Sami muda Shang De meletakkan kedua-dua telapak tangannya bersama-sama. Dari raut wajahnya, dia kelihatan seperti seorang yang berhati mulia. Semua otot di wajahnya bergerak untuk memancarkan senyuman yang lebar apabila dia melihat Bu Fang. Namun begitu, renungannya tajam bagaikan sebilah pedang yang berkilau-kilau.
Wanita ular? Bu Fang terkejut, tetapi dia menenangkan dirinya dan mengukirkan senyuman kecil semasa sami muda itu merenungnya dengan tajam.
"Ya, saya tahu." Bu Fang menjawab dengan tenang dan yakin.
Dia tertanya-tanya mengapa orang-orang ular itu masih belum melawatnya. Jelas ternyata yang mereka sedang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan ke sini. Tetapi, perkara itu langsung tidak mengejutkannya... Bandar Diraja sekarang berada dalam keadaan huru-hara. Malam semalam, sekumpulan pahlawan ulung telah datang ke restorannya.