"Itu mustahil…"
Saat dia terfikir perkara tersebut, Shen Bi Ru menggeleng kepalanya.
Dia pernah terbaca dari sebuah kitab kuno dalam Sembilan Jalan Teratas ini, selain pekerjaan biasa seperti penempa, pakar perubatan, pakar formasi, terdapat satu lagi pekerjaan pelik iaitu peramal.
Peramal ini pakar dalam meramal masa hadapan. Dengan menggunakan kaedah khas, mereka dapat melihat masa depan dan mendapat tahu perkara yang akan terjadi pada masa hadapan supaya mereka dapat membuat persediaan untuknya.
Jika Zhang Xuan seorang peramal, dia berkemungkinan sudah tahu soalan ujian tersebut dan sedang membelek melalui buku berkaitan untuk menghafal jawapan tersebut. Jika begitu, dia tidak perlu membelek melalui semua buku dalam perpustakaan tersebut.
Adakah mungkin Cikgu Zhang ini mempunyai bakat dalam pekerjaan aneh ini? Jika begitu, ini juga akan menjawab sebab dia mampu menjawab soalannya di luar Pavillion Kompendium sebelum ini.