Sup Buddha Melompat atas Tembok dengan Jejari Cili?
Hidangan apa ini?
Orang ramai mendengar apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Xuan Ming dan mereka tergamam. Tidak berganjak daripada tempat mereka berdiri. Wajah mereka penuh keliru.
Orang ramai tahu tentang Sup Buddha Melompat atas Tembok. Itu merupakan hidangan khas Bu Fang di restorannya. Hidangan itu lebih mahal berbanding eliksir!
Namun, apa sebenarnya Jejari Cili itu?
Hinggakan jejari tersebut digabungkan dengan Sup Buddha Melompat atas Tembok! Mengapa Jejari Cili itu dirasakan seperti sesuatu yang hebat?
Nangong Wuque dan penonton yang lain di bawah pentas juga menjadi terkejut.
Pandangan mereka tertumpu kepada Jejari Cili dan wajah mereka kehairanan. Apa sebenarnya Jejari Cili itu? Adakah itu hidangan terbaru Tauke Bu?
Tauke Bu telah menyediakan hidangan baru dalam pertandingan ini?