Tidak lama kemudian, Sun Qiang kembali dengan seorang pelayan. Sebaik sahaja dia melihat tuan mudanya itu, dia terus terpaku terkejut.
Pada saat ini, tuan mudanya sedang memakai sepasang jubah mewah yang sungguh melampau. Dalam genggamannya pula adalah kipas lipat yang digunakan oleh lelaki itu untuk mengipas dirinya dengan selamba. Sebuah senyuman bongkak terpampang indah pada wajahnya. Dari kejauhan, dia kelihatan seperti seorang cucu daripada keturunan kayaraya yang suka berfoya-foya.
'Apa yang tuan muda cuba lakukan ini?' Tanya Sun Qiang dalam mindanya dengan penuh keliru.
Tetapi, oleh kerana dia enggan membongkar muslihat tuan mudanya itu, dia memendam kekeliruannya itu dan melangkah ke arah lelaki tersebut, mengepal penumbuknya dan mengucapkan kata selamat dengan penuh patuh, "Tuan muda!"