Bu Fang akhirnya memilih Ahli Sihir An Sheng sebagai perantisnya.
Penilaian sistem terhadap kemahiran memasak seseorang agak tepat. Walaupun Tulang Rusuk Masam Manis Ahli Sihir An Sheng berjaya mengalahkan Daging Masak Merah Nangong Wan dengan margin kecil, tetapi perbezaan kecil itu dapat menewaskan Nangong Wan dengan teruk.
Nangong Wan memuncungkan mulutnya dengan sedih apabila dia keluar dari restoran Bu Fang. Sebelum dia beredar dari situ, dia masih memesan Daging Masak Merah Bu Fang untuk dirinya sendiri.
Selepas memakan Daging Masak Merah Bu Fang, Nangong Wan mencuba Daging Masak Merahnya sekali lagi dan dia terus meludahkannya.
Biar betul… Mengapa perbezaannya sangat ketara?
Kegembiraan menyelubungi hati Ahli Sihir An Sheng. Kedua-dua tubuh langsingnya dan buah dadanya juga bergoncang dengan seronok.