Selama ini, tidak kira apa yang dia lalui, dia selalu menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga dan Mata Pemahaman untuk mentafsir dan memahami topik sukar. Tetapi kali ini, dia telah memutuskan untuk menguji kecerdikannya sendiri dengan bermain menggunakan peraturan yang dia sendiri dapat tafsirkan daripada ukiran di tiang.
Dia fikir dia akan sekurang-kurangnya dapat buat enam pergerakan, namun…. Dia sekarang telah terhalang daripada membuat pergerakan kedua. Adakah mungkin dia telah membuat kesilapan besar kali ini?
Adakah kecerdikannya terlalu kurang?
Zhang Xuan hampir menangis di situ juga.
Dia telah melepasi tiga ujian sebelum ini dengan senang sahaja, tidak mungkin dia gagal di sini kan?
Muka Hong shi sedang berkerut tanpa kawalan.
Untuk tidak mampu melakukan pergerakan kedua… bagaimana pula dia ingin menyelesaikan masalah ini kali ini? Tidak mungkin dia cakap kerana bakat Zhang shi, dia akan membuat pengecualian kan?