Download App

Chapter 46: Takut?

Editor: EndlessFantasy Translation

Tiada siapa yang menjawab soalan 413. Kemudian gelombang api dan serangan meriam menuju ke arah 413 dan pasukannya.

"Jahanam! Aktifkan Perisai Cahaya," 413 memberi arahan. Jelas sekali pihak lawan cuba membunuh mereka semua supaya mereka tidak memecahkan rahsia. Nampaknya tidak ada ruang untuk mereka berdiplomasi.

Sebaliknya, apabila pasukan musuh nampak mecha lawan mereka menggunakan perisai cahaya yang maju, pemimpin mereka menjadi berang, "Kenapa tentera pemberontak mempunyai senjata jenis ini? Nampaknya maklumat itu betul. Seseorang di peringkat atasan ketenteraan telah mengkhianati Persekutuan. Teruskan menyerang, dan pecahkan perisai itu! Bunuh mereka semua. Ini arahan komander. "

"Baik, Tuan!" Berikutan arahan itu, tembakan jarak jauh yang lebih ganas menuju ke arah pasukan 413, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak.

"Tuan, apa yang perlu kita lakukan?" tanya ahli pasukan 413 sambil mereka menangkis serangan lawan dengan perisai cahaya mereka. Walaupun mereka ialah veteran, pembunuh yang telah kembali dari medan perang, yang mampu menyembelih tentera musuh tanpa belas kasihan, mereka masih enggan menentang tentera dari negara mereka sendiri.

"Nombor 3, hubungi ibu pejabat. Nombor 5, lindungi kami. Yang lain, serang bersama-sama saya!" 413 memberi arahan tanpa ragu-ragu. Dia menarik pedang cahaya daripada belakangnya, dan meluru ke arah musuh.

413 pasti yang pihak lawan mereka ialah pasukan mecha yang telah ditipu oleh pegawai mereka. Mereka tidak tahu yang misi mereka sebenarnya satu kesilapan. Namun, dia tidak boleh ada belas kasihan. Dia bertanggungjawab ke atas nyawa lima orang bawahannya dan tidak akan membiarkan mereka mati disebabkan keraguannya. Tambahan pula, lawan mereka ingin membunuh seorang kanak-kanak yang tidak bersalah. Ini ialah sesuatu yang dia tidak akan benarkan...

Semua ahli pasukannya menerima arahan kapten mereka. Medan perang bukanlah tempat untuk menjadi teragak-agak atau mempunyai belas kasihan. Hanya orang yang lebih kejam, akan menang.

Pasukan tentera mecha itu nampak empat mecha musuh bergegas ke arah mereka, dengan perisai cahaya mereka diaktifkan. Kapten mereka berdehem dan berkata dengan tegas, "Lancarkan kabel letupan."

Mereka berenam mematuhi arahan itu dan setiap mencha melepaskan tembakan naga yang membara, menumpu pada empat musuh yang mendekati mereka.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi beberapa tembakan dan enam naga itu meletup dengan serta-merta. Sejurus selepas itu, beberapa bom pada kabel letupan itu pula meletup. Terdapat ledakan yang luar biasa, menyebabkan bumi bergetar, dan kawasan itu penuh dengan asap.

Rupa-rupanya, Nombor 5, yang bertanggungjawab dengan melepaskan tembakan perlindungan, telah menggunakan senapang partikel-cahaya pada tangan kanannya untuk melepaskan enam tembakan, menghala pada kabel-kabel letupan itu dan mengakibatkan letupan berlaku, demi melindungi 413 dan yang lain.

Oleh kerana penglihatannya dikaburkan dengan asap, kapten pasukan mecha musuh itu teragak-agak. Patutkah dia terus mengatasi musuh dengan menggunakan hanya kekuatan senjata api? Walau bagaimanapun, keadaannya yang sedang berhenti sejenak, ini sudah cukup untuk musuh mereka. Sistem mechanya mengeluarkan amaran, "Bahaya. Musuh dikesan. Elak, elak... "

Tindakan pertamanya ialah berundur dengan cepat, kerana melalui celah-celah asap itu, dia sudah nampak ketua mecha lawan sedang datang meluru menuju ke arahnya.

Dalam keadaan panik, dia mengangkat pistol partikel-cahaya di tangannya, dan cepat-cepat menekan picu itu. Pada saat ini, dia betul-betul terlupa bagaimana untuk mengelak sewaktu berada dalam mesinnya. Dia hanya memikirkan cara untuk mengundurkan lawannya atau menghentikan serangan mereka.

Kemudian, dia melihat lawannya tiba-tiba menyimpang dari jalan lurusnya dan bergerak mengikut arah yang aneh serta dengan cepat berjaya mengelak serangan partikel-cahayanya. Anak matanya mengecil, dia menjerit dengan terkejut, "Pengelakkan bebas! Bagaimana dia tahu pergerakan mengelak paling maju dalam ketenteraan kita? Apa ini?" Walaupun dia ialah salah seorang pelajar terbaik di sekolah ketenteraan, dia masih belum mempelajari kemahiran ini. Mengapa orang yang begitu hebat berada dalam pasukan pemberontak?

'Apa yang sedang berlaku sebenarnya?' Pada ketika ini, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan situasi ini. Tetapi sudah terlambat.

Melalui sistem komunikasinya, kedengaran bunyi jeritan ketakutan rakan sepasukannya, tetapi, sebelum dia sempat bertanyakan masalah mereka, paparan mechanya sendiri telah mati. Tidak kira betapa bersungguhnya dia berusaha untuk menghidupkannya semula, menekan butang permulaan berulang kali, mechanya tidak bertindak balas.

Kemudian dia menyedari, pemandu pergerakan mechanya pasti telah dimusnahkan oleh lawannya. Jadi dia kini terperangkap, tanpa jalan keluar.

Kenapa perlu berakhir dengan cara ini? Bagaimanakah dia, seorang graduan hebat yang cemerlang dalam pengajian ketenteraannya, kalah pada pengendali mecha dari pasukan pemberontak itu? Adakah perintah dunia telah terbalik? Kapten pasukan tentera mecha itu tersandar di kerusi kawalannya yang tidak lagi berfungsi, mukanya pucat kerana dia tidak boleh percaya dengan semua ini.

Semasa 413 menyerang, dia masih menunjukkan belas kasihan. Dia hanya memusnahkan pemandu pergerakan mecha, mengelak gerabak juruterbang dan menyelamatkan nyawa pengendali itu. Ini juga kerana jurang dalam kebolehan mereka sangat berbeza, dan ini membolehkan 413 mempunyai kebebasan memilih.

413 mengetap giginya sambil memandang enam mecha yang tidak bergerak itu. Nasib baik tentera mecha ini masih kurang pengalaman dan tidak pernah menumpahkan darah sebelum ini. Jika tidak, senjata musuh yang lengkap, bertembung dengan koleksi pistol partikel-cahaya dan pedang cahaya mereka, akan membuatkan keputusan pertempuran ini lebih sukar untuk ditentukan.

Pada ketika ini, Nombor 3, yang telah berjaya menghubungi ibu pejabat, melaporkan pada 413, "Tuan, komander telah mengarahkan kita menyeludup orang-orang ini ke Ibu Pejabat Angkatan Bilah, dan menghancurkan mecha mereka sepenuhnya. Lebih baik membiarkan pihak lawan fikir yang juruterbang mereka mati bersama mesin mereka."

413 mengangguk, dan menerima arahan itu. "Nombor 3 dan Nombor 5, tinggal di sini dan laksanakan arahan komander. Yang lain, ikut saya dalam misi menyelamatkan. "

"Ya!"

Pasukan 413 berpecah pada dua kumpulan dan empat mecha yang masih utuh bergerak ke arah kedudukan terakhir Ling Ling.

Bersama-sama dengan tiga ahli pasukannya, 413 terbang sambil mengupas mata mereka, tetapi tidak nampak apa-apa yang aneh. Mereka tidak dapat menentukan posisi sebenar Ling Lan dengan cara ini.

Tanpa harapan yang tinggi, 413 memberi arahan pada pasukannya, "Berpecah dan cari. Beritahu saya secepat mungkin jika kamu nampak sesuatu yang aneh."

"Ya!" Selepas menerima arahan tersebut, tiga mecha di belakang 413 terbang mengikut arah yang mereka telah pilih secara rawak.

413 mengawal mechanya dan terus terbang ke hadapan. Dia sangat bimbang. Disebabkan pasukan musuh tadi, mereka telah dilambatkan selama 5 minit. Dalam masa 5 minit, apa-apa sekalipun boleh berlaku. Dia sangat berharap yang Ling Lan, dan sesiapa yang bersama dengannya, boleh bertahan, sehinggalah dia dapat menyelamatkan mereka.

Mereka perlu mencari Ling Lan secepat mungkin, jika tidak, semuanya akan menjadi sia-sia.

Sementara 413 sedang mencarinya, di dalam kereta apung Ling Lan, mereka sedang dikejar dan kini berada dalam situasi genting.

Ketika mereka mengelak, kereta apung mereka telah terkena peluru berpandu jarak jauh pihak lawan, sekali lagi. Kereta apung itu mengeluarkan amaran, memberitahu mereka yang kenderaan mereka akan hancur dalam masa 56 saat.

Disebabkan tekanan pergerakan melampaui batas kelajuannya, kebolehan pertahanan kereta apung mereka sudah berada di ambang keruntuhan. Ditambah pula dengan kerosakan yang diterima daripada serangan itu, kereta apung itu kini tidak dapat bertahan lagi.

"Takut?" tanya Ling Qin dengan senyuman sambil mengusap-usap kepala Ling Lan. Sebelah tangannya, sedang memegang senapang submesin partikel-cahaya jenis II.

"Tidak!" jawab Ling Lan dengan tenang, seolah-olah dia tidak peduli sama ada dia hidup atau mati. Ini membuatkan Ling Qin terkejut namun turut menjadi bersemangat pada masa yang sama. Nampaknya bapa borek anak rintik. Pastilah dia tidak tahu yang sikap tidak berperasaan Ling Lan terhadap kematian, ialah disebabkan oleh pengalamannya di ilusi hutan purba, dalam ruang belajar. Di sana, Ling Lan telah belajar yang ketakutan dan kegerunan tidak akan menyelamatkan nyawanya. Hanya dengan kekal tenang sahaja barulag dia akan mempunyai peluang untuk hidup.

"Jaga diri sendiri!" Ling Qin mengusap kepala Ling Lan beberapa kali dan mengangkat kepalanya untuk memandang keluar tingkap. Dengan cepat, otot-otot seluruh badannya menjadi sangat tegang dan dia bersedia untuk menyerang. Ling Lan juga melakukan pergerakan yang sama, cuma tidak kelihatan terlalu ketara.

Sementara itu, sekarang tinggal kurang daripada 10 saat pada pengiraan detik Ling-Kosong-Tujuh...


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C46
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login