Dia tidak langsung mempunyai keyakinan terhadap larutan perubatan bancuhan Yang Shi itu. Namun, seperti apa dia cakap, Shen Hong akan mati dalam masa tiga minit jika mereka tidak mencuba apa-apa.
Memandangkan dia akan mati, lebih baik cuba sahaja!
Tidak kira apapun, Yang Shi ini telah berjaya merawat isteri Ling Tianyu, Du Miaoxuan dan yang lain. Walaupun kelakuannya seakan bermain-main dan tidak masuk akal, dia masih boleh diharapkan.
Selepas sepuluh nafas, dia mengetap giginya dan berkata, "Baiklah, saya akan mencubanya!"
Tidak ada pilihan lain selain mencubanya.
Selepas membuat keputusan tersebut, Maharaja Shen Zhui mengetap giginya, mengambil botol jed itu, dan mendekati Tetua Diraja.
"Tetua Diraja, maafkan saya…"
Maharaja menuang larutan ke dalam mulut Shen Hong.
"Wuuuuuu…."
Walaupun Tetua Diraja Shen Hong hampir menemui ajal, dia masih sedar. Dia hampir menangis kerana dipaksa minum larutan perubatan tersebut.