Download App
12.25% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 117: Ketibaan Tentera Pakar-pakar daripada Sekta

Chapter 117: Ketibaan Tentera Pakar-pakar daripada Sekta

Editor: EndlessFantasy Translation

Bu Fang tergamam bila melihat Ni Yan hilang dalam sekelip mata dan dia kemudiannya tersengih. Pada asalnya, Bu Fang mahu berbincang untuk melantik Ni Yan menjadi penilai wain yang akan dibru nanti… Lagipun, dia hanya kenal Ni Yan seorang saja yang pernah merasai 'Nafas Naga' sebelum ini.

"Apa-apa pun, wain Tauke Owner Bu ialah wain yang paling sedap Beta pernah rasa." Ji Chengxue berkata dengan senyuman sambil dia mengangkat cawannya ke arah Bu Fang. Selepas memberi pujian, dia menghabiskan wain itu dengan sekali telan.

Xiao Yue pun buat aksi yang sama. Mereka tak pernah minum 'Nafas Naga' itu, jadi mereka tak pasti wain mana yang lebih hebat. Tapi, kalau dibandingkan dengan Wain Nektar Berhias Permata yang mereka pernah minum sebelum ini, Wain Jed Penyejuk Hati Bu Fang adalah yang paling sedap dan tiada tandingan. Kedua-dua mereka berpegang pada prinsip kalau sudah lihat baru percaya.

Bu Fang menganggukkan kepalanya tanda berterima kasih dan berkata, "Saya tahu ada orang yang lebih hebat di luar sana. Jadi saya tak akan berlagak sombong. Saya akan usahakan untuk mengkaji jenis baru wain berkualiti. Bila tiba masanya, kamu berdua boleh datang ke sini untuk rasa wain itu. Saya pasti rasanya akan jadi lebih hebat daripada 'Nafas Naga' atau apa namanya tu."

Suara Bu Fang begitu tenang seperti biasa. Keyakinannya itu tak perlu dibuktikan.

Mata Ji Chengxue dan Xiaoyue terus bersinar dan mereka mengangguk, seorang demi seorang. Mereka berdua sudah tentu berasa gembira kerana dapat menguji rasa wain Bu Fang. Lagipun, bila teringatkan kualiti Wain Jed Penyejuk Hati itu, apa sahaja wain yang dicipta dengan teliti oleh Bu Fang pastinya akan rasa sedap.

Selepas itu, mereka berdua minum wain sambil berborak dengan Bu Fang. Walaupun jawapan Bu Fang bersahaja dan ringkas seperti biasa, mereka masih berasa seronok kerana mereka sudah biasa dengan gaya Bu Fang.

Selepas wain itu dihabiskan, mereka berdua bangun dan membayar bil sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Bu Fang. Sambil menyilangkan tangan di belakang, mereka berdua keluar dari restoran dan kembali ke dunia luar yang penuh salji.

Angin musim sejuk bertiup dan lengan jubahnya berkibas-kibas.

Bu Fang membersihkan balang porselin berwarna biru putih bersama-sama pinggan yang memenuhi meja Ni Yan. Mulutnya tiba-tiba tersengih lebar. Walaupun wanita itu cantik dengan tubuh yang menggiurkan, seleranya sangat besar. Dia nampaknya seorang pelahap yang sebenar.

'Namun… makan itu satu nikmat.' Bu Fang berkata dalam hati.

Selepas mengemas, dia berlingkar di atas kerusi berhampiran pintu masuk dan dia menikmati pemandangan salji di luar kedai itu. Sambil menunggu pelanggan tiba, dia berfikir tentang cara membuat wain yang boleh mengatasi rasa 'Nafas Naga'.

...

Sekumpulan wanita dengan susuk tubuh cantik sedang berjalan di bandar diraja sambil mengayunkan pinggul mereka. Salji putih yang turun dari langit nampak seperti telah berubah menjadi kelopak merah jambu. Bunyi loceng yang merdu dan membuatkan hati berdebar-debar, kedengaran di telinga pejalan-pejalan kaki di situ.

Sambil kaki mereka yang putih melepak dan lembut itu mengharungi jalan yang dipenuhi salji putih, kelihatan sedikit mendapan di tempat mereka berjalan. Namun, kaki mereka tetap bersih bersinar. Gelang tali merah berloceng yang diikat di pergelangan kaki mereka menghasilkan bunyi bergemerincing sambil mereka berjalan.

"Cing, cing."

Dalam musim sejuk dengan salji tebal, lima orang wanita ini memakai pakaian kain kasa berwarna merah jambu. Wajah mereka cantik dan mereka nampak menarik dan menggoda. Sambil mereka mengayunkan badan dari kiri ke kanan, badan mereka yang menggiurkan itu jelas kelihatan.

Mata pejalan-pejalan kaki di situ hampir tersembul keluar. Lima wanita cantik dengan badan menggiurkan itu menjadi santapan di mata ramai lelaki. Ada di antara mereka yang tidak dapat mengawal diri sehinggakan hidung mereka berdarah lalu menyebabkan si cantik berlima itu ketawa berdekit-dekit dengan penuh menggoda.

Xiao Yue dan Ji Chengxue sedang berdiri sambil mengerutkan muka di antara khalayak ramai sambil melihat kelibat lima wanita cantik itu dari belakang.

'Sekta Penyatuan Menggembirakan pun ada di sini dan siap menari-nari dalam bandar diraja ni. Kalau Ayahanda masih ada, dia pasti sudah membunuh setan-setan wanita ini.' Ji Chengxue menggelengkan kepalanya sambil mengeluh perlahan.

Sejak Maharaja Changfeng mangkat, sekta-sekta dan puak-puak ini sibuk dengan pelbagai aktiviti. Sekarang, mereka turut berani berjalan dengan angkuh di bandar diraja. Namun, dengan situasi yang tak stabil pada masa ini, tak ada sesiapa yang mampu mengawal mereka.

"Kenapa wanita dari Sekta Penyatuan Menggembirakan ada bandar diraja ni? Adakah mereka bercadang menyertai perebutan takhta juga?" Xiao Yue bertanya kehairanan dengan ekspresi dingin.

Ji Chengxue tergelak kecil sambil melangkah ke hadapan dan berkata, "Kekanda kedua Beta sudah menerima Sekta Jiwa. Apa bezanya kalau dia menerima Sekta Penyatuan Menggembirakan? Mungkin Istana Tulang Putih dan Istana Jiwa Maut akan menghantar ahli-ahli mereka ke sini juga… Dia sudah bersedia mengambil semua risiko demi takhta itu dan dia langsung tak hiraukan bahaya bermain dengan api."

...

Kediaman Raja Yu.

Dengan wajah tegas, Raja Yu duduk di bahagian atas dewan dan memandang pakar-pakar sekta yang penuh aura berkuasa.

Sambil membongkok, Hun Qianyun, yang dibaluti jubah hitam itu berkata, "Raja Yu, pakar-pakar daripada Sekta Penyatuan Menggembirakan dan Istana Tulang Putih sudah tiba. Disebabkan Istana Jiwa Maut sudah mengalami kerugian besar disebabkan Maharaja Changfeng, mereka tak mampu menghantar sesiapa. Namun, di antara pakar-pakar yang ada, Sekta Penyatuan Menggembirakan telah menghantar dua orang Maharaja Pertempuran, tiga orang Raja Pertempuran, dan beberapa dozen Maniak Pertempuran. Istana Tulang Putih telah menghantar dua orang Maharaja Pertempuran, dua orang Raja Pertempuran dan seratus Maniak Pertempuran. Dengan tambahan tentera Sekta Jiwa patik, kami pasti akan menolong Raja Yu naik takhta."

Raja Yu mendengar kata-kata Hun Qianyun dengan acuh tak acuh. Tapi, lagi banyak yang dia dengar, dia merasa lebih cemas. Sekta dengan warisan beratus-ratus tahun ini memang menepati jangkaan. Walaupun banyak ekspedisi yang dijalankan oleh Maharaja Changfeng, mereka masih mampu menghantar begitu ramai pakar. Mereka turut ada beberapa orang Maharaja Pertempuran kelas keenam.

Maharaja Pertempuran sudah dikira kuasa pertarungan tertinggi dalam bandar diraja.

"Hmm, baguslah kalau begitu. Jadi, Beta akan bergantung harap kepada kamu semua. Bilik kamu sudah disediakan. Beta pasti kamu semua sudah penat selepas berjalan jauh. Pergilah berehat." Raja Yu berkata.

Di antara lima wanita cantik dan erotik daripada Sekta Penyatuan Menggembirakan itu, seorang daripada mereka—dengan badan menggiurkan dan memakai pakaian kain kasa merah jambu yang menampakkan lengan dan kaki yang cerah dan langsing itu—melirikkan mata dengan menggoda ke arah Raja Yu sambil berkata, "Patik dengar yang Raja Yu ialah seorang yang bermaruah dan mengagumkan. Setelah melihat kemegahan Raja Yu hari ini, wanita yang hina ini sangat terpegun dengan kedaulatan Raja Yu."

Bila wanita itu berkata-kata, wajahnya menjadi sedikit kemerah-merahan. Dia nampaknya agak malu dan segan sambil meneruskan, "Patik tertanya-tanya sama ada Raja Yu boleh berbicara dengan wanita yang hina ini pada malam ini."

"Kekeke! Wei Xiangsi, perempuan jalang yang menggoda. Di hadapan Raja Yu pun, kau masih buat gaya lucah. Tak mungkin Raja Yu akan berminat dengan kau. Apa kata kau teman aku saja?"

Satu gelak tawa yang nyaring kedengaran sambil lelaki yang mengetuai pihak Istana Tulang Putih mula tertawa sambil merenung dengan buas ke arah badan Wei Xiangsi yang ada potongan itu.

Ekspresi Wei Xiangsi terus berubah menjadi dingin. Dia menjeling ke arah lelaki dari Istana Tulang Putih itu lalu berkata dengan penuh menghina, "Raja Tulang mungkin ada keinginan, tapi wanita hina ini tidak rasa begitu. Dengan badan kamu yang kurus dan lemah itu, wanita hina ini rasa kamu tak akan dapat tegakkannya."

Setelah dia berkata sedemikian, gelak tawa menggoda terus kedengaran dari pihak Sekta Penyatuan Menggembirakan. Raja Tulang itu begitu marah dan memberikan pandangan tajam. Daya tulen tiba-tiba keluar dari badannya seolah-olah dia mahu mencari gaduh hanya kerana perkara kecil.

Hun Qianyun tidak berkata apa-apa. Api semangat yang terlindung di sebalik jubah hitam itu nampak seperti berdenyut-denyut.

Raja Yu memandang sekilas ke arah mereka berdua dengan bersahaja. Dia tersenyum sambil menyandarkan sebelah badannya dan menongkat kepalanya dengan tangan kiri. Dia merenung dingin ke arah mereka.

Di belakang Raja Yu, satu kelibat muncul tanpa disedari. Dia nampaknya sudah bersatu dengan udara. Raja Yu memetik jarinya dan kelibat itu terus muncul di hadapan mereka berdua.

Dua pisau yang menggerunkan ditekan di bahagian tengkuk Wei Xiangsi dan Raja Tulang.

"Beta akan beri ganjaran kepada sesiapa yang membantu Beta. Tapi kalau kamu… buat masalah di hadapan Beta, tak ada apa yang dapat menghalang Beta daripada menyembelih kamu semua. Ingat, Beta ialah Raja Yu. Kamu semua ni hanyalah… saki-baki daripada sekta."

Bila suara yang menggerunkan itu kedengaran, satu aura menakutkan meletus keluar dari badan Raja Yu. Daya tulennya beredar di sekelilingnya dengan penuh bertenaga.

Pakar-pakar daripada sekta yang berdiri di bawah menarik nafas terkejut sambil anak mata mereka mengecil. Raja Yu… sudah menjadi Maharaja Pertempuran kelas keenam!

Pintu masuk hadapan kediaman Xiao tertutup rapat. Angin musim sejuk bertiup bersama-sama emping salji yang putih suci.

Satu kelibat bertopi buluh dan bervel hitam berdiri di kejauhan sambil membisu. Dia merenung ke arah kediaman Xiao pandangan penuh nostalgia.

"Apa? Kamu rasa rindukah?" Suara lembut Ji Chengxue kedengaran dari belakang sambil dia berdiri di sebelah Xiao Yue.

Dengan suara garau, Xiao Yue membalas, "Ibu patik pernah katakan dulu, dia pernah tanya kepada ayah patik, kalau maharaja mangkat satu hari nanti, putera manakah yang dia akan sokong?"

Anak mata Ji Chengxue bergerak-gerak sedikit sambil dia bertanya, "Oh? Apa jawapannya?"

Xiao Yue tidak terus menjawab tapi dia tergelak kecil. Dia membuka topi buluhnya dan matanya yang cerah itu memandang terus ke arah Ji Chengxue sambil berkata, "Jawapannya ialah… ibu masih belum sedar, sementara patik berdiri di hadapan Tuan Putera."


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C117
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login