Download App
6.06% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 54: Teknik Pertapaan Pelik (1)

Chapter 54: Teknik Pertapaan Pelik (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Teratai Kecil menangis teresak-esak sambil membantah, "B...Buku-buku itu bukannya tak berguna…"

[Hmph]

Kucing hitam kecil itu mengangkat tangannya dan dengan pantas menolak buku paling atas dalam timbunan itu jatuh dari meja.

"Tidaaaaaaaaak" Wajah Teratai Kecil menjadi pucat sambil dia mengengsot ke depan dan menerpa untuk 'menyelamatkan' buku itu. Dia mendakap erat buku itu untuk melindunginya.

Kucing itu mengecilkan matanya sambil melihat ke arah Teratai Kecil yang sedang memandangnya dengan mata penuh rayuan.

Swish. Kucing itu tidak mempedulikan Teratai Kecil dan menolak jatuh sebuah buku lagi.

Keadaan ini berterusan. Kucing hitam kecil itu menolak jatuh buku-buku dari meja dan Teratai Kecil mengengsot dengan wajahnya dibasahi air mata dan kakinya yang pendek berlari tergesa-gesa dalam cubaannya untuk menyelamatkan buku-buku itu.

"Sudah." Jun Wu Xie akhirnya bersuara, menghentikan drama yang sedang berlaku.

Teratai Kecil jatuh ke lantai akibat kepenatan. Kedua-dua tangannya memegang erat beberapa buah buku yang berjaya diselamatkannya. Matanya yang berkaca memandang Jun Wu Xie.

"Kenapa kamu sayang sangat buku-buku ni? Kamu nak guna untuk apa?" Jun Wu Xie merehatkan dagunya di atas tangannya dan memandang Teratai Kecil yang sedang menangis teresak-esak di atas lantai.

"Bukan untuk saya. Ini untuk Tuan." kata Teratai Kecil.

Jun Wu Xie mengangkat keningnya sedikit.

Sewaktu dia menyelak-nyelak buku-buku itu semalam, memang isinya tentang berkebun. Mengajar cara-cara menanam pokok dan bunga. Melainkan...budak kecil ini mahu dia jadi...pekebun?

"Ini...ini...apa yang dipanggil teknik pertapaan." Teratai Kecil membawa buku-buku itu kepada Jun Wu Xie dengan tangannya yang kecil.

"Teknik pertapaan?" Jun Wu Xie terkejut.

Teratai Kecil mengangguk.

"Ya, saya roh jenis tumbuhan jadi Tuan tak boleh gunakan teknik pertapaan biasa yang Tuan baca sebelum ini. Jangan memandang rendah buku-buku ni, semuanya jarang ditemui. Tuan saya sebelum ini tak berjaya menemui barang bagus sebegini jadi dia tidak berjaya memupuk sebarang tenaga rohani. Jadi saya rasa nasib Tuan memang sangat baik…" Teratai Kecil mencuba sebaik mungkin untuk menjelaskan hal ini kepada Jun Wu Xie, cuma sifatnya yang pemalu dan berat mulut membuatkan kata-katanya kurang meyakinkan.

Jun Wu Xie memandang buku-buku itu. Kalau Teratai Kecil tidak menjelaskan hal ini kepadanya, dia tidak dapat membayangkan buku-buku usang ini sebenarnya menyimpan teknik pertapaan yang amat berharga!

"Menanam pokok boleh meningkatkan tenaga rohani?" Dengan bersahaja Jun Wu Xie menyelak-nyelak buku paling atas dalam timbunan itu.

Teratai Kecil mengangguk-angguk dengan penuh teruja.

"Apa yang patut saya tanam?" Dia langsung tidak mengenali mana-mana spesis pokok dalam buku itu.

Teratai Kecil dengan cepat mengangkat tangannya dan menunjuk ke arah hidungnya.

"Saya! Tanam saya!"

"....." Jun Wu Xie terdiam. Dia juga tidak dapat membayangkan dirinya menanam biji benih teratai dan apabila tiba masa menuai...muncul banyak makhluk seperti Teratai Kecil. Hanya kepala mereka terjulur keluar dari tanah sedangkan badan mereka masih tertanam. Pelik sungguh jadinya nanti!

"....." Jun Wu Xie menggigil memikirkannya.

"Dalam buku ini ada menyatakan, selagi Tuan letak saya dalam bekas berair, eh, bukan sayalah tapi biji benih saya, ia akan mula menyerap air, tumbuh dan mengumpul tenaga rohani yang kemudiannya Tuan boleh serap pula. Apabila biji benih saya membesar menjadi teratai, walaupun kesannya tidak sama hebat seperti memakan saya, Tuan masih boleh mendapat kesan yang baik dengan memakan teratai-teratai itu!" Teratai Kecil berkata dengan gembira dan mengelip-ngelipkan matanya yang masih bergenang dengan air mata.

Jun Wu Xie merasakan jika Teratai Kecil mempunyai ekor, pasti dia sudah menggoyang-goyangkannya sebagai tanda gembira.

"Nampaknya cara ini lebih senang berbanding teknik-teknik lain yang pernah saya baca?" Dia sudah membaca banyak buku dan semuanya teknik itu kelihatan rumit. Malah ada yang begitu cerewet dengan teknik pernafasan! Buku-buku ini pula isinya mudah difahami.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menanam pokok!


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C54
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login