Pagi keesokan harinya.
Matahari baru sahaja terbit di ufuk.
Chu Changsheng bangun dari tidur. Dia menggaru-garu kepalanya yang berambut putih sebelum berjalan berkaki ayam di atas lantai kayu. Pandangannya kabur. Banyak kelengkapan di dalam biliknya merupakan pengalaman baharu buatnya. Misalnya, bilik air yang diberitahu Bu Fang sangat baru dan menarik minatnya.
Namun, setelah beberapa hari tinggal di situ, Chu Changsheng sudah dapat membiasakan diri dengan kelengkapan tersebut. Dia mengaku kelengkapan tersebut sangat memudahkan dan berguna.
Ketika menuruni tangga, Chu Changsheng berasa terkejut. Dia baru sedar restoran begitu sunyi sepi pagi ini.
Di pintu masuk dapur, badan gempal Si Putih tercegat di situ dan menghalang pandangan Chu Changsheng. Dia tidak dapat melihat apa yang ada di dalam dapur.