Bunyi ketukan senduk dan periuk itu menyebabkan seluruh kem tukang masak itu riuh rendah dan dalam masa yang singkat, kem yang aman damai itu menjadi kacau bilau.
Dengan bergegas, semua orang menggosok mata mereka dan meluru keluar dari khemah mereka.
Bu Fang keluar dari khemahnya juga dan perlahan-lahan menuju tempat semua orang berkumpul. Askar-askar itu biasa berkumpul di situ. Walaupun ini kali pertama dia berada dalam angkatan tentera, Bu Fang tahu serba sedikit tentangnya. Hanya tukang masak tentera yang mengetuk periuk untuk memanggil orang untuk berkumpul.
Topi yang dipakai budak lurus bendul, Long Cai, senget sebelah kerana dia masih lagi mamai. Unggun api yang dinyalakan di tengah-tengah kem itu menghasilkan bunyi menggeresek yang bergema di sekeliling tempat itu.