Download App
11.91% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 106: Ribut Bergelora (2)

Chapter 106: Ribut Bergelora (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa kamu kata?" Jun Xian merenung lelaki itu, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Pegawai Lin sedar Tuanku sedang menyiasat kegiatan jahatnya. Saya tak pasti bagaimana dia tahu. Dia tiba-tiba saja membunuh semua orang di kediamannya sewaktu saya ke sana untuk menangkapnya tadi. Saya tak sangka kemahiran berlawannya lebih hebat dari saya. Dia mengalahkan berpuluh-puluh orang pengawal dan berjaya lari. Saya tidak setanding dengannya, jadi saya datang ke sini meminta bantuan Tuan! Saya merayu pada Tuan. Kalau dia dapat melepaskan diri, Tuanku tidak akan ada belas kasihan terhadap saya." Li Ran merayu sambil melutut di hadapan Jun Xian.

Tangan Jun Xian yang tersembunyi di sebalik lengan bajunya, digenggam kuat. Dia menggunakan seluruh kekuatannya untuk menyembunyikan perasaan terkejut yang menyelubunginya.

Mustahil lelaki yang lurus seperti Lin Yue Yang akan membunuh seluruh isi rumahnya semata-mata kerana dikenakan tuduhan yang tidak berasas!

"Di mana dia sekarang?" tanya Jun Xian dengan dingin.

"Saya menghantar orang mengekorinya. Dia sudah meninggalkan Bandar Diraja dan menuju ke arah tenggara." Cepat-cepat Li Ran menjawab.

"Saya akan bertolak sekarang." Jun Xian enggan percaya yang Lin Yue Yang mampu melakukan perkara yang dahsyat seperti itu. Tetapi Li Ran telah menyaksikan Lin Yue Yang membunuh isterinya sendiri. Jika mereka dapat menangkap Lin Yue Yang, mereka akan terus membunuhnya.

Keluarga Jun terhutang budi dengan Lin Yue Yang. Jun Xian tidak akan melupakan perkara ini. Dia sendiri akan menguruskan hal ini. Dia akan membawa Lin Yue Yang pulang demi mendedahkan perkara sebenar dan memastikan lelaki itu selamat.

Sebahagian besar pengawal Istana Lin mengiringi Long Qi yang keluar menghantar pil ubat. Jun Xian mengumpulkan pengawal-pengawal yang tinggal. Walaupun jumlah mereka sedikit, setiap seorang hebat berlawan.

Tanpa teragak-agak, Jun Xian memulakan pencariannya.

Satu bayang tersembunyi memerhatikan Jun Xian meninggalkan Pintu Pagar Kota. Di sebalik kegelapan, dia menyeringai dengan jahat.

"Tuan Jeneral, walaupun kamu ini tajam akal, kamu tak akan biarkan Lin Yue Yang mati sia-sia kerana kamu terhutang budi dengannya." Bayang-bayang hitam itu ketawa sebelum berpusing. Tangannya diletakkan di belakangnya. Di dalam lorong gelap itu, beratus-ratus pasang mata yang dingin dan kejam merenungnya.

"Kamu pasti kebanyakan pengawal Istana Lin sudah keluar dari bandar ini?" Bayang-bayang itu bertanya dengan teragak-agak.

"Saya pasti! Saya nampak sebilangan besar pengawal mengiringi beberapa kereta kuda keluar dari sini tadi."

"Kamu tahu ke mana mereka pergi?"

"Saya tak tahu. Pengawal dari Istana Lin itu semuanya anggota Tentera Rui Lin. Kawasan di luar Pintu Pagar Kota terlalu terbuka dan saya tak berani mengekori mereka kerana bimbang mereka akan menyedarinya. Tapi saya juga sudah pastikan yang kebanyakan pengawal yang ada di Istana Lin mengikut Lin Wang pergi mengejar Lin Yue Yang. Hanya tinggal tidak lebih daripada lima belas orang pengawal sahaja di Istana Lin.

"Lima belas orang askar dari Tentera Rui Lin?" Bayang hitam itu ketawa.

"Saya mahu lihat jika skuad pembunuhan diri seramai tiga ratus orang ini boleh menghapuskan Istana Lin malam ini! Laksanakan arahan saya! Pergi menyusup masuk ke Istana Lin dan timbulkan kekecohan. Saya tak mahu ada sesiapa sekalipun di kediaman itu yang masih hidup sebaik matahari terbit! Terutama sekali Jun Wu Xie dan si sampah Jun Qing itu. Saya mahu kamu bawa kepala mereka!"

"Arahan Tuan akan kami laksanakan!"

Dalam sekelip mata, semua bayang hitam di situ lenyap.

Bayang-bayang hitam yang memberikan amaran tadi, memanjat naik satu menara tinggi di Bandar Diraja dan memandang ke arah Istana Lin.

Selepas malam ini, Istana Lin tidak akan wujud lagi. Keluarga Jun akan dihapuskan!

Bulan yang bersembunyi di sebalik awan yang gelap menjadikan keadaan malam semakin kelam.

Di dalam kesunyian malam itu, beratus-ratus bayang hitam menyusup masuk ke Istana Lin.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C106
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login