Download App
36.62% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 326: Menjelmanya Awan Ribut (2)

Chapter 326: Menjelmanya Awan Ribut (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Qin Yue tak pernah menyangka yang seorang pengikut bawahan dari Puncak Awan Tersembunyi berani serta begitu mudah sekali mendedahkan perjanjian rahsia di antara Qin Yue dan "Ke Cang Ju" kepada khalayak ramai. Budak ni mesti dah penat hidup!

Qin Yue menjadi panik. Kalau Jun Xie dibenarkan terus bercakap, keadaan akan menjadi semakin teruk. Tetapi Jun Xie tidak memberikan peluang untuk Qin Yue mencelah dan meneruskan kata-katanya, "Tuan Pemerintah mengatakan yang dia mahu membalas dendam untuk Cuk Sulung dan Tuan Tua Jiang. Dia mahu Tuan Tua Ke mencipta racun baru. Para pengikut yang kami ambil itu dikorbankan untuk pembuatan racun baru tersebut. Mereka tu cuma pengikut saja. Membalas dendam untuk Cik Sulung serta Tuan Tua Jiang lebih penting."

Kata-kata Jun Wu Xie kuat dan jelas kedengaran di telinga para Tuan Tua yang duduk di dewan itu. Jun Wu Xie bercakap tanpa berhenti. Kelajuannya juga tidak terlalu pantas atau terlalu perlahan bagi memastikan setiap butir kata itu jelas kedengaran.

Wajah Qin Yue menjadi merah padam.

Ekspresi wajah Tuan Tua lain menunjukkan perasaan terkejut. Mereka merenung Qin Yue dengan perasaan tidak percaya. Mata mereka membara dengan kemarahan.

Berita kematian Cik Sulung mereka serta Tuan Tua Jiang sudah sampai ke telinga Tuan Tua lain sebulan yang lalu. Mereka menyangkakan ayah yang penyayang seperti Qin Yue akan cepat-cepat menghantar satu pasukan untuk membalas dendam. Tetapi selepas menanti selama sebulan, tak ada tindakan yang telah diambil. Mereka menyangkakan Qin Yue sudah berubah.

Tetapi pendedahan Jun Wu Xie membuatkan mereka sedar yang Qin Yue tidak berniat mahu melepaskan pembunuh-pembunuh itu. Dia sebenarnya sedang merancang untuk menjadikan pembalasan dendamnya lebih menyeluruh dan lengkap!

Keinginan Qin Yue untuk membalas dendam sepatutnya tidak melibatkan puncak-puncak lain. Namun begitu, siapa sangka Qin Yue telah dibutakan oleh perasaan dendamnya sehingga tidak mempedulikan mereka dan membenarkan "Ke Cang Ju" menggunakan nama Pemerintah lalu memalukan Tuan Tua lain?

Kalaupun mereka memerlukan korban untuk membuat ujikaji ke atas racun baru, mereka dengan mudahnya boleh menggunakan pengikut Rumah Luaran. Kenapa mereka berkeras mahu memilih pengikut-pengikut Tuan Tua lain? Jelas sekali yang sejak mula lagi Qin Yue tahu apa yang "Ke Cang Ju" sedang lakukan dan Qin Yue membiarkan saja niat jahatnya. Qin Yue mengatakan apa yang dia lakukan ini ialah untuk membalas dendam demi Qin Yu Yan dan Jiang Chen Qing, tetapi niat sebenarnya pasti hanya untuk Qin Yu Yan sahaja. Jiang Chen Qing hanya sekadar alasan!

Sebagai Pemerintah, dia hanya bertindak untuk kepentingan dirinya sendiri dan membunuh pengikut-pengikut kumpulan itu. Dia juga tidak mempedulikan maruah dan reputasi Tuan Tua lain dan membiarkan mereka dipijak-pijak. Ini bukan sikap seorang pemimpin!

Pandangan yang mereka lontarkan kepada Pemerintah itu penuh perasaan tidak puas hati berbaur kemarahan.

"Budak tak tahu malu! Berhenti berbohong! Sebagai Pemerintah Kumpulan Qing Yun, bagaimana saya boleh melakukan kekejaman yang melampaui batas begini?" Wajah Qin Yue pucat. Mahu saja dicekik-cekik budak muda di hadapannya ini.

Mungkin dia bersetuju dengan permintaan kejam "Ke Cang Ju" tapi ini semua dilakukan secara rahsia. Kalau Tuan Tua lain mengesahkan hal ini, habislah dia!

Selama ini Qin Yue sentiasa melindungi Ke Cang Ju tetapi dia juga melakukannya secara diam-diam. Dia sentiasa berpura-pura adil dan saksama, tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Dia tahu sesetengah perjanjian yang mereka lakukan tidak boleh dibenarkan terdedah secara terang-terangan.

Dia memanggil "Ke Cang Ju" ke sini hari ini kerana menganggap "Ke Cang Ju" itu mungkin sombong tapi bukannya bodoh. Untuk menenangkan situasi ini, "Ke Cang Ju" hanya perlu meminta maaf dengan Tuan Tua lain. Ditambah pula dengan sedikit kata-kata daripada Qin Yue sebagai pemerintah dan ketegangan ini akan dapat ditenangkan.

Tapi siapa tahu apa sebenarnya yang sudah merasuk "Ke Cang Ju" hari ini. "Ke Cang Ju" dengan tak tahu malunya langsung tidak kelihatan kesal atau bersalah dengan tindakannya. Sebaliknya, dia menunjukkan sikap menghina dengan menyuruh pengikutnya bercakap. Pengikut itu pula dengan mudahnya mendedahkan setiap butiran perjanjian rahsia yang dibuat oleh Qin Yue dan Ke Cang Ju!

Bila masanya "Ke Cang Ju" ini menjadi begitu dungu? Dia tak sedarkah kesan tindakannya ini?

"Pengawal! Heret penipu yang merepek bukan-bukan ni keluar dari sini!" Qin Yue tak mahu mendengar sepatah kata sekalipun keluar dari mulut Jun Wu Xie kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi situasi yang sedang dihadapinya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C326
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login