Download App
4.76% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 50: Melaksanakan Teknik Penumbuk Penubuhan Asasi dengan Betul

Chapter 50: Melaksanakan Teknik Penumbuk Penubuhan Asasi dengan Betul

Editor: EndlessFantasy Translation

Song Shuhang mengangguk dengan serius dan membuka imej kedua <Teknik Penumbuk Buddha Asas>, dan menghafal kandungannya dengan betul.

Selepas itu, dia menyelami diri ke dalam dunia <Teknik Penumbuk Buddha Asas> dengan senang.

Padang rumput hijau tua yang sama, lelaki kuat yang sama, ulangan <Teknik Penumbuk Buddha Asas> yang sama… satu sahaja perbezaannya ialah perlaksanaannya telah bertukar gaya.

Darah Song Shuhang mendidih semasa menyaksikannya—dia tidak sabar untuk meregangkan kaki dan tangannya untuk melaksanakan pergerakan di depannya!

Di dalam ruang istimewa yang dibentuk oleh hipnotisme, masa seperti berlalu dengan cepat, tetapi setiap kali hanya berlalu lebih kurang satu hingga dua minit sahaja.

Mahaguru Ubat memberi Song Shuhang batasan dua jam sahaja. Song Shuhang hanya mengguna satu jam untuk mengalami dan menghafal betul-betul tujuh belas pergerakan <Teknik Penumbuk Buddha Asas> yang lain serta <Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar>.

Dia menyandar pada kerusi dan mengurut pelipisnya. Satu jam ini adalah lebih penat daripada empat jam yang diguna untuk menapis Cecair Penguat Badan. Kepalanya membengkak.

Mahaguru Ubat bertanya, "Dah habis?"

"Dah habis, kita perlu mencari tempat untuk mencuba sekarang ke?" Song Shuhang membuka matanya dengan teruja. Walaupun mindanya sedikit letih, tetapi mengingat balik <Teknik Penumbuk Buddha Asas> menyebabkannya ingin mencubanya dengan segera tidak kira apa pun.

"Kita pergi ke kawasan rumput di bawah sana, ia cukup untuk awak meregangkan tangan dan kaki awak." Mahaguru Ubat menunjuk ke arah kawasan rumput yang tidak jauh dari asrama lelaki.

"Berlatih teknik penumbuk di kawasan terbuka? Bukankah akan menyebabkan adanya risiko seseorang itu mempelajarinya secara sulit?" Song Shuhang berkata dengan ragu-ragu. Mahaguru Ubat berkata sebelum ini—jangan menyampaikan teknik secara persendirian. Bukankah teruk kalau orang lain telah mempelajarinya dan dia disalahkan untuk itu?

Yang lagi penting, untuk berlatih teknik penumbuk di kawasan rumput di mana orang boleh nampak memang memalukan.

Meskipun dia berlatih teknik penubuhan asasi yang tulen untuk pertapa, masalahnya pelajar Bandar Kolej Jiangnan tidak akan tahu kebenarannya.

Mereka akan berpendapat bahawa Song Shuhang sudah menonton terlalu banyak filem seni mempertahankan diri dan manjadi taksub sehingga dia berlatih seni mempertahankan diri di atas rumput.

"Haha, jika teknik penumbuk yang digunakan untuk penubuhan asasi boleh dipelajari dengan hanya melihat gayanya, apa tujuan formulanya? Awak betul-betul ingat barisan perkataan di tepi hanya untuk hipnosis ke? Itulah rahsia sebenarnya yang boleh disampaikan." Mahaguru Ubat berkata sambil ketawa.

"Saya berasa kita patut pergi ke tempat yang lebih tersorok. Bumbung asrama mempunyai ruang yang luas yang tak biasa orang pergi." Song Shuhang berasa dia tidak patut menyerah kalah dahulu.

"Budak ni, ada banyak sangat permintaan ya." Mahaguru Ubat tidak kisah, "Baiklah, kita pergi ke bumbung awak."

Song Shuhang menghembuskan nafas yang lega.

Nyaris-nyaris tidak terlepas—dia tidak mahu mempersembahkan 'pertunjukan malu' di depan orang awam.

Bumbung merupakan tempat yang bagus untuk berasmara, membuat benda gay, menonton tahi bintang… ia telah melahirkan banyak pasangan Bandar Kolej Jiangnan.

Malangnya, terlalu ramai orang suka naik ke bumbung kebelakangan ini, banyak yang suka meniru gaya watak utama Titanic dengan berdiri di luar susur tangan dengan tangan terbuka luas, dan menikmati tiupan angin di muka mereka.

Oleh itu, untuk keselamatan mereka, satu mangga besar ditambahkan ke pintu bumbung asrama lelaki.

Tetapi, mangga besar tersebut bukan masalah untuk Song Shuhang.

Dia mengeluarkan kunci simpanan dari poket, dan membuka mangga besar itu; cikgu pentadbiran asrama telah menyuruh rakan sebilik Song Shuhang, Tubo, untuk membeli mangga besar tersebut pada awal semester. Berdasarkan keperibadian Tubo, perlukah sebab untuk tidak membuat kunci simpanan? Setiap rakan sebilik mempunyai kunci simpanan.

Bumbung asrama dipisahkan di tengah oleh tangga, dan Song Shuhang dengan Mahaguru Ubat memilih kawasan sebelah kiri secara rawak.

Mahaguru Ubat mula menjelaskan kepada Shuhang, "<Teknik Penumbuk Buddha Asas> mempunyai jumlah lapan belas pergerakan; biasanya, awak hanya perlu melaksanakan seluruh set dari mula hingga ke akhir, dan badan awak akan penuh sehingga ia melimpah dengan qi dan darah."

Shuhang mengangguk dan menutup mata, memikir secara mendalam tentang <Teknik Penumbuk Buddha Asas> dari permulaan sehingga ke akhir.

Selepas itu, dia melaksanakan gaya permulaan Penumbuk Asas Nombor Satu.

Dia terpaksa mengaku gaya pengajaran berulang-ulang dalam ruang ilusi sangat berkesan. Pada masa ini, Song Shuhang melaksanakan gaya permulaan <Teknik Penumbuk Buddha Asas>, dan perasaan kebiasaan tertimbul. Ia seperti dia telah berlatih teknik penumbuk banyak kali—badannya bergerak dengan automatik, melaksanakan gaya pertama dengan semulajadi dan lancar.

Ia sangat relaks, tanpa kesukaran. Selepas penapisan Cecair Penguat Badan, kelenturan badan Song Shuhang menjadi seperti seorang mahaguru yoga. Ia tidak akan menjadi masalah meskipun dia membengkokkan badannya sehingga kepalanya sampai ke bahagian bawah sensitifnya; pergerakan <Teknik Penumbuk Buddha Asas> langsung bukan masalah untuknya. 

Perlaksanaan 'Penumbuk Asas Nombor Satu' sehingga 'Penumbuk Asas Nombor Lapan Belas' tanpa berhenti sangat senang, seperti dia melakukan senaman siaran radio.

Yang peliknya selepas melaksanakan teknik penumbuk, dia tidak merasakan 'qi dan darah' langsung. Jangan sebut 'qi dan darah' yang melimpah-limpah.

Apa yang telah berlaku? Song Shuhang memandang Mahaguru Ubat dengan perasaan keliru.

Mahaguru Ubat ternampak renungan Song Shuhang, dan bertanya, "Ada masalah ke?"

"Senior Mahaguru Ubat, saya dah habiskan satu set teknik penumbuk, tapi tak ada rasa qi dan darah pun!" Song Shuhang berkata dengan muram.

"Awak dah habiskan satu set teknik penumbuk? Bila? Kenapa saya tak nampak?" Mahaguru Ubat berkata dengan mata terbeliak.

"Senior, awak tertidur ke?" Song Shuhang bersambung, "Saya baru saja melaksanakan 'Penumbuk Asas Nombor Satu' sehingga 'Penumbuk Asas Nombor Lapan Belas' kan?

"…" Mahaguru Ubat ternganga. "Awak bukan hanya sedang membiasakan diri dengan gaya <Teknik Penumbuk Buddha Asas> ke? Dan membiasakan diri dengan pergerakannya sebelum berlatih?"

"Bukan, saya betul-betul sedang berlatih <Teknik Penumbuk Buddha Asas> dari mula sampai akhir," Song Shuhang berkata dengan ikhlas.

Senior Mahaguru Ubat bukan orang yang berkelakuan seperti orang baik di luar, tetapi secara rahsia dekat dalam sebenarnya orang jahat, betul?

Muka Mahaguru Ubat menggerenyet dan ketawa terbahak-bahak, "Oh, Kawan Kecil Shuhang, teknik penguatan badan Penubuhan Asasi pertapa bukan semudah menunjukkan gaya. Saya dah beritahu kan? Meskipun gaya itu dipelajari oleh orang lain, ia tak akan ada kesan—yang paling penting ialah formula penumbuk!"

Selepas ketawa, Mahaguru Ubat menjelaskan, "Pergi buat sekali lagi, tapi jangan hanya bergaya, lafazkan formula dengan perlahan dan bernafas dengan sewajarnya. Apabila menghayunkan penumbuk, gunakan seluruh daya awak! Jangan bertindak macam perempuan lemah, buat sekali lagi dari mula hingga akhir!"

Rupanya dia bermula dengan salah? Patutlah dia berasa <Teknik Penumbuk Buddha Asas> hanya biasa seperti senaman siaran radio.

Tetapi, adakah Mahaguru Ubat orang jahat secara dalaman? Dia nampak Shuhang bergaya seperti persembahan monyet dan tidak kisah untuk mengingatkannya? 

Menggelengkan kepalanya, Song Shuhang berfikir secara mendalam tentang <Teknik Penumbuk Buddha Asas> sekali lagi.

Selepas itu, dia mula melafaz dengan senyap formula bahasa Cina klasik. Apabila dia mengayunkan penumbuk, dia bukan sahaja menumpukan perhatian kepada gayanya, tetapi juga mengingat kembali kekuatan tumbukan lelaki bermuka kabur itu.

Dalam dunia ilusi, apabila lelaki bermuka kabur melaksanakan tiga gaya 'Penumbuk Asas Nombor Satu', keganasannya tidak dapat dibandingkan, maju tanpa rasa takut, atau ia boleh memadankan kelembutan dengan kekuatan, menggunakan kuasa tujuh puluh peratus sambil menyimpan kuasa tiga puluh peratus; penumbuk mengayun dalam bentuk bengkok tetapi kelihatan seperti terus ke depan.

Song Shuhang perlu menguatkan badan. Sepatutnya, dia perlu memberikan kesemuanya untuk mengeluarkan potensi badannya, hanya dengan begitu kesan penguatan badan boleh dirasai.

Tiga gaya 'Penumbuk Asas Nombor Satu' dilaksanakan sekali lagi.

'Mata sebagai jaring, pergerakan sepenuhnya dilaksanakan oleh pinggang… badan sebagai busur, kaki menghantar tenaga… pergerakan penumbuk seperti runtuhan salji.'

Mata memandang ke hadapan, satu langkah ke depan, tenaga dari pinggang… Penumbuk Asas Nombor Satu dilaksanakan. Penumbuknya seperti meriam, dengan kuasa yang besar dan mendalam.

Satu tumbukan!

"Krang~" Song Shuhang mendengar bunyi loceng yang kuat di tepi telinganya.

Sambil melafazkan formula penumbuk, tenaga yang tidak nampak dan tidak dapat diterangkan tetapi masih nyata sedang bertumpu kepadanya. Tenaga itu menekankan badannya dengan kuat dan menyelubungi tumbukan yang diayunkan.

Sambil mengayunkan tumbukan, badannya menjadi hangat; otot pada bahu, pinggang dan kaki mula semakin letih. Ia bukan seperti dia mengayunkan tumbukan yang mudah, tetapi seperti dia telah melaksanakan Penumbuk Asas Nombor Satu beberapa ratus atau ribu kali!


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C50
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login