Download App
8.58% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 82: Pemilihan daripada Set Tuhan Masakan, Pisau Dapur yang Berkuasa!

Chapter 82: Pemilihan daripada Set Tuhan Masakan, Pisau Dapur yang Berkuasa!

Editor: EndlessFantasy Translation

Tak ada letupan yang mengejutkan atau pekikan yang kuat.

Di bawah kaki Si Hitam, simulakrum Raja Neraka terus hancur berkecai dan hilang dengan senyap.

Semasa Si Hitam menyerang, enam Maharaja Pertempuran Kelas Keenam hampir jadi gila kerana ketakutan. Mereka langsung tak berani melawan aura yang menakutkan itu.

Anjing yang kelihatan tak berbahaya itu berubah menjadi Yama1 yang ganas dalam sekelip mata. Perubahan ini menyebabkan enam Maharaja Pertempuran Kelas Keenam itu hampir-hampir patah jiwa.

Dengan bunyi yang kuat, rekahan muncul di sepanjang susunan magik dan kemudiannya meletup sehingga hancur berkecai. Enam Maharaja Pertempuran Kelas Keenam muntah darah sambil melutut di atas tanah. Mereka mahu melarikan diri tapi badan mereka tak mahu bergerak dari tempat itu.

Krak!

Apabila Si Hitam mendarat, kedengaran bunyi tulang patah dan tanah di bawah kakinya bergegar seketika.

Dari jarak yang jauh, Hun Qianyun sangat takut sehingga nyawanya rasa hendak tercabut. "Celaka... Jadi, benda yang paling menakutkan di dalam restoran tu bukanlah yang boneka bermata ungu di hadapan aku ni, tapi anjing hitam besar yang berada di depan pintu masuk?!"

"Dari mana sebenarnya asal restoran ni? Satu kaki anjing tu saja boleh menghancurkan Susunan Meruntun Jiwa Raja Neraka dan bunuh enam Maharaja Pertempuran Kelas Keenam... Apa sebenarnya tahap pertapa anjing hitam yang besar tu? Adakah ia binatang semangat agung tertinggi kelas kesembilan?"

"Binatang semangat agung tertinggi kelas kesembilan yang... menjaga pintu? Biar betul?"

Jiwa Hun Qianyun rasa sangat tertekan sehingga dia mahu muntah darah. Dia memang menyesal dengan tindakannya. Dia mesti terhantuk kepalanya apabila dia membuat keputusan untuk membuat kacau di dalam restoran itu. Misi tersebut dah selesai awal-awal lagi... Tapi, dia sendiri yang menempah maut bila dia berhasrat memusnahkan restoran itu pada masa yang sama.

Situasinya sekarang bagaikan kura-kura di kaki ditinggalkan, burung yang terbang dikejar1. Dia telah kehilangan enam Maharaja Pertempuran Kelas Keenam. Oh... Dia mungkin akan mati di sana juga.

Secara beransur-ansur, kaki Si Hitam bertukar menjadi saiz asalnya yang lebih kecil. Ia mengibaskan kakinya dengan marah lalu menjeling ke arah Hun Qianyun. Seperti seekor kucing, ia berjalan balik ke tempat biasanya lalu baring dan tidur semula.

Bu Fang nampak seperti dia sudah biasa dengan perangai Si Hitam. Ini bukan kali pertama anjing malas itu menyambung tidurnya selepas menunjukkan lagaknya.

Ouyang Xiaoyi berdiri di dalam restoran sambil memegang bingkai pintu. Mata besarnya bersinar apabila dia memandang ke arah Si Hitam dengan rasa kagum.

"Si Hitam ni... hebat betul! Apa baka anjing ni ya?"

Mata Si Hitam terbuka sedikit. Apabila Si Hitam melihat ada sepasang mata yang bersinar sedang memandang ke arahnya, ia segera mendengus dan menoleh ke tempat lain.

"Jangan pandang tuan segala anjing ni lagi. Tuan segala anjing ni tak berminat dengan loli manusia... Kung-kung."

Tanpa ekspresi, Bu Fang berjalan beberapa langkah ke arah kawah besar yang dihasilkan oleh Si Hitam. Ia berbentuk seperti tapak kaki seekor anjing dan ada bayangan tenaga hitam yang meresap keluar dari dalamnya.

Di dalam kawah yang besar itu, enam mayat Maharaja Pertempuran Kelas Keenam telah hancur seperti pes daging. Nampaknya mereka mati katak...

Dari jarak yang jauh, kekuatan Hun Qianyun terus menjadi lemah selepas dia hilang sokongan daripada Susunan Meruntun Jiwa Raja Neraka. Selepas menarik diri daripada tahap Santo Pertempuran, dia memang tak boleh melawan Si Putih yang bermata ungu itu. Apabila dia ditumbuk dengan kuat, dia tercampak ke arah dinding lorong dengan ganas dan tertimbus di bawah runtuhan batu.

Mata ungu Si Putih berkedip-kedip dengan pandangan maut apabila ia menuju ke arah Hun Qianyun.

Tiba-tiba, dua bayangan api semangat yang besar keluar dari runtuhan batu itu. Seorang lelaki dapat dilihat di dalam api itu dan dia terus melarikan diri dari tempat itu.

Apabila Hun Qianyun sedar yang situasi tersebut tak dapat kembali seperti sedia kala, dia menggunakan teknik rahsia Sekta Jiwa untuk melarikan diri. Bukan senang untuk menggunakan teknik rahsia ini tapi dia terpaksa kerana tiada pilihan lain. Kalau tak, dia akan dipukul sampai mati oleh Si Putih yang bermata ungu itu.

Apabila pihak lawannya hilang, Si Putih menjadi bingung seketika. Ia mengangkat tangan mekanikalnya dan menggaru kepalanya yang botak. Kemudian matanya yang berwarna ungu itu padam dan bertukar menjadi merah semula.

Bu Fang mencebik bibirnya apabila dia melihat lorong yang semak itu. Nampaknya dia perlu meminta pertolongan Putera Mahkota untuk membaiki lorong itu apabila dia datang melawat nanti. Kalau tak, dia tak dapat meneruskan perniagaannya.

Mayat Xushi sudah menjadi mumia. Rohnya telah dibakar sepenuhnya dan kulitnya dah menjadi kering.

Bu Fang mengeluh kerana dia tak dapat berbuat apa-apa. Dia tergamam dan hanya boleh menyuruh Putera Mahkota untuk menyelesaikan masalah ini.

Apabila pelanggan yang bersembunyi di dalam restoran itu mendapat tahu yang pertempuran telah berakhir, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Bu Fang dan terus beredar dari tempat itu. Akhirnya, hanya Bu Fang dan Ouyang Xiaoyi saja yang tinggal di dalam restoran.

Selepas beberapa ketika, pasukan peronda bandar diraja datang satu demi satu. Wajah Xiao Meng muram ketika dia tiba di lorong yang dipenuhi dengan puing.

'Nampaknya pertempuran tadi sangat teruk.' Xiao Meng berkata dalam hatinya apabila dia memandang ke bawah dari langit. Apabila dia melihat lubang besar yang berbentuk tapak kaki anjing itu, anak matanya mengecil dan dia memandang dengan rasa takut ke arah Si Hitam yang sedang baring di pintu masuk.

Dia agak terkejut melihat mayat Xushi lalu mengeluh kerana dia tak dapat berbuat apa-apa.

Dia menghantar seseorang untuk memberitahu Putera Mahkota dan kemudian membersihkan medan peperangan itu.

'Kaki anjing ni melampau betul. Sampai boleh hancurkan enam Maharaja Pertempuran Kelas Keenam menjadi pes daging... Nak sahkan identiti mereka pun susah.' Xiao Meng tak mampu memberikan apa-apa reaksi.

Apabila Xiao Meng melihat Sup Ayam Phoenix Herba Sej itu tertumpah di atas tanah, dia dapat menyimpulkan apa yang telah berlaku dan ekspresinya menjadi dingin.

"Memandangkan Xushi mati seperti tu, ini mesti disebabkan oleh teknik Sekta Jiwa. Adakah sekta itu terlibat dalam pergolakan antara Putera Mahkota dengan Raja Yu? Teruklah kalau begitu." Xiao Meng menggumam dengan perlahan.

Tak lama kemudian, Putera Mahkota pun tiba dengan orang bawahannya. Apabila dia melihat sup ayam itu tertumpah di atas lantai dan juga mayat Xushi yang telah menjadi mumia, dia tak dapat menyembunyikan kesedihan di wajahnya. Dia mengetap giginya dan mukanya menggeletar.

Dia mengambil mayat Xushi sambil berdiam dan berjanji pada Bu Fang yang dia akan membaiki lorong yang musnah itu. Kemudian pasukan-pasukan peronda itu beredar satu demi satu.

Lorong itu kembali sunyi seolah-olah tiada siapa yang datang.

Tapi, itu pun kalau anda tak beri perhatian kepada kepingan lantai kuarzit yang patah di merata-rata tempat dan lubang besar yang berbentuk seperti tapak kaki anjing itu.

Selepas Ouyang Xiaoyi meninggalkan restoran itu dan kembali ke kediaman Ouyang, Bu Fang pun menutup restorannya dan menamatkan perniagaannya untuk hari itu.

Sebaik sahaja dia selesai menutup restorannya, suara sistem yang serius itu kedengaran di dalam mindanya.

"Tahniah kepada Tuan kerana berjaya mendapat lebih daripada empat ribu biji kristal. Oleh sebab objektif jangka pendek dah selesai, kamu akan terima ganjaran sistem nanti. Ganjaran sistem akan dikeluarkan... "

Bu Fang terkejut seketika, kemudian senyuman muncul di wajahnya yang tak berperasaan itu. Dia akhirnya berjaya meningkatkan tahapnya...

Lama juga untuk dia kumpul empat ribu biji kristal. Bukan senang untuk melakukannya, tapi dia tetap berjaya.

Selepas melengkapkan objektif jangka pendek, dia dapat meningkatkan tahapnya dan mendapatkan lebih banyak kekuatan. Walaupun kemampuannya untuk melawan sangat lemah, akhirnya tahap pertapanya berada di tahap yang tinggi dan itu sudah cukup baginya.

"Anak muda yang berazam untuk menjadi Tuhan Masakan, tahniah kerana berjaya selesai misi jualan jangka pendek. Kamu telah ambil satu lagi langkah ke arah objektif kamu, iaitu untuk menjadi Tuhan Masakan. Ganjaran: kaedah memasak Daging Masak Merah, kaedah latihan Teknik Ukiran Bintang Gayung Besar dan satu bahagian set Tuhan Masakan."

"Tahniah kepada Tuan kerana berjaya mengumpul empat bahagian set Tuhan Masakan. Satu bahagian daripada set Tuhan Masakan akan dipilih secara rawak."

"Pemilihan secara rawak bermula. Pemilihan sedang dilaksanakan..."

"Pemilihan selesai. Tahniah kepada Tuan kerana berjaya mendapatkan Pisau Dapur Tulang Naga Emas (set Tuhan Masakan)."

Bu Fang terharu dengan kata-kata sistem itu. Bagaimanapun, sebaik saja dia menenangkan hatinya dan meneliti maklumat itu, dia segera bertanyakan soalan.

"Sajian yang diperoleh kali ni adalah Daging Masak Merah?" Apabila Bu Fang mendengar sistem mengumumkan nama sajian itu, dia terus menjilat bibirnya kerana dia membayangkan dirinya merebus ketulan daging yang merah di dalam periuk tanah liat. Gris yang berkilauan pada daging itu membuatnya rasa gelojoh. Daging Masak Merah... ialah salah satu daripada hidangan kegemarannya.

Kemunculan teknik ukiran yang baru itu juga mengejutkan Bu Fang. Dia memang lemah dalam bab-bab mengukir. Sekarang merupakan satu peluang yang baik untuk memperbaiki kelemahannya.

Walau bagaimanapun, kejutan yang paling besar baginya ialah set Tuhan Masakan yang dia inginkan sejak dulu lagi.

"Pisau Dapur Tulang Naga Emas... Adakah ia sebilah pisau dapur yang dibuat daripada tulang naga? Dahsyat betul namanya."

  1. Yama adalah dewa penjaga neraka dan kematian dalam mitologi Asia Timur dan agama Buddha.
  2. Peribahasa ini bermaksud mengharapkan untung yang belum pasti lalu melepaskan untung sedikit yang sudah ada.

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C82
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login