Download App
7.12% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 68: Saya Mahu Keupayaan Saya... Ditingkatkan Lagi

Chapter 68: Saya Mahu Keupayaan Saya... Ditingkatkan Lagi

Editor: EndlessFantasy Translation

"Eh? Ah! Tauke Bu... Kamu nak makan di Restoran Phoenix Abadi?" Apabila Xiao Xiaolong mendengar kata-kata Bu Fang, matanya membesar dan ekspresi di mukanya menjadi agak pelik.

Xiao Yanyu dan Ouyang Xiaoyi pun tak faham. Dari sudut pandangan mereka, kemahiran masakan Bu Fang dapat tewaskan para cef dari Restoran Phoenix Abadi dengan teruk. Apa motif dia mahu ke sana?

"Ada sebabnya kenapa Restoran Phoenix Abadi boleh menjadi restoran nombor satu di kota diraja. Lagipun, cef hebat ni pun kena belajar juga. Laut boleh menampung air daripada seratus batang sungai. Ia hebat... disebabkan oleh keupayaannya." Kata Bu Fang dengan selamba. Dia berpaling ke belakang dan menuju ke arah Restoran Phoenix Abadi.

"Laut boleh menampung air daripada seratus batang sungai. Ia hebat... disebabkan oleh keupayaannya." Mulut Xiao Xiaolong menggerenyet. Dia tiba-tiba rasa ada sesuatu yang tak betul dengan Bu Fang pada hari itu.

"Xiaoyi, kau tak rasa perangai Tauke Bu pelik ke hari ni? Aku rasa dia nak buat sesuatu yang jahat di Restoran Phoenix Abadi tu." Xiao Xiaolong mendekati Ouyang Xiaoyi dan berbisik di dalam telinganya.

Ouyang Xiaoyi agak keliru dan dia bertanya dengan bingung, "Pelik? Tak pun. Apa yang peliknya? Kemahirannya hanya boleh bertambah baik kalau dia terus belajar. Ini masuk akal. Atuk pun selalu pesan kepada Xiaoyi juga."

Mulut Xiao Xiaolong menggerenyet dan dia berkata di dalam hatinya, 'Baiklah. Tak ada gunanya bercakap dengan kau.'

Ketiga-tiga mereka bergegas mengikut Bu Fang dan menuju ke arah Restoran Phoenix Abadi.

Xiao Xiaolong dan yang lain memang dah biasa dengan Restoran Phoenix Abadi tu. Sebelum restoran Bu Fang muncul, tempat yang mereka selalu pergi adalah Restoran Phoenix Abadi. Ia memang restoran nombor satu di kota diraja dan sajiannya sangat terkenal kerana rasanya yang sungguh lazat.

Tapi kenyataan itu hanya tepat kalau ia tak dibandingkan dengan sajian-sajian Bu Fang.

"Tauke Bu, kamu kan nak pergi ke Restoran Phoenix Abadi, kamu tahu tak peraturan restoran tu?" Xiao Xiaolong mengambil beberapa langkah lagi dan berjalan di sebelah Bu Fang.

"Peraturan? Apa peraturannya?" Bu Fang agak hairan dan dia berpaling ke arah Xiao Xiaolong dan melihatnya.

Mulut Xiao Xiaolong menggerenyet. Dah agak dah. Dia dah tahu yang Bu Fang tak merancang untuk pergi ke Restoran Phoenix Abadi. Namun, walaupun dia tergamam, dia masih memberitahu Bu Fang tentang perkara-perkara tertentu.

"Sebagai restoran nombor satu di bandar diraja, bangunan Restoran Phoenix Abadi ada tiga tingkat. Kualiti perabot dan pelayan berbeza di setiap tingkat. Tingkat satu ialah ruang umum bagi pelanggan biasa dan harga sajiannya tak begitu mahal. Pelanggan-pelanggan daripada keluarga yang kaya boleh makan di sana untuk beberapa kali sebulan."

"Tingkat dua ialah ruang bagi tetamu yang terkemuka. Restoran Phoenix Abadi tak pentingkan sangat perabot di tingkat tu. Pelayan di tingkat tu juga bertukar daripada pelayan lelaki kepada pelayan wanita yang memakai gaun kain broked. Berdasarkan kualiti perkhidmatan di tingkat dua tu saja, ia merupakan salah satu tempat yang mempunyai kualiti perkhidmatan yang terbaik di kota diraja dan juga di seluruh empayar. Lagipun, sajian di tingkat dua jauh lebih mahal daripada sajian di tingkat satu dan rasanya juga lebih enak."

"Tingkat tiga ialah ruang tertinggi. Kesemua perkhidmatannya ialah yang terbaik. Dengan perabot dan pelayannya, memang tak disangsikan lagi yang ia merupakan tempat nombor satu di kota diraja. Hanya mereka yang mempunyai status yang tinggi boleh naik ke tingkat ni."

Jelas Xiao Xiaolong kepada Bu Fang. Dia telah memberitahu gaya operasi yang berbeza di ketiga-tiga tingkat.

Selepas mendengar penjelasannya, Bu Fang mengecilkan mata dan mengangguk. Pemilik Restoran Phoenix Abadi tu pandai juga sebenarnya. Dengan gaya operasi yang berbeza di setiap tingkat, ia boleh menyedarkan pelanggan terhadap perbezaan status dan menggalakkan perbelanjaan. Pelanggan di ruang umum akan pergi ke ruang untuk tetamu yang terkenal sebab mereka mahu jaga maruah mereka. Sebaliknya, pelanggan yang sudah berada di ruang untuk tetamu yang terkenal tak akan kembali ke ruang umum sebab mereka takut maruah mereka jatuh. Ini akan meningkatkan keuntungan di ruang untuk tetamu yang terkenal dan pendapatan mereka pasti akan meningkat dengan mendadak.

"Sajian di ruang tertinggi di tingkat tiga sepatunya sedaplah kan? Kamu layak tak masuk ke ruang tu?" Tanya Bu Fang dengan tiba-tiba selepas dia berfikir sejenak.

"Memandangkan itu ruang tertinggi, hanya orang yang paling dihormati dalam Empayar Bayu saja yang boleh masuk. Anak-anak pegawai kerajaan seperti kami ni tak layak. Dulu, Sun Qixiang cuba nak pecah masuk tapi dia dibuang oleh Maharaja Pertempuran Kelas Keenam yang sedang mengawasi tempat tu." Kata Xiao Xiaolong.

Selepas mendengar kata-katanya, Bu Fang mengerut dahinya. "Kamu pun tak layak untuk masuk ke ruang tertinggi tu?"

"Hanya Maharaja, Menteri Kanan, ayah saya, Jeneral Ouyang dan mereka yang mempunyai status yang sama boleh masuk." Kata Xiao Xiaolong sambil bercerita tentang latar belakang Restoran Phoenix Abadi.

Ketika mereka berdua sedang berbual, mereka pun tiba di pintu masuk Restoran Phoenix Abadi yang cantik.

"Ya Tuhan, kamu ni Tuan Muda Xiao kan? Dah lama saya tak jumpa kamu. Kamu datang ke sini untuk makan ke? Mari, mari. Jemput masuk."

Apabila mereka berdua tiba di pintu masuk, seorang wanita pertengahan umur yang cantik datang ke arah mereka sambil mengayunkan pinggulnya dan dia mempunyai suara yang mempesonakan.

Xiao Xiaolong melemparkan senyuman dan mengangguk kepalanya. "Lama tak jumpa, Kak Chun. Kamu nampak semakin cantik."

Wanita pertengahan umur yang cantik itu dikenali sebagai Kak Chun. Dia terus menutup mulutnya dengan tangan dan dadanya pula bergoyang-goyang ketika dia ketawa. Walaupun suhu sejuk, dia masih mendedahkan dadanya yang putih melepak dan dia seolah-olah tak peduli langsung dengan cuaca di luar.

Wanita pertengahan umur yang cantik itu tersenyum ketika dia membawa mereka berdua masuk ke dalam Restoran Phoenix Abadi.

Bu Fang tak berkata apa-apa. Dia hanya melirik matanya sekali ke arah badan Kak Chun dan terus memandang ke tempat lain dengan acuh tak acuh. Ekspresinya serius apabila dia masuk ke dalam Restoran Phoenix Abadi. Sebaik sahaja dia masuk, dia dapat rasa betapa terkenalnya restoran itu.

Tingkat satu merupakan sebuah dewan yang besar dan ada sebilangan meja yang disusun dengan kemas di situ. Pelanggan sedang menikmati sajian mereka di setiap meja. Dengan melihat ekspresi wajah mereka, jelas nampak mereka sangat berpuas hati dengan sajian yang dihidangkan.

"Tuan Muda Xiao, kamu berempat saja ke? Adakah kita akan ke ruang untuk orang terkenal?" Pinggul Kak Chun berayun-ayun ketika dia berjalan bersama mereka. Dia berpaling mukanya untuk bersembang dengan mereka.

"Ya, kami berempat saja. Kak Chun, sediakan sebuah meja untuk kami." Xiao Xiaolong mengangguk dan sebelum dia dapat menjawab, Bu Fang tiba-tiba bercakap dan mencelah perbualan mereka berdua.

"Kejap, kita makan di ruang umum dulu. Sediakan sebuah meja untuk kami."

"Eh? Kita akan makan di ruang umum dulu?" Kali ini, bukan Xiao Xiaolong saja, malah Xiao Yanyu dan Ouyang Xiaoyi pun turut terkejut.

"Ya. Kamu boleh terus ke ruang untuk orang terkenal kalau kamu mahu. Saya akan ke sana selepas saya siap makan di ruang umum." Kata Bu Fang.

Pandangan Xiao Xiaolong dan yang lain menjadi teragak-agak. Mulut Xiao Yanyu yang tersembunyi di bawah velnya memberi senyuman kecil dan dia berkata di dalam hatinya, 'Bu Fang ni... memang nak cari pasal.'

"Baiklah. Kak Chun, sediakan sebuah meja untuk kami di ruang umum dulu." Kata Xiao Xiaolong kepada Kak Chun dengan senyuman.

Muka Kak Chun yang ayu itu penuh dengan syak wasangka. Mata phoenix merahnya1 melirik ke arah Bu Fang dan dengan sekelip mata, dia terus memandang ke tempat lain. Dia berkata dengan lemah-lembut, "Baiklah, ikut saya."

Dengan penentuan tempat duduk oleh Kak Chun, mereka dapat duduk di meja kosong dengan pantas sekali.

Bu Fang duduk tegak sambil menanggalkan skaf di lehernya dan kot luar kashmirnya. Ekspresinya serius ketika dia menyentuh permukaan meja dengan jarinya. Dia serta-merta dapat rasa kesan minyak dan di jarinya ada kesan gris berwarna hitam.

"Kebersihan restoran ni teruk sampai hilang selera makan saya." Bu Fang menilai dengan tegas.

Xiao Xiaolong yang baru saja duduk dan sedia untuk membuat pesanan tiba-tiba membeku dan memandang Bu Fang dengan bingung.

Mata Ouyang Xiaoyi dan Xiao Yanyu berkerdip-kerdip apabila mereka melihat Bu Fang dengan perasaan yang aneh.

Kak Chun dengan badannya yang menggiurkan itu sangat malu dan di dalam hatinya, dia berkata dengan geram, 'Ini ruang umum, memanglah kebersihan di sini teruk! Kenapa kau nak sangat datang ke ruang umum ni!'

"Bawakan saya semua sajian di ruang umum yang kamu rasa terbaik." Kata Bu Fang tanpa sebarang perasaan kepada Kak Chun apabila dia duduk di kerusi.

"Semua sajian yang terbaik? Ada sepuluh sajian terbaik di ruang umum. Setiap sajian berharga lima ratus syiling perak. Kamu pasti nak pesan semua sajian?" Kak Chun melihat Bu Fang dengan ragu-ragu.

Bukan sebab dia tak percayakan Bu Fang, memandangkan dia hadir bersama Xiao Xiaolong. Xiao Xiaolong ialah anak kepada Jeneral Besar Xiao Meng dan dia pasti ada duit yang banyak. Kalau lelaki muda di hadapannya ini ialah teman Xiao Xiaolong, tentulah dia pun kaya juga. Tapi kalau dia ada banyak duit... kenapa dia berada di ruang umum?

"Kak Chun, hidangkan saja sajian-sajian tu. Dia kurang di bahagian lain, tapi dia banyak duit." Xiao Xiaolong berkata kepadanya sambil ketawa.

Memandangkan Xiao Xiaolong telah bersuara, Kak Chun pergi dari tempat itu untuk menghantar pesanan mereka.

Bila Kak Chun sudah beredar, Xiao Xiaolong memandang ke arah Bu Fang dan berkata, "Tauke Bu, adakah kamu akan cuba semua hidangan di Restoran Phoenix Abadi?"

Bu Fang tersenyum sambil melirik ke arah Xiao Xiaolong dan berkata dengan selamba, "Betul, saya nak cari kesalahan mereka dan buat kacau hari ni."

---

  1. Istilah ini digunakan untuk menggambarkan jenis mata yang mana bahagian luar tepi mata condong ke atas. Contoh pelakon yang mempunyai mata phoenix merah ialah Liu Yifei (刘亦菲).

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C68
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login