Di jalan utama bandar Diraja.
Tentera berperisai sedang mengosongkan jalan dan menghalang orang ramai yang datang menonton dari kedua-dua belah jalan. Ramai orang berkumpul dan membuat bising. Bunyinya sangat kuat seperti ia boleh melumpuhkan bandar Diraja itu.
Semua orang menumpukan perhatian sambil mereka melihat dengan penuh rasa ingin tahu ke arah pintu gerbang bandar.
Sambil angin musim luruh sejuk bertiup, daun-daun kering di jalan utama bandar Diraja itu berterbangan di udara. Sejak kumpulan askar pertama tiba di bandar itu, suasananya sudah bertukar muram. Penonton yang hadir begitu senyap sambil bendera berwarna merah darah berarak. Ia kelihatan seperti lautan darah apabila bendera itu berkibaran di udara.
Tentera berperisai itu sedang berarak dan setiap langkah ditemani bunyi metalik yang kedengaran di seluruh bandar Diraja itu.
Dalam barisan itu, ada seorang ketua yang merupakan lelaki pertengahan umur, menunggang kuda berwarna perang kemerahan. Pandangannya tajam dan rupanya yang tampan memberikan dia aura kepimpinan.
Lelaki ini ialah pakar nombor satu di Empayar Bayu, Jeneral Besar Xiao Meng, yang kembali daripada bertempur dengan Sekta.
Dalam barisan yang panjang dan sempit itu, ada enam pedati keluli yang sedang diiringi. Bahagian dalam pedati itu penuh dengan percikan darah, memenuhi udara dengan bau hanyir. Pedati itu ditarik oleh semangat binatang dan setiap langkah yang diambil akan menggegarkan tanah.
Walaupun kepala banduan-banduan dalam pedati itu direndahkan dan kelihatan tidak bernafas, identiti mereka dikenali ramai di luar sempadan. Mereka ialah enam ketua Sekta Heterodoks, Istana Jiwa Maut dan setiap daripada mereka adalah Maharaja Pertempuran kelas keenam.
Setiap daripada mereka dahulunya individu berpengaruh tapi kini mereka hanyalah banduan.
Pedati-pedati itu menyebabkan bunyi bising bila tayarnya melalui lantai kuarzit di bandar Diraja itu. Orang ramai turut bersorak dengan kuat selepas senyap pada awalnya.
Mereka juga rasa bersemangat kepada askar yang pulang dengan jayanya dan kejayaan tersebut perlu diraikan. Memandangkan negara mereka menjadi semakin kuat, penduduknya juga merasa bangga. Inilah yang dipanggil patriotisme.
Tentera yang dilatih dengan penuh disiplin dan kekerasan itu tak terkesan dengan sorakan daripada orang ramai. Mereka terus berarak dengan teratur menuju destinasi mereka, istana Diraja.
Satu pentas tinggi dibina di Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan, di hadapan istana. Bendera berwarna-warni ditegakkan di kawasan sekeliling dan berkibar ditiup angin musim luruh.
Pengawal istana mengelilingi kemas Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan untuk memastikan semuanya tiada masalah.
"Selamat kembali dengan penuh jaya, Jeneral Besar Xiao!"
Sambil tentera itu melangkah ke Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan, suara tajam sida - ditemani daya tulen - kedengaran di pelosok bandar dan hampir boleh didengari di setiap sudut dan celah. Pengumuman itu diikuti satu lagi sorakan.
Di atas pentas itu, seorang lelaki tua memakai
Tak jauh daripada lelaki tua itu ialah putera mahkota, Ji Chengan, yang berdiri memakai jubah ular sawanya. Di kanannya ialah King Yu, Ji Chengyu yang nampak seperti hero dan putera ketiga, Ji Chengxue.
Di sisi pentas, pegawai kerajaan berdiri dengan menggenggam tangan mereka dan tabik. Di bawah pentas, ahli keluarga Xiao gembira melihat tentera yang perlahan-lahan tiba dan mereka tak mampu menahan keseronokan mereka.
Xiao Meng menanggalkan topi besinya dan berjalan ke atas pentas. Dia kemudian berhenti di hadapan maharaja, berlutut dengan satu kaki dan meletakkan tangannya bersama untuk tabik genggam dan berkata, "Hamba Tuanku tidak mengecewakan titah Tuanku. Kami memusnahkan lebih sepuluh ribu ahli Istana Jiwa maut, membunuh beratus pakar Istana Jiwa maut yang lebih daripada tahap Maniak Pertempuran kelas ketiga, menangkap enam daripada ketuanya hidup-hidup dan kembali dengan jayanya."
"Bagus! Bagus! Bagus! Kamu yang dikasihi, kamu sememangnya tiang Empayar Bayu. Selagi kamu masih ada, empayar Beta akan selamat!"
Maharaja Ji Changfeng tertawa dan tidak lokek dengan pujian.
Tak lama kemudian, beberapa upacara dijalankan dengan kemas dan teratur. Semua orang menjalankan tugas dengan cermat.
"Upacara sambutan sudah tamat. Kini kita akan bergerak ke Dewan Besar untuk menikmati jamuan keraian." Suara tajam sida kedengaran di pelosok bandar sekali lagi.
…
Bu Fang membuka matanya yang kuyu. Dia bangun lebih awal daripada biasa hari itu, itu pun disebabkan dia terjaga mendengar jeritan sida yang datang entah dari mana.
Selepas membersihkan diri, dia masuk ke dapur dan mula membuat latihan masakan harian. Dia mengambil sedikit hidangan yang dilatihnya dan dihidangkan kepada anjing hitam besar di pintu masuk.
Sambil dia melihat tanpa perasaan anjing hitam itu makan, dia ada rasa pelik: dia seolah-olah melayan anjing itu seperti ia tuannya.
Selepas membuka restoran, Bu Fang menguap, mengambil kerusi dan duduk, sambil menunggu pelanggan tiba.
Namun, selepas sejam berlalu… restoran itu masih tiada seorang pun pelanggan. Agak pelik kerana kedai itu penuh pelanggan beberapa hari lepas.
"Ada sesuatu pelik berlaku hari ini. Kenapa tak ada pelanggan? Biasanya, Si Gemuk Jin dan kawan-kawan gemuknya sudah habis makan waktu ini dan sedang membayar bil."
"Si loli kecil pun tak datang kerja. Pelayan dan pelanggan hilang pada waktu yang sama ke apa?"
Bu Fang senyap seketika, kemudian dia masuk ke dapur. Baru dia teringat yang Xiaoyi ada menyebut tentang 'Xiao-sesuatu' pulang ke bandar Diraja dan dia perlu ambil cuti.
Tapi, kenapa pelanggan pun tak ada? Itu yang Bu Fang risaukan.
Sebenarnya, pelanggan yang datang ke restorannya ialah orang berstatus tinggi. Untuk meraikan kepulangan berjaya Xiao Meng, Maharaja menyediakan jamuan keraian di Dewan Besar dan menjemput semua orang kenamaan dan berpengaruh di bandar Diraja. Disebabkan Si Gemuk Jin dan mereka yang lain menghadiri istana, jadi memang tak pelik jika mereka tak datang ke restoran.
Bu Fang membuka almari simulasi persekitaran, kemudian mengeluarkan satu balang tanah - yang hampir separuh tinggi manusia - dan diletak di tengah dapur.
"Wain ini mengambil masa tiga hari untuk siap, dan sudah pun tiga hari berlalu sejak aku letakkan balang ini dalam almari. Wain Jed Penyejuk Hati ini sepatutnya sudah siap." Bu Fang baru teringat dia sedang membru satu balang wain. Asalnya dia nak keluarkan pada waktu malam, tapi disebabkan tak ada pelanggan, dia buat keputusan untuk melihatnya sekarang.
Membawa keluar tiga balang tanah kecil yang disediakan sistem, dia bersedia membuka penutup balang dan menapis wain.
Saat dia membuka kain yang menutupi balang tanah itu, letusan aroma wain keluar dari balang terus ke mukanya.
Selepas menghidu aroma wain sedalam-dalamnya, Bu Fang menggigil seketika sambil wajahnya sedikit kemerah-merahan.
"Aromanya kaya tapi tak menyakitkan hidung, dan ia kuat tapi tak menyesakkan…" Bu Fang sudah pun membuat penilaian dan rasa sedikit gembira.
Menggunakan senduk buluh yang disediakan sistem, Bu Fang mencedok separuh senduk wain. Bahagian luar senduk itu hijau manakala bahagian dalamnya berwarna kuning cair. Wain itu sangat jernih seperti air, dan tiada kekotoran langsung.
Seperti yang dijangka bagi wain yang dibuat menggunakan Sembilan Kaedah Membru, Wain Jed Penyejuk Hati ternyata sesuai dengan namanya dan ia sejernih air di jurang dalam.
Bu Fang mencium aroma itu dengan dalam. Aroma kaya dan pekat wain itu menusuk ke rongga hidungnya. Sebelum dia sempat minum sehirup pun, air liur dia sudah pun meleleh dan sedikit mabuk.
Sambil dia menuang wain dari senduk ke dalam cawan porselin berwarna biru putih, wain itu mengalir jernih seperti wain bermutu tinggi.
Bu Fang mengangkat cawan wain itu dengan tak sabar dan membawanya ke mulut. Sambil wain itu masuk ke dalam mulutnya, ia meliputi lidah dan mengalir ke dalam tengkuk. Satu rasa sejuk tersebar dalam badannya, dan kemudian, ia bertukar menjadi api panas dalam perutnya. Saat api itu hampir menyesakkan dadanya, perasaan sejuk muncul semula. Kehangatan dan kesejukan itu bertukar silih berganti…
"Wain ini sungguh berkualiti tinggi!" Bu Fang mengetap bibir sambil wajahnya dihiasi rasa seronok. Walaupun dia tak arif tentang wain, wain ini paling sedap pernah dia rasa.
Namun, walaupun rasanya sedap, kesan selepasnya terlampau kuat. Lagipun, dengan proses membru yang cukup rumit, sudah tentu kesan selepasnya turut sama kuat.
Menahan keinginan untuk terus minum, Bu Fang mengisi tiga balang tanah kecil dan menutupnya dengan kain. Selepas menampal kertas merah segi empat tepat bertulis 'Ais', tugasnya telah selesai.
Selepas menyimpan satu balang untuk dirinya, Bu Fang meletakkan balang tanah kembali ke dalam almari simulasi persekitaran. Dia sedang memegang cawan wain di tangannya sambil berjalan ke depan restoran dengan gembira, dan merancang untuk menikmatinya dengan perlahan.
Namun, apabila dia keluar dari dapur, dia nampak seseorang sedang berdiri di pintu masuk. Dia seorang lelaki berpakaian hitam dengan
Suara garau kedengaran dari mulut lelaki itu, penuh dengan rasa teringin.
"Tauke, kamu ada wain bermutu tinggi di sini?"
- - -