"Tauke Bu, terima kasih banyak-banyak." Ji Chengxue berkata dengan senyuman sambil membuat tabik genggam. Bila dia melihat wajah Bu Fang yang tenang, dia berasa agak terpegun.
Seorang Semangat Pertempuran kelas keempat berjaya mencederakan seorang Santo Pertempuran kelas ketujuh sehingga dia muntah darah dan melarikan diri. Walaupun dia menggunakan susunan magik, pencapaiannya boleh dianggap luar biasa.
Ini kerana, jurang perbezaan antara seorang Semangat Pertempuran dan seorang Santo Pertempuran begitu besar.
"Tauke Bu memang penuh misteri… Identitinya tidak semudah itu!" Ji Chengxue berkata dalam hati.
Bu Fang memandang sekilas ke arah Ji Chengxue dan termenung seketika. Selepas itu, barulah dia menunjuk ke arah Buah Pemahaman Laluan Tiga Jalur pada tangan Ji Chengxue dan berkata, "Buah ni… Boleh tak berikannya kepada Patik?"
Bu Fang memandang Ji Chengxue dengan serius. Dia percaya yang permintaannya tak akan ditolak.