Bu Fang menutup periuknya dengan tenang menggunakan penutup kayu. Setelah itu, dia membawanya keluar tanpa mempedulikan pandangan dingin dari tukang masak lain.
Mereka semua begitu berang dengannya kerana masakan yang disediakan dengan teliti itu telah ditindas masakan Bu Fang. Tambahan pula, hidangan Bu Fang diperbuat menggunakan bahan-bahan biasa. Perkara ini sememangnya memalukan.
Namun, tidak kiralah betapa bengangnya mereka rasa, mereka tidak menyerang Bu Fang. lagipun, mereka datang dari kumpulan kem lain dan Komander Zhu berdiri tidak jauh dari mereka.
Oleh itu, satu-satunya perkara yang boleh dilakukan tukang-tukang masak ini ialah mendengus dingin terhadapnya. Mereka juga menjeling Bu Fang dengan penuh niat jahat.