Download App
2.38% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 25: Dua Bungkusan Ubat!

Chapter 25: Dua Bungkusan Ubat!

Editor: EndlessFantasy Translation

Ketika pertama kali bertemu dengan Bulu Lembut, pasti seseorang akan mengingati sepasang kakinya yang panjang itu. Tetapi selepas beberapa ketika bersama dengannya, seseorang itu pasti akan teringat pada senyuman malunya yang sangat comel itu.

Pada masa ini, Tubo dan dua lelaki lain berdiri dan segera menuju ke Shuhang sambil bertanya, "Kenapa, Shuhang?"

Mereka bertiga rakan sebilik Shuhang yang berasa bimbang dan ingin tahu apabila mereka melihat seorang lelaki berkulit gelap datang melawat Shuhang.

"Tiada apa-apa, dia penghantar surat. Saya dapat dua penghantaran ekspres dan saya perlu menandatangani bungkusan itu." Shuhang tersenyum dan berpaling ke arah Sima Jiang. "Helo Jiang si kecil, di mana bungkusan itu?"

Jiang si kecil... Sudut mulut lelaki yang memakai sut itu menggerenyet. Sudah lama tidak ada orang yang memanggil dia dengan panggilan sebegitu. 'Aku tidak sangka ada seorang budak lelaki yang berani memanggil aku begitu.'

Walau bagaimanapun, dia masih tersenyum dengan mesra. "Saya telah letakkan dua bungkusan itu di pintu bilik asrama anda. Sila periksa."

"Ok, boleh kita pergi? Tempoh rehat saya cuma 15 minit antara kelas," kata Song Shuhang.

Sima Jiang ketawa dan berkata, "Sebab itulah yang saya datang ke sini!"

❄️❄️❄️

Di tingkat dua asrama lelaki, di hadapan pintu asrama mereka.

Empat lelaki dalam sut hitam mengawal dua kotak bersaiz 80x80 dengan muka yang serius.

Song Shuhang terkejut. "Adakah perkhidmatan Penghantaran Fengshou Express sentiasa sebaik ini?"

Sekiranya begitu, bagaimanakah syarikat penghantaran ekspres lain masih dapat bertahan?

"Haha, perkhidmatan kami sentiasa baik. Tetapi kali ini, pelanggan kami seorang yang istimewa. Jadi perkhidmatannya lebih baik," kata Sima Jiang sambil ketawa.

"Maaf kerana mengganggu," Song Shuhang mengangguk sambil menuju ke arah dua kotak besar dan memeriksa nota penghantaran.

Dan dia melihat nama "Bulu Lembut" dalam ruang 'Penghantar'. Tetapi, alamat suratnya kosong.

Kedua-dua kotak itu mungkin dipenuhi dengan bahan mentah untuk menapis 'cecair penguat badan mudah' yang Bulu Lembut janjikan untuk beri kepadanya.

"Adakah anda perlu membukanya?" Sima Jiang bertanya dengan nada sopan.

Dia tidak perlu membukanya. Sima Jiang tidak akan berani membuka dua bungkusan besar itu sendiri.

"Ha, tidak. Jika ada masalah, saya boleh terus menghubungi anda." Song Shuhang melambai kad nama di tangannya.

"Baiklah. Encik Shuhang, jika anda tidak mempunyai sebarang masalah, sila tandatangan di sini." Sima Jiang berasa lega selepas mendengarnya. Dia menunjuk kepada nota penghantaran sambil mengukir senyuman.

"Baiklah." Song Shuhang menghulurkan tangan dan terus menandatangani namanya.

"Okey selamat tinggal, Encik Shuhang. Semoga hari anda indah." Sima Jiang melambai tangannya dan berpaling ke arah empat orang lelaki yang memakai sut hitam itu.

Shuhang merasakan yang lima orang lelaki itu tidak kelihatan seperti penghantar bungkusan. Mereka nampak sangat hebat dan bermisteri. Song Shuhang membuka pintu, 'Oh, saya terlupa untuk meminta mereka memindahkan kedua-dua kotak itu. Agaknya bungkusan ini berat tak?'

Dia sangat kagum dengan beg besar Bulu Lembut, jadi dia bimbang sekiranya kedua-dua bungkusan yang dia terima ini juga sangat berat.

Dia mengangkat kedua-dua kotak besar itu. Bagus, tidak terlalu berat.

Dia meletakkannya di atas katil satu demi satu.

Shuhang menutup pintu kerana dia tidak sabar untuk membuka kotak itu. Terdapat kotak-kotak kayu kecil di dalam bungkusan itu. Terdapat empat lapisan dalam setiap bungkusan dan dalam setiap lapisan ada empat kotak kayu kecil. Jadi, terdapat sejumlah tiga puluh dua kotak kayu di dalam dua bungkusan yang dia terima itu.

Sambil membuka kotak kayu yang kecil itu dengan berhati-hati, Shuhang mendapati ada lebih daripada empat puluh jenis herba ubatan yang diletakkan di dalamnya.

Terdapat beberapa ubat herba yang boleh dikenali oleh Shuhang, seperti ginseng, wolfberry, Batu Matahari Terbit, Haruman Perawan dan sebagainya.

Terdapat juga beberapa jenis herba yang Shuhang tidak pernah lihat tetapi mengeluarkan bau yang sangat harum. Shuhang merasakan seluruh badannya dimandikan dalam aroma ubatan itu dengan hanya menghidunya. Mungkin ini semua ramuan ubatan ajaib, seperti Ranting Overlord Segar dan hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang.

Shuhang terkejut saat dia melihat ke arah dua kotak ramuan ubatan itu...

Antara dua kotak ramuan ubatan, bukan hanya hirisan ginseng yang mempunyai nilai tinggi, ramuan lain yang ada di situ pasti lebih tinggi nilainya. Dan, beberapa ramuan ubat-ubatan di dalam kotak, seperti Rumput Misteri Embun Pagi, Ranting Overlord Segar dan hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang mungkin seratus kali lebih berharga daripada ginseng.

Tetapi bukan nilai ramuan itu yang membuat Shuhang terkejut.

Dia tertanya-tanya, 'Adakah ini ramuan yang diperlukan untuk 'cecair penguat badan yang mudah'?'

Dengan ramuan ubat herba ini, bolehkah aku siapkan 'cecair penguat badan mudah' dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Mahaguru Perubatan dalam Kumpulan Nombor Satu Wilayah Sembilan? Hanya dengan mencampurkan semua ramuan ini ke dalam periuk besar dan pada suhu yang sesuai?

Apakah kesan cecair ini kepada badan manusia?Bolehkah ia membentuk emula tubuh seseorang untuk menjadi seperti yang diterangkan dalam novel Xianxia?

Mungkin aku boleh tahu sama ada pertapaan benar-benar wujud dengan ramuan ubatan dan formula pil 'Mahaguru Ubatan'!

Pemikiran sebegini seperti menyalakan api ke minda Shuhang dan dia menjadi lebih bersemangat untuk mencuba.

Song Shuhang bukan seorang yang degil. Sekiranya cecair penguat badan benar-benar mempunyai kesan ajaib yang legenda itu, dia akan mempercayai kewujudan pertapaan.

Tetapi, apa yang perlu dia lakukan sekiranya dia dapat mengesahkan kewujudan pertapaan?

'Aku tidak ada kelas petang ini. Terdapat empat puluh lima jenis ubat-ubatan. Setiap satu akan mengambil masa lima minit atau lebih. Jadi aku akan mengambil masa selama tiga hingga empat jam. Mungkin aku boleh mencubanya petang ini!'

Song Shuhang tidak pernah teragak-agak untuk melaksanakan rancangannya. Selagi dia bersungguh-sungguh, dia akan meneruskan tugasannya!

'Sekiranya aku ingin membaiki cecair pil ini, mula-mula aku perlu ada... relau pil bukan?'

Walau bagaimanapun, sudah tentu tidak ada sebarang relau yang dijual di pasaran. Mungkin dia boleh membelinya dari Taobao, tapi itu pasti relau mainan.

Tidak mungkin dia boleh mendapatkan relau pil sebenar jika dia hendak membaiki cecair itu petang ini. Jadi dia terpaksa mencari sesuatu untuk menggantikannya.

Song Shuhang pergi ke dapur kecil di dalam biliknya dan mula mencari.

Tidak lama kemudian, dia melihat sesuatu yang boleh digunakan untuk menyediakan ubat... periuk panas.

Tetapi dia segera menafikan idea gila itu, 'Tidak, barang ini terlalu jauh bezanya daripada relau pil.'

Dia tidak melihat rupa sebenar relau pil dan tidak tahu sama ada ia serupa seperti yang ditunjukkan dalam filem. Tetapi, dia harus mendapatkan sebuah relau dan periuk panas tidak sama seperti relau.

Selepas meletakkan periuk panas, Shuhang mula mencari di dapur kecilya itu sekali lagi.

Selepas beberapa ketika, dia tidak menemui apa-apa.

Periuk nasi elektrik, cerek panas, kuali, periuk tekanan. Tiada satu pun yang dapat menggantikan relau pil itu.

Periuk tekanan kelihatan lebih kukuh, tetapi ia dimasak dengan tekanan tinggi, jadi ia tidak dapat dibuka dalam separuh perjalanan untuk penyediaan cecair itu. Semasa membuat cecair penguat badan untuk dibaiki, ramuan ubat perlu ditambah setiap lima minit.

Ini bermakna, daripada semua alatan yang ada, pilihan terakhir semestinya... Song Shuhang menatap ke arah periuk panas dengan berat hati.

'Nah, ia hanya untuk menyediakan ramuan ubatan. Mungkin aku boleh cuba? ' Dia berfikir. 'Tetapi ada tiga puluh dua bahagian ramuan herba perubatan. Kalau aku gagal sekali, masih boleh terima.

'Tapi, ramuan itu pasti terbazir. Lagipun, ramuan ubat ini seperti mempunyai nilai yang tinggi.

'Betul, biar aku cuba sekali sahaja. Aku tidak akan berjaya sekiranya tidak mencuba. Walaupun aku mungkin gagal, aku masih dapat pengalaman.' Song Shuhang telah membuat keputusan.

'Aku akan cuba buat petang ini!'

Dia berharap rakan-rakan sebilik tidak akan mempedulikan dia ketika dia sedang sibuk membuat uji kaji di dapur. Atau, mungkin dia harus keluar dan mencari tempat lain untuk mencuba secara rahsia?

Apapun , kini dia terpaksa kembali ke kolej untuk menamatkan kelas terakhirnya pagi ini.

Shuhang membuka almarinya dan meletakkan kotak-kotak yang mengandungi ramuan ubat-ubatan herba ke dalamnya satu persatu.

Saiz almari itu cukup untuk memuatkan kesemua bahan ramuan ubatannya. Dia boleh meletakkan semua ubat herba ke dalamnya selepas mengeluarkan semua barangan di dalamnya.

'Baguslah. Jika tidak, aku tidak tahu di mana aku akan sembunyikan semua barang-barang ini,' Fikir Song Shuhang.


Chapter 26: Relau Pil Saya yang Aneh

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas menghadiri kelas terakhir tanpa gangguan, Song Shuhang menyimpan bukunya dan meregangkan badan.

Sekali lagi, pelajar perempuan yang berbadan matang di tepinya keberatan untuk beredar dan, pada masa yang sama, fikiran untuk meluahkan perasaan kepada Shuhang tertimbul di minda sekali lagi—sekurang-kurangnya dalam musim panas yang membahang ini, dia ingin menjadi teman wanita Shuhang untuk menikmati penyaman udara manusia, iaitu si dia.

Pandangan keberatan perempuan itu menyebabkan dia berasa seram sejuk dan malu.

Ketika itu, Tubo dan dua lagi rakan sebilik berjalan mendekatinya.

"Alamak, saya panas sampai kulit pun dah tertanggal satu lapis," Tubo menggunakan buku teks sebagai kipas dan mengipas diri sementara peluh bersaiz kacang pea menitis tanpa henti daripada dahinya.

"Oh ya, Shuhang, awak nak teman kami keluar berjalan-jalan tengah hari nanti tak?

"Kau orang masih ada mood nak berjalan-jalan dalam cuaca begitu panas ni?" Shuhang ketawa. Matahari membahang hari ini dan memang bukan cuaca yang bagus untuk berjalan-jalan.

"Hehe, budak Yangde ni telah membina satu program komputer baru-baru ni, dan memperoleh pendapatan daripada hasil penjualannya. Oleh itu, budak nak mencari rumah pangsa tiga bilik untuk disewa supaya dia boleh mengurungkan diri tanpa gangguan daripada sesiapa. Kami cuma nak tolong dia mencari tempat yang baik. Mungkin ia boleh menjadi tempat lepak kedua kami pada masa depan—dan, untuk kemudahan, kami akan mengugutnya untuk belanja kami makan malam petang nanti." Tubo ketawa nakal.

Shuhang menunjukkan tanda isyarat bagus kepada rakan sebiliknya yang berkulit perang dan kurus. "Yangde, awak memang berkebolehan, awak berdua pun hebat dalam perkara komputer tapi awak lebih berkemahiran berbanding dengan Tubo. Awak tau bagaimana untuk mencari duit, tapi Tubo hanya tau bagaimana untuk membelanja duit!"

"..." Tubo.

Yangde ketawa dengan berhati-hati dan mendedahkan dua barisan gigi yang putih bak mutiara. Dia sudah mempunyai pembawaan seorang pengatur cara komputer yang mahir pada umur yang muda. Dia tidak begitu mahir bercakap kerana masa yang digunakan untuk bercakap melalui papan kekunci lebih daripada masa yang diguna untuk bercakap menggunakan mulut.

"Bagaimanapun, tengah hari nanti saya ada hal nak buat sebab nak uruskan dua kotak barang yang dikirim tadi. Lepas kau orang dah cari rumah yang sesuai, telefon saya dan saya akan ke sana dengan segera!" Song Shuhang menjawab dengan cepat—ia sangat bagus sebab rakan sebiliknya akan keluar dan dia boleh mencuba untuk menapis cecair menyuai suhu tanpa gangguan.

"Budak ni, tak nak beri sumbangan tapi nak dapatkan benda percuma!" Tubo naikkan kepalanya dan mendengus dingin. "Biar saya beritahu, tiada pintu yang terbuka untuk awak! Tapi, tingkap tu masih ada, tapi awak kena memperkenalkan kakak cantik awak kepada kami!"

"Celaka." Song Shuhang menjawab. "Tiada pintu terbuka untuk awak, tapi tingkap masih ada. Belanja saya makan lewat malam hari ni!"

Song Shuhang apa pun tidak ada, tetapi kebetulannya, dia ada beberapa oang kakak yang cantik. Tetapi perempuan yang Tubo minat yang bernama Bulu Lembut…minta maaf, itu bukan kakak saya.

Tubo dengan segera bersikap seperti pengampu dan menyerah diri. "Baik!"

Kita semua bukan ke dah berkenalan dengan kakak cantik Shuhang? Yangde berfikir dengan pelik. Mereka sudah berjumpa dengan kakaknya Zhao Yaya sebelum ini semasa dia menghantar Shuhang ke Kolej Jiangnan awal semester. Ataupun Tubo ingin memikat sepupu perempuan Shuhang?

Kesusahan untuk berbuat begitu nampaknya sangat tinggi sebab 'Tendangan Penghapusan Keturunan' Kak Zhao sangat kuat.

Dia teringat balik Kak Zhao yang menghantar Shuhang ke kolej masa itu telah bertembung dengan beberapa budak jahat yang tidak tahu apa-apa.

Tidak lama kemudian, Tubo dan Yangde telah menyaksikan kehebatan Kak Zhao. Kakinya yang langsing dan panjang menendang dengan mudah dan terkena sasarannya — Kak Zhao pastinya terlatih dan Tendangan Penghapusan Keturunan itu selalu digunakan. Beberapa orang budak jahat itu terjatuh dalam seketika dan mengerang dengan kesengsaraan. Bagi penonton, mereka juga akan terasa sakit pada anggota sensitif sendiri.

❄️❄️❄️

Selepas makan tengah hari, tiga orang kawannya keluar daripada asrama, meninggalkan Shuhang berseorangan.

"Hoo." Dia menarik nafas panjang. Manik ais yang tergantung pada lehernya menyebabkan dia menjadi tenang pada setiap masa — ini memang keadaan yang bagus untuk permulaan.

Membuka kotak kecil yang mengandungi bahan ubatan, Song Shuhang mengikut resipi cecair penguat badan Mahaguru Ubat dan membuat perbandingan.

Semua kotak mengandungi empat lapis yang berbeza, setiap lapis mengandungi sepuluh jenis bahan.

"Ginseng, Goji, Batu Matahari Terbit, Haruman Perawan…" Dengan cepat, Shuhang selesai mengenal pasti lebih tiga puluh bahan ubatan di bahagian hadapan resipi yang dapat dicari melalui internet.

Manakala tiada maklumat mengenai Rumput Misteri Embun Pagi dan pelbagai jenis bahan ubat di bahagian akhir resipi seperti Ranting Overlord Segar, hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang dan lain-lain. Meskipun dia dapat mencari sesuatu, biasanya ia merupakan peralatan dan benda dalam permainan.

Nasib baik, Bulu Lembut merupakan gadis yang terperinci. Semasa Shuhang tengah mengenal pasti bahan-bahan ubatan, dia perasan bahan di dalam kotak kecil telah disusun mengikut urutan berdasarkan resipi — dari kiri sampai kanan, dan atas sampai bawah.

Malah dos bahan ubatan pun sudah disukat.

'Seorang gadis yang terperinci dan lembut memang terbaik.' Song Shuhang melepaskan keluhan yang lega. 'Kalau macam itu, saya tidak perlu mendapatkan nasihat daripada Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah.'

Dalam proses penapisan 'cecair penguat badan', ia perlu mengikut urutan seperti yang tertulis dalam resipi untuk memasukkan bahan ubatan sedikit demi sedikit ke dalam relau. Jika urutan tidak diikuti, penapisan akan gagal. Jika bahan ubatan yang dihantar oleh Bulu Lembut telah disusun dengan rambang, Song Shuhang pasti akan sakit kepala.

[Berdasarkan nisbah dalam resipi, tambahkan bahan-bahan satu per satu ke dalam relau, renehkan selama lima minit; tambahkan bahan ubat yang seterusnya dan teruskan mereneh selama lima minit. Tolong memberi perhatian kepada suhu api! Ulangi langkah-langkah ini sehingga cecair ubat berubah menjadi pes. Selepas itu, hasil sepatutnya berwarna hitam, lut sinar, dan mengeluarkan bau yang kuat.] merupakan kata-kata Mahaguru Ubat sebelum ini.

Nampaknya, asalkan seseorang itu berhati-hati, sesiapa sahaja boleh menapis cecair penguat badan ini bukan?

Sesungguhnya, cecair penguat badan hanya merupakan 'cecair ubatan' gred paling rendah dan tidak boleh dibandingkan dengan ubatan pil atau keladak campuran ubatan. Penapisannya tidak memerlukan penggunaan seseorang punya tenaga kerohanian, qi sejati, atau api yang khusus seperti api syurga, api bumi dan api pil.

Seorang manusia biasa boleh menapisnya jika mereka menumpukan perhatian dengan baik.

Namun, untuk menapisnya dengan kejayaan bukan kerja yang mudah.

Pengawalan api, dan perkataan 'lebih kurang' sebelum lima minit, bermaksud ia bukan masa yang tepat lima minit. Ia juga bergantung kepada pengalaman penapis dan kualiti bahan ubatan yang akan menentukan berapa banyak masa perlu diubah suai.

Lagipun, seluruh proses penapisan cecair penguat badan memerlukan empat puluh lima jenis bahan, yang bersamaan dengan menumpukan perhatian sepenuhnya selama empat jam tanpa ada masa untuk berehat walau sesaat pun. Jika manusia biasa ingin menapis 'cecair penguat badan' ini, mereka memerlukan ketabahan dan juga pengalaman yang tinggi.

Song Shuhang membuka penutup periuk makanan panas dan memasukkan hirisan Ginseng.

'Eh, resipi tu tak menyatakan jika air diperlukan?' Song Shuhang menggaru kepalanya.

Saya rasa perlu? Kalau tak, bukan saja hirisan Ginseng, malah bahagian bawah periuk pun akan hangus juga?

Tetapi, berapa banyak air diperlukan?

'Perlukah saya masuk ke dalam grup untuk tanya?' Song Shuhang mengeluarkan telefon bimbitnya tapi meletakkannya dengan tenang selepas berfikir seketika.

Inil kali pertama dia mencuba penapisan cecair penguat badan dan pastinya akan mengalami banyak masalah semasa proses itu. Tidak mungkin dia mampu membuat penapisan sambil bergegas untuk mendapatkan nasihat dengan segera selepas mengalami masalah, betul?

Ahli dalam grup pun tidak ada dalam talian setiap saat dan jika dia mengalami masalah dan mendapatkan nasihat daripada grup dan melebihi masa lima minit itu, proses penapisan akan dianggap gagal. Dengan cara ini, tiga puluh dua set bahan ubatan pun tidak akan cukup untuk digunakan.

Oleh itu, lebih baik dia mengamalkan sikap kegagalan yang pasti dan mencubanya sekali, mengikut resipi Mahaguru Ubat. Selepas itu, dia boleh merekodkan semua masalah yang telah dialami semasa proses penapisan dan mendapatkan penjelasan daripada semua orang dalam grup sekali gus.

'Mari kita tuangkan satu senduk air dulu.' Dia menuangkan satu senduk air ke dalam periuk dan menekan dapur elektrik.

Dapur elektrik… tidak ada pilihan lain.

Ini disebabkan kolej tidak ada sumber gas. Demi menghalang kejadian pembakaran, semua barang mudah terbakar dilarang, dan adanya dapur elektrik sudah dikira bagus.

Lagipun, ia hanya untuk memanas dan mereneh; tidak patut ada perbezaan di antara mengguna elektrik untuk memanas atau mengguna api untuk memanas bukan?

Selepas itu, dia menekan fungsi untuk merendidih. Dapur elektrik yang dibekalkan oleh asrama ada 'goreng', 'panggang', 'rendidih', dan 'saute', empat fungsi ini. Tambahan lagi, ia mempunyai pilihan untuk melaraskan api secara manual.

Jika 'pertapaan' betul-betul wujud, saya pastinya orang yang pertama dalam sejarah untuk menggunakan dapur elektrik dan periuk makanan panas untuk penapisan. Song Shuhang berfikir sambil memerli diri sendiri.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C25
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank 200+ Power Ranking
    Stone 0 Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login

    tip Paragraph comment

    Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.

    Also, you can always turn it off/on in Settings.

    GOT IT