Download App
10.38% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 80: Skuad Meriam

Chapter 80: Skuad Meriam

Editor: EndlessFantasy Translation

Seminggu selepas kapal konkrit itu dikeringkan dalam bengkel, hari pelancarannya akhirnya tiba.

Semua pekerja ternganga apabila putera itu mengarahkan mereka memasukkan tab mandi gergasi yang memakan begitu banyak masa dan tenaga mereka itu ke dalam air. Mereka menyangka mungkin putera itu sudah tersilap cakap.

Tidak, memang itulah arahan Baginda Putera Roland.

Roland mengarahkan mereka merobohkan bengkel itu buat sementara dan mengorek cerun di bawah kapal itu menuju ke sungai. Proses ini perlu dibuat dengan berhati-hati kerana ketegangan bahan buatan simen sangat lemah. Setakat beberapa retak tidak akan menjejaskan apa-apa tetapi jika ia terhentak kuat, ia akan menghancurkan seluruh kapal.

Kayu-kayu balak disusun sejajar di hadapan kapal itu dan kelajuan golekannya akan dikawal menggunakan tali. Apabila semuanya sudah berada di tempat sepatutnya, para pekerja melepaskan tali setebal pergelangan tangan itu perlahan-lahan dari genggaman mereka dan memastikan kapal itu bergolek secara lurus. Sambil mereka melaungkan kata-kata semangat untuk memastikan pergerakan mereka sama, kapal itu bergolek atas kayu-kayu balak itu dengan bunyi geseran membingitkan telinga.

Mujurlah semuanya berjalan lancar dan Roland melihat kapal itu perlahan-lahan meluncur ke dalam sungai. Ia tenggelam sedalam hampir setengah meter dan lebih satu meter lagi timbul atas permukaan air. Para pekerja terlopong melihat binaan batu dan besi itu tidak terus tenggelam ke dasar sungai, tetapi sebaliknya terapung seperti daun di atas air.

"Cepat ambil tali dan ikat ketat-ketat keliling tonggak!" Roland melaungkan arahan. Jika kapal itu tidak diikat ke tiang tonggak di jeti, arus sungai itu akan menghanyutkannya ke hilir sungai.

Walaupun Nightingale tidak memperlihatkan dirinya, dia tidak dapat menahan daripada bertanya dengan rasa tidak percaya, "Kenapa kapal itu boleh terapung?"

"Mudah sahaja. Ketumpatan purata kapal itu lebih rendah daripada ketumpatan air. Sebab itu ia boleh terapung di atas air," Roland mula menjelaskan dan selepas berfikir seketika, dia menambah, "Walaupun ia dibuat dengan besi dan konkrit, itu tidak menjadi masalah. Awak mesti boleh faham ini apabila melihat kapal-kapal laut lain yang jauh lebih besar dan berat."

Roland tidak mendengar suara Nightingale lagi selepas itu, jadi dia mengandaikan ahli sihir itu sedang menghadam kata-katanya. Anna juga tidak dapat memahami konsep yang Roland terangkan tadi. Roland tersenyum dan menyambung memberi arahan kepada para pekerjanya.

Selepas konkrit kapal itu dituang, proses pengeringannya mengambil masa yang sangat lama dan apabila salji turun lebat, kerja mereka terpaksa dihentikan. Mereka hanya dapat menyambung kerja apabila salji sudah turun dengan tidak begitu lebat. Fasa paling memakan masa ialah fasa pembinaan dek kapal yang dibuat dengan kepingan-kepingan kayu dan disokong pancang-pancang yang dicacakkan antara dasar kapal dan dek. Walaupun ia membazirkan banyak ruang, tetapi ia tidak penting jika mengambil kira matlamat utama pembinaan bot konkrit itu.

Seterusnya proses untuk menjadikannya kalis hakisan. Para tukang kayu sudah cukup arif dengan proses ini. Mula-mula mereka menyapu satu lapisan minyak berbau tengik atas dek itu. Apabila minyak itu sudah kering, mereka mengulangi langkah itu dengan minyak merah sebanyak beberapa kali sehingga akhirnya ia dilapisi cat berwarna merah. Apabila pembinaan dek sudah siap, barulah fasa pemasangan bangunan atasnya bermula.

Bangunan atasnya hanya terdiri daripada satu bangsal kayu yang diletakkan di antara dua tiang layar, dan ia akan digunakan untuk menyimpan meriam serta peluru. Sekiranya hari hujan, anak-anak kapal boleh berlindung di dalamnya. Sebuah pelantar ditambah di atas bumbung bangunan itu untuk memuatkan seorang manusia, dan jelas tempat itu dibina khas untuk Wendy. Jika dia berdiri di atas pelantar itu, kuasa saktinya boleh sampai ke keseluruhan kain layar.

Kemudi buritan kapal itu dibuat dengan besi jongkong dan proses pemasangannya agak menyusahkan. Celaganya perlu dimasukkan melalui sebuah lubang bawah permukaan air dan kemudian dikeluarkan semula atas dek dan satu gegelang besi akan diletakkan kepadanya. Geledingnya ialah plat segi tiga bersudut tegak dengan sisi panjangnya dikimpal kepada celaga dan sisi pendeknya boleh bergerak bebas dalam alur gegelang besi itu.

Siapa lagi yang mengimpalnya kalau bukan Anna, tetapi Anna begitu hairan dan bingung melihat tab mandi batu gergasi boleh terapung atas air. Jadi dia bertanya soalan yang sama seperti Nightingale.

Roland mengulangi jawapannya dan melihat Anna duduk di tepi untuk memikirkannya lagi.

Nampaknya pendidikan sama rata di bandar ini mesti segera dilaksanakan.

*******************

Di sebalik kapal itu, Van'er masih memikirkan sama ada mahu menyertai Skuad Meriam atau kekal bersama Skuad Senapang Batu.

Semuanya bermula dengan arahan tiga hari lalu.

Baginda Putera Roland menaikkan pangkat segelintir ahli pasukan tentera awam pertama dan kedua yang cemerlang untuk membina angkatan elit baru. Apabila nama Van'er dipanggil, dia berasa sangat gembira. Tetapi apabila Kapak Besi bertanya jika dia mahu menyertai Skuad Senapang Batu atau Skuad Meriam baru, dia mula teragak-agak. Dia tahu kewujudan senapang batu baru yang berkesan menentang makhluk iblis dan kuasanya jauh lebih hebat daripada busur silang tangan. Buat masa ini, hanya Kapak Besi, Ketua Kesateria, dan beberapa pemburu senior dibenarkan menggunakan senjata berbahaya itu. Van'er sepatutnya menyertai Skuad Senapang Batu itu tanpa ragu-ragu lagi tetapi sebaliknya dia mendapati mulutnya bertanya, "Apa itu meriam?"

Apabila dia mendapat tahu meriam itu sepuluh kali ganda lebih besar daripada senapang batu dan kuasanya juga seratus kali ganda lebih tinggi, dia mula berasa serba salah.

Nampaknya kebolehan menggunakan senjata yang lebih berkuasa boleh membuktikan kemampuan seseorang kepada Putera Roland. Jadi dia sepatutnya menyertai Skuad Meriam. Namun begitu, kelebihan senapang batu ialah dia boleh membawanya semasa berkawad melalui pekan dan akan menarik perhatian semua penduduk. Inilah impian Van'er. Walaupun kuasa meriam sepuluh kali ganda lebih hebat daripada senapang batu, sudah tentu dia tidak boleh mengheretnya melalui pekan, bukan?

Menjelang hari terakhir untuk membuat keputusan, akhirnya dia memutuskan untuk menyertai Skuad Meriam. Perkara utama yang mempengaruhi keputusannya ialah gaji seorang askar meriam ialah tambahan lima keping perak.

Selepas itu, dia memulakan sesi latihan yang mencabar.

Pengendalian meriam memerlukan lima orang, oleh itu Jop, Cakar Kucing, Nelson, dan Rodney ditugaskan ke pasukan Van'er. Memandangkan Van'er bekas timbalan kapten dalam Skuad Lembing, kini dia dilantik sebagai kapten meriam.

Dibandingkan dengan senapang batu, penggunaan meriam sepuluh kali ganda lebih menyusahkan! Selama hampir sebulan, Van'er telah senyap-senyap memerhatikan cara Kapak Besi menggunakan senapang batu jadi dia boleh menghafal cara penggunaan senapang batu tanpa membuat silap. Namun untuk meriam, ada banyak langkah rumit diperlukan untuk mengangkutnya, menyediakannya dan seterusnya menggunakannya.

Mereka perlu menghentikan kuda, menarik keluar pin, mengeluarkan cangkuk, mengalihkan pedati meriam, menolaknya ke arah tempat menembak, menjatuhkan penongkat, dan semua ini memerlukan lima orang bekerja serentak. Contohnya semasa mengeluarkan cangkuk, orang lain perlu menolak pedati itu serta-merta dari bawah meriam lalu menukarkannya daripada empat roda menjadi dua roda agar penongkat meriam itu boleh dijatuhkan ke tanah. Mereka mesti melakukannya secara serentak kerana jika tidak, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan pedati dari bawah meriam berat itu.

Selepas kedudukannya sudah ditetapkan, mereka perlu memasukkan peluru dan menyediakannya untuk ditembak pula. Proses penembakannya mirip dengan senapang batu tetapi proses pembersihan meriam selepas penembakan memerlukan dua mop. Peluru juga mesti dipadatkan betul-betul dan dimasukkan secara lurus ke dalam meriam. Kaedah penembakannya dilakukan dengan nyalaan serbuk api. 'Tentu susah mahu menunjukkan kuasanya jika hari hujan', fikir Van'er.

Mujurlah sebagai kapten meriam, kebanyakan masanya dia hanya berdiri di tepi dan memberi arahan kepada orang lain, jadi ini menjimatkan banyak tenaganya.

Untuk tiga hari pertama, empat pasukan meriam yang baru dipilih itu hanya ada satu meriam untuk tujuan latihan. Oleh itu, di bawah arahan Kapak Besi, semua pasukan mesti melalui proses menghentikan kuda, mengeluarkan meriam, menyediakannya untuk tembakan, mengangkat balik meriam itu atas pedati, dan mengulangi semuanya sekali lagi. Langkah-langkah ini dilakukan berulang kali, dan Van'er merasakan meriam itu sudah begitu kerap dibersihkan sehingga ia tentu lebih bersih daripada mukanya sendiri.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C80
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login