Download App
6.49% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 62: Perpisahan Ji Chengxue

Chapter 62: Perpisahan Ji Chengxue

Editor: EndlessFantasy Translation

Tuan: Bu Fang

Jantina: Lelaki

Umur: 20 tahun

Tahap Kekuasaan Daya Tulen: Kelas Ketiga (Sudah mencapai kebolehan memanifestasikan daya tulen di luar badan. Sebagai Tuhan Masakan di dunia fantasi, kamu perlu menggunakan daya tulen untuk memasak. Terus berusaha, anak muda.)

Bakat memasak: Belum diketahui

Kemahiran: Teknik Pemotongan Meteor Tahap Satu (52/100)

Peralatan: Pecahan Set Tuhan Masakan (3/4)

Peringkat Keseluruhan Penilaian Tuhan Masakan: Cef Perantis (Kamu sudah boleh masak bahan-bahan menggunakan daya tulen. Jika kamu berlatih dengan teknik pemotongan, jalan untuk mencapai Tuhan Masakan akan terbuka luas. Teruskan usaha, anak muda.)

Perolehan terkini ialah dua ribu lapan ratus lapan puluh kristal. Darjah penukaran daya tulen: 720/1000

Tahap Sistem: Tiga Bintang (Nisbah penukaran ialah dua puluh lima peratus. Pelanggan dibenarkan membawa bahan-bahan yang lebih rendah daripada kelas keempat.)

Keesokan paginya, Bu Fang bangun dari katil dengan rasa mengantuk. Dia melihat panel sistem sambil membersihkan diri.

Selepas melihat darjah penukaran daya tulen, dia sedar yang dia boleh mencapai tahap seterusnya tak lama lagi. Buat masa ini, dia hanyalah Maniak Pertempuran kelas ketiga. Bila dia capai seribu kristal, nilai daya tulennya akan mencapai Semangat Pertempuran kelas keempat. Pada masa itu, dia akan jadi lebih handal mengawal daya tulennya.

"Apa sebenarnya set itu… aku rasa sangat ingin tahu. Namun, aku dah kumpul tiga pecahan. Bila naik ke peringkat seterusnya, aku boleh lengkapkan koleksi." Bu Fang bergumam sambil dia turun tangga.

Dia kemudiannya sampai ke dapur dan memulakan latihan harian memotong lobak putih.

Selepas selesai berlatih, Bu Fang berjalan ke pintu masuk restoran dan mengalihkan papan pintu. Udara kini semakin sejuk dan bila ia bertiup ke mukanya, terasa sejuknya sampai ke tulang.

Bu Fang memandang Si Hitam yang pasti tidur nyenyak. Dia kembali ke dapur untuk berlatih memasak. Selepas beberapa ketika, Tulang Rusuk Masam Manis yang harum siap dimasak.

"Si Hitam, masa untuk makan." Sambil Bu Fang meletakkan Tulang Rusuk Masam Manis di hadapannya dan ia menjadi bertenaga.

Si Gemuk Jin dan rakan-rakannya tiba seperti biasa dan beredar selepas habis sarapan. Sudah menjadi tabiat mereka untuk datang makan di tempat Bu Fang. Walaupun makanan Bu Fang mahal, Si Gemuk Jin ialah orang kaya baru… Dia memang sentiasa berduit.

Xiao Yue tak muncul lagi selepas ditendang keluar dari kedainya bila Si Hitam bersin. Dia seperti sudah menghilangkan diri dari bandar diraja. Namun, Bu Fang langsung tak kisah. Dia cuma terkilan yang dia kehilangan seorang pelanggan.

Dalam lorong itu, angin musim luruh yang sejuk sampai ke tulang bertiup. Ji Chengxue yang memakai jubah putih menghampiri restoran perlahan-lahan. Wajahnya yang cerah dan lembut dan matanya yang sepet membuatkannya nampak seperti dia sentiasa tersenyum.

"Tauke Bu, selamat pagi." Ji Chengxue menyapa Bu Fang dengan lembut. Bu Fang mengangguk acuh tak acuh sebagai tanda membalas sapaan itu.

"Paduka Kekanda, kenapa datang awal hari ni?" Ouyang Xiaoyi bertanya kepada Ji Chengxue, yang baru saja masuk ke dalam restoran dan mengambil tempat duduk.

Ji Chengxue mengusap kepada Xiaoyi dan berkata sambil tergelak kecil, "Beta datang untuk makan hidangan Tauke Bu."

"Tuanku nak makan apa hari ni?" Bu Fang bertanya.

"Beta hendak pesan setiap hidangan. Selepas ini, Beta tak tahu sama ada Beta dapat merasa makanan Tauke Bu." Ji Chengxue berkata sambil mengeluh.

"Hmm? Apa yang tak kena?" Bu Fang bertanya kehairanan. Ouyang Xiaoyi turut memandang Ji Chengxue dengan rasa ingin tahu.

Pandangan Ji Chengxue suram sambil berkata, "Tak ada apa-apa. Hanya urusan keluarga. Beta akan meninggalkan bandar diraja esok. Beta tak tahu bila Beta akan kembali."

"Patik faham. Tunggu sebentar." Bu Fang mengangguk tanpa ekspresi dan kembali ke dapur. Dia kemudian muncul dengan sebalang Wain Jed Penyejuk Hati dan mencampaknya ke arah Ji Chengxue.

Ji Chengxue terperanjat bila dia menyambut balang wain itu. Dengan senyuman lembut, dia membuka kain penutup dan menuang wain ke dalam cawan.

Bu Fang menuang secawan wain untuk dirinya juga. Dia mengangkat cawan itu dan mereka menyentuhkannya dengan cawan Ji Chengxue sambil berkata, "Semoga selamat perjalanan Tuanku."

"Hahaha, terima kasih. Apa kata kamu belanja Beta hari ini? Atau bagi diskaun ke?" Ji Chengxue menghabiskan secawan wain itu dengan sekali telan dan tertawa kecil.

Bu Fang memandangnya sekilas dengan acuh tak acuh dan membalas tanpa perasaan, "Tidak."

Kemudian Bu Fang kembali ke dapur dan mula memasak hidangan lain.

"Tuanku seorang beradab. Tuanku datang awal hari ini." Xiao Meng tunduk hormat kepada Ji Chengxue dengan wajah serius. Xiao Xiaolong dan Xiao Yanyu pula berdiri di belakang ayah mereka.

Rupa Xiao Yanyu semakin bertambah baik. Nampaknya Sup Ayam Phoenix Herba Sej sudah menunjukkan kesan.

"Jeneral Xiao, Beta rasa sungguh teruk. Disebabkan Beta hendak berangkat esok, Beta datang ke sini untuk makan hidangan Tauke Bu buat kali terakhir supaya Beta tak mengidam semasa kempen peperangan nanti." Ji Chengxue tergelak kecil sambil dia menuang cawannya dan satu cawan untuk Xiao Meng.

Xiao Meng terdiam seketika sebelum dia mengeluh dan menerima cawan wain itu daripada Ji Chengxue.

Kedua-dua mereka duduk dan mula minum.

Ouyang Xiaoyi memaklumkan Bu Fang tentang hidangan yang dipesan keluarga Xiao dan dia menunjukkan tanda faham.

Satu demi satu hidangan berbau harum dihidangkan oleh Ouyang Xiaoyi. Semuanya dipesan oleh Ji Chengxue. Dia gembira menikmati wain dan hidangan-hidangan enak itu.

"Jeneral Xiao, bagaimana keadaan Paduka Kekanda?" Ji Chengxue menghirup wain dan bertanya sambil memandang Xiao Meng dengan pandangan rumit.

Xiao Meng mengerutkan kening dan menghabiskan wain dalam cawannya. Dia menghela nafas dan berkata dengan suram, "Dia masih koma seperti sedia ada. Doktor diraja pun tak tahu sebabnya. Sudah tiga tahun berlalu dan Patik masih tak tahu bila Ru'Er akan bangun."

"Paduka Kekanda seorang yang baik jadi Tuhan pasti akan menolongnya. Beta pasti dia akan sedarkan diri satu hari nanti." Ji Chengxue memujuknya.

Ji Ru'Er ialah kakak kepada Ji Chengxue, isteri kepada Xiao Meng dan ibu kepada Xiao Yue. Tiga tahun lepas, Xiao Yue mempersembahkan darah jantung ibunya untuk mempelajari intipati tulen penguasaan pedang dan menyebabkan Ji Ru'Er jatuh koma. Selepas tiga tahun berlalu, belum pun ada tanda-tanda yang Ji Ru'Er akan sedar.

Sepanjang tiga tahun, Xiao Meng sudah mencari di merata-rata Empayar Bayu, orang-orang hebat dan doktor-doktor pakar untuk mengubati Ji Ru'Er tapi masih belum berhasil.

Disebabkan itu, rambutnya beruban kerana terlampau risau. Untuk seorang Santo Pertempuran kelas ketujuh, ini memang sesuatu yang luar biasa.

"Sebenarnya, Patik tak berani berharap lagi. Walaupun Ru'Er masih koma, Patik lega yang dia masih hidup. Patik datang ke sini untuk bertanya jika Tauke Bu ada cara untuk memulihkan Ru'Er. Patik rasa sangat terdesak." Xiao Meng memberitahu Ji Chengxue dengan jujur tujuan dia datang ke restoran itu.

Ji Chengxue mengangguk setuju. Kalau hidangan berubat Bu Fang boleh membantu Xiao Yanyu pulih daripada kehilangan tenaga hayat sehingga hampir mati, pasti ada peluang untuk kakaknya sedar.

Dia pun berasa sedikit berharap.

Kedua-dua mereka menghentikan perbualan dan meneruskan minum wain. Pada masa ini, Xiao Meng hanya memberikan nasihat kepada Ji Chengxue untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara penting semasa kempen peperangan itu.

Walaupun Ji Chengxue seorang putera, dia anak ketiga. Ibunya hanya seorang gundik bertaraf rendah. Dia tak setanding putera mahkota, Ji Chengan, ataupun Raja Yu, Ji Chengyu. Dia juga tak begitu digemari maharaja. Kalau Xiao Meng bukan abang iparnya, putera ketiga mungkin sudah lama dibunuh putera mahkota atau Raja Yu.

Ada makna di sebalik kata-kata, "Seorang kerabat diraja tiada saudara-mara."

"Tuanku mesti jaga keselamatan semasa kempen itu. Ingat, walaupun Maharaja tidak menyukai Tuanku, tapi Tuanku masih seorang putera." Xiao Meng berkata serius.

Ji Chengxue mengangguk acuh tak acuh dan menghirup wain.

Sedang mereka berbual sambil minum, satu suara terbatuk-batuk kedengaran sambil satu susuk tubuh berumur masuk ke dalam restoran.

Pandangan Ji Chengxue dan Xiao Meng beralih ke arah orang yang baru tiba. Ekspresi mereka kaku dan mata mereka penuh rasa tak percaya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C62
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login