Download App
10.36% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 99: Jangan Pecahkan Jubin Lantai Itu

Chapter 99: Jangan Pecahkan Jubin Lantai Itu

Editor: EndlessFantasy Translation

Di sebelah Pintu Gerbang Misteri Menakjubkan, istana Putera Mahkota.

Dalam istana yang luas itu, Putera Mahkota sedang duduk tegak bersendirian. Riak wajahnya suram dan pandangannya menunjukkan yang dia sedang memikirkan banyak perkara. Ada beberapa helai surat rahsia yang terbentang di atas meja di hadapannya.

"Zhao Musheng, orang tua tak guna tu… Beta dah agak dialah dalang semua ni!" Putera Mahkota nampak resah. Dia mengambil salah satu surat rahsia itu dan menjadi semakin marah bila dia memandangnya. Surat itu akhirnya dironyok.

'Kalaulah Xushi masih ada…' Ji Chengan berkata dalam hati sambil mengeluh panjang. Kalau Xushi masih ada, dia pasti dapat mencadangkan sesuatu yang bernas. Paling tidak pun, dia tak akan nampak sepasif ini.

Kemangkatan maharaja mengejutkan semua orang. Kalau berita itu tak dibocorkan oleh salah seorang sida-sida dalam istana tu, mereka mungkin tak tahu apa-apa.

"Dia menculik kedua-dua Ouyang Xiaoyi dan Yang Chen… Zhao Musheng ni memang tak tahu malu. Apa-apa pun, tak ada sebab kenapa kita tak boleh bekerjasama. Kalau Beta setuju dengan tawarannya, Beta boleh dapatkan sokongan kedua-dua keluarga Ouyang dan keluarga Yang… Dengan itu, lagi susahlah Ji Chengyu nak gulingkan Beta… walaupun dia berkomplot dengan sekta!" Putera Mahkota menggumam. Dia kemudian membuka balik surat rahsia yang sudah dironyok dan menelitinya semula. Nampaknya, dia sudah membuat keputusan besar dalam fikirannya.

...

Zhao Musheng meniup perlahan secawan teh di tangannya. Dia menghirup teh itu sebelum bertanya, "Apa kamu kata? Beberapa orang Raja Pertempuran tak boleh jaga dua orang budak tak guna tahap Semangat Pertempuran tu?"

Wajah lelaki berjubah broked, yang berdiri di hadapannya itu, tiba-tiba menjadi pucat lesi. Dia cepat-cepat melutut sambil berkata dengan takut, "Tuan, semuanya salah saya. Saya dah hantar beberapa orang untuk mendapatkan mereka balik… Tapi..."

"Tapi apa?" Zhao Musheng bertanya acuh tak acuh sambil minum tehnya.

Lelaki berjubah broked itu melirik mata ke arah Zhao Musheng sebelum membalas dengan berhati-hati, "Puteri kecil keluarga Ouyang dan waris keluarga Yang lari ke kedai misteri..."

"Kedai misteri? Hmm? Ini tempat yang semua orang sebut-sebut tu ke? Restoran yang dilawati sendiri oleh maharaja tu??" Zhao Musheng berhenti minum dan bertanya dengan hairan. Dia ada dengar khabar angin tentang kedai itu tapi dia tak berapa tahu tentangnya.

Namun, berdasarkan maklumat yang dia dapat, dia tahu yang latar belakang restoran tu bukan biasa-biasa.

"Binatang semangat agung dan boneka yang boleh mengusir Santo Pertempuran kelas ketujuh? Dahsyat juga restoran ni… Kamu dah pergi siasat ke?" Zhao Musheng bertanya.

"Sudah tapi kami tak dapat cari apa-apa maklumat." Lelaki berjubah broked itu membalas. Itulah sebabnya kenapa dia rasa takut. Kalau Ouyang Xiaoyi dan Yang Chen berjaya melarikan diri ke kedai itu, sukar untuk menangkap mereka sekali lagi. Kedai tu… nampak luar biasa.

"Hmph! Kalau benda macam tu pun kamu tak boleh buat, kenapa perlu aku simpan kamu? Aku menghabiskan berpuluh ribu kristal untuk rangkaian perisikan kamu setiap tahun. Tapi satu maklumat pun kamu tak dapat tentang restoran kecil tu?" Zhao Musheng berkata sambil mendengus dingin dan menjeling ke arah lelaki itu.

Lelaki itu merasakan peluh sejuk mengalir di belakang badannya.

"Lupakan saja. Mungkin kedai itu betul-betul bermisteri. Dalam benua yang luas ni, banyak kuasa yang tak diketahui dan tak boleh dibayangkan. Bukan salah kamu tak dapat maklumat tu. Tapi… kamu mesti bawa balik budak perempuan keluarga Ouyang dan pewaris keluarga Yang ke sini! Kalau perlu, kamu sendiri pergi tangkap mereka. Apa-apa pun, aku nak lihat mereka berdiri di depan aku."

Ekspresi lelaki itu menjadi suram. "Tapi Tuan, ada… binatang semangat agung yang menjaga kedai itu! Boneka besi itu pun bukan sesuatu yang boleh diuruskan oleh Maharaja Pertempuran kelas keenam macam saya."

"Binatang semangat agung? Hmph… Kau percaya ke khabar angin tu? Kau ingat seekor binatang semangat agung nak jadi anjing pengawal untuk sebuah kedai? Sekta Cakerawala Rahsia yang paling banyak misteri itu pun tak ada kebolehan macam tu. Inikan pula sebuah kedai."

Nampaknya, Zhao Musheng tak percaya ada binatang semangat agung yang menjaga kedai itu. Mungkin kedua-dua Xiao Meng dan Sida-sida Lian gagal hanya kerana kebetulan? Mereka mungkin tak sengaja tertipu dengan anjing tu.

Zhao Musheng was very confident of his hypothesis because he had seen a real ninth grade supreme beast before. He knew how terrifying those existences were. How could one of them become a watchdog for a little restaurant… That was something completely unfounded.

Zhao Musheng's adamant attitude was very upsetting for the man in the brocade robe… However, there was nothing else he could do. He could only give it a shot. At the moment, the only choice he had was to believe that his master's conjecture was correct.

...

"Betul ke ada anjing ajaib dalam dunia ni?! Anjing tu boleh bercakap seperti manusia!" Seorang Raja Pertempuran kelas kelima merenung kosong ke arah Si Hitam. Dia merasakan yang pandangan dunianya sudah terbalik.

Yang Chen juga merenung kosong ke arah Si Hitam. Ini kali pertama dia bertemu Si Hitam dan dia tak sangka anjing itu akan bercakap.

'Lepaskan budak perempuan tu… Itu ke yang sepatutnya dikatakan oleh seekor anjing?' Yang Chen berkata dalam hati sambil tercengang.

"Hahaha! Anjing gemuk macam kamu ni bercadang nak selamatkan budak perempuan ni? Ini terlampau..." Raja-raja Pertempuran itu semua tertawa tanpa henti.

Bu Fang berdiri di pintu masuk restoran. Dia dapat mendengar gelak tawa mereka yang bersambung-sambung, tapi riak wajahnya tak berperasaan. Ada sedikit rasa simpati dalam matanya.

Raja-raja Pertempuran sebelum ini yang berlagak dengan Si Hitam… semuanya mati.

Bila teringat tentang kejadian itu, Bu Fang terpaksa bersuara lalu berkata, "Anjing malas, tak perlu beria-ia sangat. Jangan pecahkan jubin lantai tu lagi. Lantai tu baru dibaiki. Kalau perlu dibaiki semula… susahlah nanti."

Bila Si Hitam mendengar kata-kata Bu Fang, dia terus menjeling matanya dan menggumam perlahan. Anjing itu malas nak menjawab.

Raja Pertempuran yang memegang Ouyang Xiaoyi mengerutkan mukanya sambil melihat apa yang berlaku. Dalam hatinya, dia rasa ada sesuatu yang tak kena… Sebuah restoran yang terletak di lorong dengan seekor anjing yang boleh bercakap? Dia rasa macam dia pernah dengar tentang perkara ni.

"Kenapa kita nak membazir masa dengan anjing ni? Anjing ni sangat gemuk, sesuai untuk kita buat stimbot daging anjing! Sedap!" Raja Pertempuran yang lain langsung tak memandang serius perkara itu. Dia menyingsingkan lengan bajunya dan berjalan ke arah Si Hitam dengan muka mengejek. Daripada gayanya, dia nampak seperti… hendak menangkap anjing itu?

Si Hitam memandang Raja Pertempuran itu dengan pandangan tulus sambil meregangkan tapak kakinya yang menggigil-gigil.

"Hehe, kau faham pun apa maksudnya. Sayangnya, kau dah terlambat. Tak guna kau buat gaya comel!" Raja Pertempuran itu mula tertawa.

Namun, sejurus selepas itu, bila tapak kaki Si Hitam menyentuh badannya, gelak tawa Raja Pertempuran itu terhenti dan dia terus kaku.

"Hmm? Apa yang berlaku?" Raja Pertempuran yang memegang Ouyang Xiaoyi bertanya kehairanan dengan muka berkerut.

Selepas dia habis bercakap, dia merasakan angin bertiup kencang —bersama satu susuk tubuh manusia—yang menyebabkan rambutnya menggerbang.

Boom!!

Tubuh manusia itu terpelanting jauh dalam separuh daripada bandar diraja itu dan melepasi banyak rumah sebelum menjadi pes daging yang jatuh ke tanah.

"Oh, dengan cara ini, lantai di tempat ni tak akan rosak. Wuf." Si Hitam berkata dengan selamba sambil aura berkuasa meletus keluar dari matanya. Padanya, Raja Pertempuran itu tak ada beza pun dengan semut.

Raja Pertempuran yang tinggal, yang sedang memegang Xiaoyi, mula menggigil bila dia sedar di mana dia berada.

Mengikut khabar angin, ada satu kedai berhati gelap yang terletak di satu lorong dalam bandar diraja. Kedai itu dijaga oleh binatang semangat agung… Pada asalnya, dia ingat khabar angin itu hanya satu jenaka. Namun, rakan sekerjanya baru saja terpelanting dan menjadi daging lumat disebabkan satu sentuhan tapak kaki anjing... Kalau ada sesiapa yang tak percaya anjing ni bukan binatang semangat agung, dia sendiri akan pergi bersemuka dengan mereka!

Pada masa itu, Raja Pertempuran itu sedang memarahi dirinya sendiri dalam hati. Dia tak sangka yang dua budak tak guna ni akan lari ke kedai ini...

Tiba-tiba, Raja Pertempuran itu dapat merasakan yang tangannya kosong. Ouyang Xiaoyi telah menyepak mukanya dan melepaskan diri. Dia jatuh ke tanah dan cepat-cepat lari.

"Saya..." Anak mata Raja Pertempuran itu mengecil bila dia merasakan satu perasaan yang dahsyat sebelum tapak kaki anjing berbulu dan comel itu menyentuh perutnya.

Sentuhan itu begitu ringan...


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C99
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login