Download App
5.78% TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 40: Mabuk Kerana Segelas Wain!

Chapter 40: Mabuk Kerana Segelas Wain!

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun 137 telah berjaya menyelesaikan misinya, dia masih merasa gelisah. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Atas sebab itu, dia segera melaporkan pada komandernya mengenai gangguan yang dia rasakan dalam sistem Pusat Akademi Pengakap.

Setelah mendengar laporan 137, ekspresi komander itu menjadi tegas. Adakah ini seperti yang disyaki oleh Jeneral? Adakah pembunuh Mejar Jeneral Ling Xiao kembali bertindak?

Dia mengingatkan 137 untuk tidak memberitahu sesiapa, dan membenarkannya balik dan berehat. Kemudian dia membuka peranti komunikasinya dan menekan nombor yang dia jarang hubungi.

Tidak lama kemudian, seorang jeneral pertengahan usia muncul di skrin hologram. Mukanya kelihatan serius.

 "Hai, Tuan Jeneral, lama tidak jumpa." Komander itu yang selalunya garang di hadapan anggota tenteranya, kini kelihatan lebih bersahaja.

"Oh, budak tak guna ini rupanya. Bukankah kamu sedang bercuti? Kenapa kamu ada begitu banyak masa untuk menghubungi saya?" Suara komander itu yang amat dikenalinya membuatkan ekspresi wajah jeneral itu menjadi lebih lembut.

"Bukankah pihak tentera yang menghantar kami ke Pusat Akademi Pengakap untuk mengendalikan ujian ini?" komander itu bersungut dengan selamba.

Muka jeneral itu menjadi tegang dan dia cepat-cepat berkata, "Menjaga kanak-kanak juga salah satu cara untuk berehat."

Komander itu ketawa. "Ya, betul!"

Perkara itu habis di situ. Terselindung di sebalik kata-kata jeneral itu, dia yang menyebabkan mereka berada di akademi itu.

"Baiklah, kamu mahu apa?" Jeneral itu tahu yang anak sahabat lamanya ini, yang dia telah lihat membesar daripada seorang budak kecil, tidak akan menghubunginya tanpa alasan. Biasanya, jeneral itu tidak akan nampak batang hidungnya sekalipun. Budak ini akan melarikan diri daripadanya secepat mungkin.

Muka komander itu menjadi suram apabila dia teringat tujuan dia menelefon jeneral itu. Dia melaporkan tentang apa yang berlaku pada Ling Lan, dan gangguan yang dirasai oleh 137 di dalam rangkaian maya. Oleh kerana kehadiran mereka di akademi pengakap itu ialah disebabkan oleh rancangan jeneral itu, besar kemungkinan hal ini ada kaitan anak Ling Xiao.

"Baiklah," kata jeneral itu dengan tenang, "Biarkan orang lain mengendalikan hal ini selepas ini. Kamu jangan terlibat lagi."

Komander itu menjawab dengan nada suara yang rendah, "Baiklah," kemudian dia bertanya, "Adakah anak Mejar Jeneral Ling Xiao dalam bahaya?" Berdasarkan kata-kata jeneral itu, dia boleh meneka apa yang sedang dirancangnya.

Jeneral itu tidak menjawab soalan itu dan hanya berkata, "Pergi bercuti. Jangan risau tentang apa-apa lagi." Kemudian jeneral itu terus menamatkan panggilan.

Komander itu menatap skrin gelap di hadapannya, dan mukanya menjadi muram. Kata-kata jeneral itu secara tidak langsung telah memberikan jawapan kepadanya. Jeneral itu sendiri tidak dapat menjamin yang tidak akan ada masalah lain selepas ini.

Komander itu tahu, demi masa depan Persekutuan, pengorbanan perlu dilakukan. Pengintip dalam pihak tentera persekutuan perlu dihapuskan. Jika tidak, kejadian seperti kes Ling Xiao akan berlaku lagi dan Persekutuan tidak mampu kehilangan seorang lagi pengendali kelas-dewa.

Namun, dia tetap berasa marah. Sepanjang perkhidmatannya dengan Persekutuan, idolanya, Majer Jeneral Ling Xiao sudahpun dikorbankan. Adakah anaknya harus dikorbankan juga? Dia berdiri untuk seketika, merenung jauh, dan selepas memikirkannya, dia memutuskan yang dia perlu ikut gerak hatinya kali ini.

Dia menelefon seseorang. "413, dukacita saya ingin katakan, percutian kamu telah dibatalkan." Selepas membuat keputusan, keadaannya yang murung tadi sudah lenyap dan dia cukup ceria sehingga boleh bergurau dengan 413.

Rintihan 413 yang penuh hiba dapat didengari di peranti komunikasi itu, tetapi hati komander itu keras seperti besi dan dia tidak mempedulikan mata 413 yang sayu. Dia terus memberikan arahan, "Sila terima tugasan baru kamu."

Mendengar arahan yang diberikan, 413 menukar ekspresi wajahnya dan berdiri tegak. "Nombor 413, sedia untuk bertugas!"

"Mulai sekarang, selama sebulan, kamu dan pasukan kamu akan melindungi Ling Lan dari Pusat Akademi Pengakap secara rahsia." Komander itu berharap perancangannya dapat menjamin keselamatan anak Majer Jeneral Ling Xiao, sebagai penghormatan terhadap pemergian idolanya.

"Ling Lan? Siapa Ling Lan?" soal 413 dengan bingung. Mereka baru sahaja menyelesaikan tugasan mereka di Pusat Akademi Pengakap. Tetapi sebelum dia dapat meraikan pembebasan mereka, dia perlu menjadi pengasuh sepenuh masa pula. Nasib baik dia tidak akan menderita seorang diri. Dia mempunyai 5 orang bawahan di dalam pasukannya. Ini membuatkan dia berasa lega sedikit.

"Budak 0723 yang kamu suka itu," kata komander itu.

Ekspresi wajah 413 menjadi serius. "Adakah negara musuh telah menjejakinya? Adakah dia dalam bahaya?" 413 tahu yang terdapat banyak pengintip dalam persekutuan. Banyak bakat muda telah dibunuh dengan kejam oleh negara musuh.

"Mungkin," kata komander itu tanpa mengesahkannya. Lagipun dia hanya membuat spekulasi sahaja.

"Baik, Tuan. Saya akan melindunginya bersama-sama pasukan saya. Tuan boleh mempercayai kami," kata 413 dengan tegas. Dia mungkin akan merungut lebih lama lagi jika ini ialah budak lain, tetapi jika nombor 0723, dia langsung tidak membantah.

Jika Ling Lan dibesarkan dengan betul, pasti yang dia akan menjadi pengendali yang cemerlang. Sejak Mejar Jeneral Ling Xiao meninggal dunia, Persekutuan kekurangan pengendali yang mahir. Oleh itu, kanak-kanak yang berpotensi untuk menjadi pengendali yang cemerlang, sangat dihargai oleh Persekutuan.

"Tunggu sebentar. Saya akan meminta 137 untuk menghantar maklumat Ling Lan ke komunikator kamu. Ingat, ini ialah tugasan rahsia. Jangan biarkan sesiapa tahu akan kehadiran kamu," komander itu berkata dengan tegas.

"Ya!"

*********

Keesokan harinya, surat pemberitahuan rasmi dari Pusat Akademi Pengakap tiba di peranti pemberitahuan umum keluarga Ling, memaklumkan pada mereka tentang penerimaan Ling Lan ke dalam kelas khas. Keluarga Ling yang sebelum ini sepi, kini penuh dengan kegembiraan selepas mendapat berita itu.

Lan Luofeng sangat teruja apabila dia membaca maklumat yang terkandung di dalam surat itu. Walaupun dia tidak keberatan jika Ling Lan menjadi budak nakal, namun semua ibu bapa bangga dengan kejayaan anak mereka dan Lan Luofeng juga tidak terkecuali. Sudah tentulah perkara yang paling penting, kemasukan Ling Lan ke Kelas Khas-A bermakna dia tidak perlu belajar di sekolah dan bebas memilih kursus sendiri. Ini juga dapat mengurangkan risiko jantina sebenarnya didedahkan. Inilah sumber kegembiraan terbaik bagi Lin Lang.

Lan Luofeng sangat gembira, lalu memutuskan untuk membuat sambutan besar-besaran. Oleh itu, dia meminta penjaganya, Ling Qin, untuk membuat perancangan pesta untuk seisi keluarga Ling bersatu dan meraikannya. Ini ialah parti berskala besar pertama yang diadakan sejak pemergian Ling Xiao. Suasana yang meriah ini hampir membuatkan Ling Qin menangis.

Ini juga kali pertama Ling Lan bertemu dengan semua kakitangan luar dan pekerja rumah Keluarga Ling. Semua kakitangan dan pekerja dijemput kecuali sesetengah pengawal yang terpaksa menjaga keselamatan perimeter rumah Ling. Ling Lan memandang wajah mereka yang teruja dan penuh harapan, dan buat pertama kalinya, dia merasakan tanggungjawabnya yang sangat berat. Jadi, dia hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri... dia ialah harapan dan impian seisi keluarga Ling.

Dan kumpulan ini tidak termasuk pengikut setia keluarga Ling. Jika tiada lagi keluarga Ling, maka mereka akan kehilangan pengikut setia mereka juga.

Buat pertama kalinya, Ling Lan memahami maksud sebenar identiti barunya, dan tanggungjawab yang harus dipikulnya. Walaupun umurnya sudah lebih daripada 30 tahun, yang bermaksud dia sudah dewasa, tetapi dia membayangkan dirinya sebagai orang biasa sahaja, yang bertanggungjawab atas dirinya sendiri. Sekarang secara tiba-tiba, dia perlu bertanggungjawab di atas harapan dan kehidupan ramai orang... Ini membuatkannya panik.

Ling Lan, seorang yang biasanya tenang sahaja, akhirnya tidak tahan lagi. Tanpa sedar, dia mengambil segelas wain merah dan menghabiskannya terus dalam beberapa teguk sahaja, kemudian... dia terjatuh, kerana terlalu mabuk.

Dalam kehidupannya sebelum ini, disebabkan keadaan badannya, Ling Lan telah dilarang daripada minum minuman beralkohol dan apa-apa minuman yang boleh menjejaskan kesihatannya. Dalam kehidupan ini pula, dia telah dihalang oleh Lan Luofeng kerana dia terlalu muda. Oleh itu, mindanya mahupun badannya yang kecil tidak dapat menahan kesan alkohol. Ini menyebabkan mabuk dengan hanya segelas wain.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C40
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login