Download App
13.7% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 122: Seni Pembunuhan (4)

Chapter 122: Seni Pembunuhan (4)

Editor: EndlessFantasy Translation

Mo Xuan Fei pernah melihat orang yang keji sebelum ini tapi tiada siapa yang lebih keji daripada Jun Wu Xie!

Dia secara terang-terangan telah mengaitkan kesalahan lampau para pegawai ini dengan tuduhan serangan ke atas Mo Xuan Fei yang langsung tidak ada kaitan. Dan dia melakukannya ke atas para pegawai istana yang berpangkat tinggi!

Berani dia buat begini!

Pada ketika ini, Mo Qian Yuan yang dari tadi memerhatikan sahaja apa yang berlaku, mula meragui jika Jun Wu Xie benar-benar dilahirkan dalam Keluarga Jun. Walaupun Keluarga Jun memiliki kekuatan, mereka sangat mementingkan keadilan. Mereka tidak mampu melakukan apa-apa sekalipun dengan cara yang hina. Apa yang lebih pelik ialah, Jun Wu Xie kelihatan serius sepanjang semua ini berlaku. Ini bukanlah perlakuan seseorang yang masih muda sepertinya!

Dari mana dia dapatkan segala bukti kesalahan pegawai-pegawai ini?

Dia telah menyediakan semuanya dan telah menyimpan bukti-bukti berkenaan selama ini. Apa yang menakutkan ialah perancangan teliti yang diperlukan untuk melaksanakan semuanya!

Menyerang seseorang dengan secara tidak langsung!

Rancangan ini ternyata rumit!

Jun Wu Xie mengambil segala bukti yang telah Jun Xian kumpulkan dengan bersusah-payah. Bukti-bukti ini semuanya disediakan oleh Jun Xian sendiri, namun dia tidak berpeluang menggunakannya kerana Istana Lin ditindas daripada segala arah. Dia menyimpan semuanya di dalam bilik bacaannya. Jun Xian tidak pernah menjangkakan semua ini akan digunakan Jun Wu Xie dengan cara sebegini!

Jun Xian tahu jika semuanya didedahkan kepada Maharaja sekalipun, baginda tidak akan berbuat apa-apa. Malah baginda mungkin akan meningkatkan tekanan ke atas Istana Lin.

Namun begitu, Jun Wu Xie telah menggunakan bukti-bukti ini sebagai alasan, dan membunuh para pegawai tersebut seorang demi seorang atas 'perintah Maharaja'. Segala bukti-bukti itu digunakan sebagai justifikasi terhadap hukuman yang dijalankan.

Suara rakyat merupakan senjata paling menggerunkan.

Jun Wu Xie telah menggunakan setiap faktor dan memikirkan segala-galanya, sewaktu dia membuat rancangan ini.

Apa sahaja yang tidak dapat dilakukan oleh Jun Xian dan Jun Qing, biarlah dia yang menanggung semuanya. Dia tidak peduli apa yang terjadi padanya. Apa yang dia mahukan hanyalah menyingkirkan musuh-musuh Istana Lin, dan memaksa Maharaja untuk menyerahkan Jun Xian!

Seorang demi seorang pegawai-pegawai itu menjadi mangsa pedang anggota Tentera Rui Lin. Pintu Pagar Istana perlahan-lahan dipenuhi darah dan satu hamparan berwarna merah delima seakan-akan terbentuk. Udara semakin menyesakkan dengan bau kematian.

Tapi semua ini belum berakhir.

Selagi Maharaja tidak menyerahkan Jun Xian, Jun Wu Xie akan membunuh para pegawai ini seorang demi seorang.

Walau apa sekalipun yang berlaku, Jun Wu Xie tidak akan menyerah kalah!

Tubuh badan Maharaja hampir menjadi lemah longlai. Bibir baginda semakin pucat dan urat-urat mula timbul. Baginda mengetap giginya dalam kemarahan.

Maruah Diraja baginda sedang diinjak-injak tanpa henti oleh gadis muda ini! Setiap minit Jun Wu Xie melakukan sesuatu, dan tindakannya sama seperti menampar muka baginda!

Namun begitu, di bawah ugutan seratus ribu angkatan Tentera Rui Lin, Maharaja tidak dapat menentangnya!

Jun Xian sangat setia dengan negara tetapi dia menghadapi penindasan dari Maharaja. Sebaliknya, Jun Wu Xie langsng tidak mempedulikan Maharaja dan memijak-mijak maruah Maharaja serta mengetepikan kuasa baginda. Maharaja mula tidak sedap hati...

Memandangkan orang yang baik sentiasa dibuli, Jun Wu Xie bersumpah dia tidak akan jadi orang yang baik!

Walaupun selepas kematiannya, dia akan memberitahu neraka yang dia tidak boleh dipandang rendah! Jangan bangkitkan kemarahannya! Kalau ada orang yang menyentuhnya, dia akan menjadi mimpi ngeri buat mereka!

Selagi Jun Xian tidak muncul, dia tidak akan berhenti.

Walaupun dia perlu menukarkan seluruh istana ini menjadi tapak perkuburan, dia tetap mahu mencari datuknya!

Kebencian Maharaja dan Mo Xuan Fei terhadap Jun Wu Xie kini berubah menjadi ketakutan. Mereka gerun dengan tindakannya. Dia sangat dingin dan tidak berperikemanusiaan, bukan? Ini bukanlah gaya biasa Istana Lin. Mereka dapat merasakan mereka berdua juga hampir terperangkap.

Pada ketika itu, Maharaja dipenuhi sesalan. Kenapalah mereka membangkitkan kemarahan Keluarga Jun? Kalaulah baginda tahu Cik Muda Keluarga Jun ini sangat berbahaya, baginda pasti tidak akan cuba menyentuh mereka sekalipun!

"Cepat! Cepat hantar orang untuk menghentikan mereka! Kita TAK BOLEH bunuh Jun Xian! Kalau dia dibunuh, budak gila ini pasti akan memburu dan membunuh kita!" Maharaja tiba-tiba tersedar. Perbuatan melulu seperti ini, ke mana hala tujunya? Apa maksud di sebalik semua pembunuhan ini?


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C122
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login