Download App
4.47% TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 31: Siapa yang Lemah, Tidak Berhak Bersuara

Chapter 31: Siapa yang Lemah, Tidak Berhak Bersuara

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kenapa?" pemeriksa itu menanyakan soalan yang sama dengan senyuman menyindir, "Adakah ada di antara kamu yang berhak bertanya?"

Han Jijyun tidak takut dengan kata-kata pemeriksa itu. Seperti biasa, dia berkata dengan tenang, "Bukankah ujian telah tamat? Pemeriksa di garisan permulaan telah menyatakan dengan jelas yang sebaik sahaja kami sampai ke garisan penamat, ujian kelajuan dan stamina akan tamat. Jadi kami berhak untuk menolak arahan Tuan. "

Han Jijyun tahu yang mereka semua sudah tidak larat lagi. Ada di antara mereka yang tidak mampu lagi berdiri dan hanya berjaya melakukannya kerana mereka berkeras memaksa diri. Mereka mungkin tidak mampu untuk mengambil satu langkah sekalipun, apatah lagi mahu menyerang pemeriksa itu.

Pemeriksa itu memandang Han Jijyun. Mata pemeriksa itu menunjukkan dia berkenan dengan sikap Han Jiyun. Budak ini tenang dan mempunyai fikiran yang analitis dan tidak mudah dipengaruhi oleh kuasa pesaingnya. Di samping itu, dia dapat mempertahankan pendiriannya dengan bukti, menunjukkan pemikiran logik yang kukuh, dan cekap menangkap isi utama dan mengesan kelemahan logik dalam percakapan orang lain. Secara keseluruhannya, dia calon yang baik untuk menjadi ahli strategi ketenteraan.

Namun, tidak kira betapa dia mengagumi Han Jijyun, dia tidak akan mengubah fikirannya. Dengan senyuman mengejeknya, dia berkata, "Oi budak, saya akan mengajar kamu semua peraturan pertama yang perlu kamu ketahui untuk bertahan dalam dunia ini. Yang lemah tidak berhak bersuara."

Dia memandang setiap kanak-kanak yang sedang marah dengannya itu, dan sepuluh pasang mata yang garang dan degil membalas pandangannya. Dia berpuas hati. Jika mereka tidak marah dengan kata-katanya, maka sia-sia sahaja ibu bapa mereka membesarkan mereka.

Apabila pemeriksa itu memandang Ling Lan, dia sedikit terkejut. Mata Ling Lan paling tenang di antara sepuluh orang kanak-kanak itu, tenang seperti air, dalam dan tidak dapat dibaca. Adakah dia terlalu takut? Atau adakah dia memahami muslihat pemeriksa itu? Atau mungkin dia tidak kisah dengan semua ini? Pemeriksa itu mengerutkan dahinya, dan memerhatikan Ling Lan seketika.

Namun, pemeriksa itu tidak tahu yang pandangannya yang penuh dengan aura membunuh itu langsung tidak memberi kesan pada Ling Lan. Perlu diingat yang Ling Lan telah membesar dengan tekanan menggerunkan daripada Nombor Satu. Oleh itu, taktik menakutkan seperti ini tidak memberi kesan langsung pada Ling Lan.

Dia menahan perasaan ingin tahunya terhadap Ling Lan. Wajah pemeriksa itu bertukar menjadi licik, dan dia tersengih dengan kejam sambil berkata, "Kamu semua boleh memilih untuk mengabaikan arahan saya. Walau bagaimanapun jika kamu buat begitu, keputusan ujian kelajuan dan stamina kamu... maaf, kamu semua akan gagal." Aura membunuhnya tiada semasa dia berkata demikian, seolah-olah aura itu tidak pernah wujud. Tetapi kata-katanya kejam, secara bersahaja dia mengancam untuk memusnahkan impian dan cita-cita kanak-kanak itu.

Kata-kata ini menyebabkan muka semua kanak-kanak dalam kumpulan Ling Lan menjadi muram. Mereka telah datang dengan penuh keyakinan untuk mendaftarkan diri dalam akademi pengakap terbaik ini, bukannya pulang dengan rasa malu.

"Kami berhak mengemukakan aduan." Ekspresi muka Han Jijyun sangat dingin. Dia memang seorang budak yang sangat pintar, tetapi tidak kisahlah betapa pintarnya dia, dia tidak berdaya menghadapi kata-kata mngarut yang tidak masuk akal ini. Dia sangat marah menjadi sebak. Inilah kali pertama dia merasai kemarahan akibat ditindas dan dianggap sebagai lemah.

"Ish, ish, ish! Kamu tidak baca peraturan ujiankah? Mana-mana kanak-kanak yang mengadu atau membantah, keputusan mereka akan dibuang untuk tahun ini. Mungkinkah kamu semua hendak menunggu dan cuba lagi tahun depan?" Pemeriksa itu tertawa sambil menggelengkan kepala. Dia berjalan ke arah Han Jijyun dan berhenti di hadapannya. Kemudian membongkok sedikit untuk memandang tepat ke mata budak lelaki itu untuk mengejeknya. Dengan perlahan, dia menyebut sepatah demi sepatah, "Pelajar yang pandai tetapi gagal!"

Ekspresi ini, kata-kata ini, dan pandangan yang acuh tidak acuh ini, semuanya terlalu menyakitkan hati. Nampaknya, pemeriksa ini memang meminta untuk dibelasah.

Meminta untuk dibelasah? Ling Lan merasakan seperti sesuatu tidak kena, dan dengan serta-merta menjerit dalam mindanya, 'Empat Kecil, kamu mengganggu pemikiran saya lagi?'

Empat Kecil duduk keseorangan di satu sudut, dengan muka muram. Mukanya yang bulat kini kelihatan seperti ladu apabila dia bercakap sambil memuncungkan mulutnya, 'Dia terlalu jahat! Membuli kanak-kanak!'

Baiklah, Ling Lan masih lagi belum marah. Tetapi Empat Kecil, dengan tahap mentalnya yang belum matang, telah membenci pemeriksa itu bagi pihaknya. 'Tuan, pukul dia demi saya.'

Ling Lan tersenyum sedikit. 'Apa ganjaran saya?'

Empat Kecil terpinga-pinga. Dia tidak sangka Ling Lan akan meminta sesuatu sebagai ganjaran melaksanakan permintaannya. Tidakkah Ling Lan tahu yang permintaan ini Empat Kecil kemukakan demi dia?

'Kenapa?' Empat Kecil merengek. Adakah hos dia tidak marah?

'Kamu yang kata kamu mahu saya memukul dia 'demi kamu'. Oleh kerana saya akan membantu kamu, sudah tentu kamu perlu memberikan saya sesuatu.' Senyuman sinis Ling Lan membuatkan Empat Kecil berfikir yang Ling Lan sama seperti pemeriksa itu, seorang dewasa yang membuli kanak-kanak.

'Tetapi dia membuli kamu! Kamu tidak marah?' Empat Kecil tidak faham. Pemeriksa itu terlalu kejam sehinggakan dia juga berasa marah... kenapa Ling Lan begitu tenang?

'Buli saya? Saya tidak rasa begitu.' Walaupun Ling Lan tidak tahu kenapa pemeriksa itu begitu keras kepala, namun, dia tidak mengesan niat jahat pada pemeriksa itu.

Ling Lan sangat berterima kasih atas segala tekanan yang Jurulatih Nombor Satu dan Nombor Sembilan telah berikan padanya sepanjang tahun ini. Mereka telah memberinya satu kebolehan yang tidak dianggap sebagai kebolehan sebenar, iaitu dia boleh mengesan jika seseorang mempunyai niat jahat atau niat membunuh terhadapnya. Sudah tentulah menurut Jurulatih Nombor Satu, keupayaan Ling Lan ini masih pada peringkat asas, tidak begitu berkesan dan agak tidak berguna. Jika dia berhadapan dengan pakar atau pembunuh sebenar, Ling Lan akan mati sebelum dia sempat mengesan apa-apa.

Kata-kata Ling Lan membuatkan Empat Kecil ingin menarik rambutnya. Hosnya ini tidak sensitif langsung. Sangat jelas yang pemeriksa itu sedang membuli mereka, seperti tamparan pada muka, tetapi dia masih boleh mengatakan yang dia tidak terasa apa-apa?

Ling Lan ingin menenangkan Empat Kecil tetapi tiba-tiba ekspresi wajahnya berubah. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena dengan aura Qi Long. Kuasa spiritual Qi Long sedang tidak stabil.

'Bantu saya memikirkan cara untuk lulus peperiksaan Jurulatih Nombor Satu lagi tiga hari!' Ling Lan memberitahu permintaannya, dan tanpa memberi peluang untuk Empat Kecil membantah, dia keluar dari ruang mindanya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Qi Long dan Ling Lan perlu menumpukan perhatian padanya.

Pada ketika ini, saraf Ling Lan menjadi tegang. Dia sangat berjaga-jaga sambil membongkok sedikit dan kedua-dua tangannya diturunkan dan dibengkokkan sedikit. Kelihatan seolah-olah tangannya disilangkan, satu menghala ke atas dan satu lagi ke bawah. Kaki kanannya melangkah sedikit ke belakang, menumpukan berat badannya pada tumitnya. Ini merupakan kedudukan asas pertempuran yang dia telah belajar tahun ini daripada Nombor Sembilan. Kedudukan rehat neutral ini terbaik untuk menyerang atau bertahan, memudahkan badannya bergerak dan mengeluarkan tenaga.

Tiba-tiba Qi Long mengangkat kepalanya dan semua orang dapat melihat matanya yang merah, penuh dengan niat membunuh. Walau bagaimanapun, niat membunuh ini hanya diarahkan pada pemeriksa itu. Nampaknya ejekan pemeriksa itu terhadap Han Jijyun membuatkan Qi Long marah sehingga hampir meletus.

Pemeriksa itu terkejut apabila dia dapat mengesan niat membunuh Qi Long dan cepat-cepat melompat ke belakang. Kemudian dengan cepat dia mengubah perilaku dan kedudukannya. Matanya menunjukkan kesediaan untuk bertempur.

Qi Long menyalak dengan kuat sekali dan menyerang selaju torpedo. Dia mengayunkan penumbuknya yang digenggam erat ke arah pemeriksa itu. Kedengaran bunyi pelanggaran yang kuat dan debu berterbangan, menghalang penglihatan semua orang.

Adakah Qi Long berjaya memukul pemeriksa itu? Adakah dia berjaya menjatuhkan pemeriksa itu? Kanak-kanak yang lain tidak dapat melihat apa-apa dengan jelas dan hanya dapat berpandangan sesama sendiri dengan tidak berdaya.

Ling Lan sahaja yang kelihatan serius. Keningnya diangkat sedikit. Walaupun yang lain tidak nampak apa yang terjadi kerana dihalang oleh debu, Ling Lan nampak segala-galanya. Bagi mengatasi masalah penglihatannya terhalang oleh debu dan kotoran, Empat Kecil telah memaparkan segala yang berlaku di antara Qi Long dan pemeriksa itu di dalam mindanya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C31
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login