan mereka ini dan keadaan yang menggila itu terus menjadi reda.

Pemuda tinggi yang berdiri di hadapan Jun Xie dan menghalang laluan pemuda-pemuda lain itu tak lain tak bukan ialah Fan Jin!

Senyuman Fan Jin yang biasanya kelihatan bersahaja itu telah lenyap tanpa kesan dan wajahnya kini kelihatan amat marah. Renungan matanya yang membara memandang semua pemuda yang mengelilingi Jun Xie.

Fan Jin baru saja melangkah masuk ke dewan makan itu sewaktu dia terus terlihat susuk tubuh yang kecil dan lemah dikelilingi sekumpulan pemuda yang ganas. Melihatkan budak yang pendiam dan suka menyendiri itu berdiri sendirian dalam keadaan tidak berdaya serta dikelilingi oleh para pemuda yang agresif, sifat pelindung Fan Jin terus muncul. Dia langsung tidak teragak-agak dan bergegas untuk berdiri menentang kumpulan itu!

"Kamu mahu apa dengan Jun Xie?" Fan Jin bertanya dengan tegas pada kumpulan pemuda itu. Mukanya berkerut.

Renungan Fan Jin yang garang itu tertumpu pada kumpulan pelajar-pelajar baru ini. Mereka tiba-tiba merasakan lutut mereka menggigil di hadapan pelajar senior ini.

Mereka tahu siapa Fan Jin! Dia mendapat tempat keempat pada Kejohanan Pertempuran Roh yang lalu! Di seluruh Akademi Zephyr ini, hanya ada tiga orang yang boleh mengalahkan dia dalam pertempuran!

Hakikat yang dia juga merupakan anak angkat Guru Besar, memberikan Fan Jin status yang tinggi. Para pelajar lain tak berani untuk menimbulkan kemarahannya.

Kebanyakan pelajar senior juga tak berani menentang Fan Jin. Pelajar-pelajar baru ini tak berani untuk bersuara membantah sekalipun.

"Kami….. Kami hanya mahu Jun Xie….. minta maaf pada Zi Mu….." Salah seorang pemuda itu menggumam sambil menundukkan kepala. Kesombongannya tadi terus lenyap.

"MInta maaf?" Fan Jin semakin berkerut.

"Ya. Jun Xie hampir mencuri tempat Zi Mu di dalam fakulti Pemulih Roh dan hampir membuatkan Zi Mu terlepas peluang untuk menjadi Pemulih Roh. Jun...Jun Xie patut minta maaf. Kami hanya mahu dia minta maaf. Kami tak buat apa-apa padanya." Seorang lagi pemuda di situ dengan perlahan mempertahankan tindakan rakan-rakannya, mati-mati merasakan perbuatan mereka itu tidak salah.

Minta maaf saja? Mata Fan Jin mengecil sewaktu memandang meja yang diterbalikkan dan pinggan mangkuk serta makanan yang berselerakan. Dia ketawa dingin di dalam hatinya.

Satu kumpulan pemuda mengelilingi Jun Xie dan membuat keadaan di situ menjadi bersepah. Kalau mereka hanya mahukan permohonan maaf, mereka tak akan bertindak begini.

Tapi…..

"Apa maksud kamu mencuri tempat Zi Mu? Jun Xie ialah pelajar yang dipilih oleh Tuan Guru Gu. Saya tak mahu dengar kamu merepek begini," kata Fan Jin sambil berkerut.

"Senior Fan tak tahu?" Para pemuda ini bertanya setelah mendengar kata-kata Fan Jin. Mata mereka bersinar dengan harapan.

Mereka terfikir yang Fan Jin ini memang dikenali sebagai orang yang baik dan sering berjuang demi keadilan. Bagaimana dia boleh memilih untuk menyebelahi pesalah seperti Jun Xie? Nampaknya Senior Fan tak tahu apa yang dah berlaku!

"Tahu apa?" tanya Fan Jin dengan kurang sabar. Dia baru saja selesai berlatih di fakulti Roh Binatang. Fan Jin tidak mendengar apa-apa tentang berita menggemparkan yang telah tersebar ke seluruh Akademi Zephyr pada pagi itu.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C411
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login