Download App
3.35% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 32: Restoran Fang Fang akan Jadi Terkenal!

Chapter 32: Restoran Fang Fang akan Jadi Terkenal!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Daging suci binatang semangat kelas sembilan?!"

Hujung mulut Ji Chengxue bergerak-gerak sambil melihat Bu Fang yang wajahnya kini penuh misteri. Kalau tidak disebabkan insiden yang berlaku awal tadi, dia pasti ingat Bu Fang ini cacat akal.

Apa itu binatang suci? Dalam Empayar Bayu, orang paling kuat yang dia kenali ialah jeneral besar nombor satu empayar itu iaitu Xiao Meng. Tapi, Xiao Meng yang menundukkan pakar dari Sekta sekeliling pun hanyalah Santo Pertempuran kelas ketujuh…

Bila seorang pemilik restoran - yang hanya Mahaguru Pertempuran - dalam lorong terpencil di ibu negeri itu, menyatakan tentang daging binatang suci… Ji Chengxue tidak tahu betapa kuatnya binatang suci itu, tapi dia boleh gunakan Jeneral Xiao Meng sebagai perbandingan.

Satu binatang suci bersamaan beberapa dozen Jeneral Xiao Meng. Seorang Jeneral Xiao Meng dapat mendominasi beberapa pakar Sekta. Beberapa dozen Jeneral Xiao Meng… mungkin boleh menghancurkan istana Diraja dengan satu hayunan tangan.

"Tauke Bu sangat suka berjenaka. Beta sudah pergi ke banyak tempat tapi tidak pernah pula Beta dengar berita binatang suci kelas kesembilan," Ji Chengxue berkata sambil tersenyum ringan sambil menghabiskan Ikan Perap Bijian Wain Beras.

Bu Fang tidak membalas. Dia faham Ji Chengxue tidak percaya padanya. Namun, dia tidak kisah; memang patut Ji Chengxue tidak percaya. Lagipun, binatang suci itu terlalu menakutkan.

"Sebenarnya, lebih tinggi gred semangat binatang, lebih tinggi kualiti dagingnya. Ia bahan semulajadi dengan gred tertinggi. Kalau Tuanku ada bahan yang bagus, bawa ia ke sini dan saya boleh tolong masak," Bu Fang berkata dengan serius. Sistem sudah meningkat ke taraf dua bintang dan kini dia boleh masak bahan yang dibawa pelanggan. Itulah sebabnya dia mengingatkan Ji Chengxue.

"Oh? Beta boleh bawa bahan sendiri? Nampak agak menarik." Mata Ji Chengxue bersinar dan dia mengangguk.

Di luar, hujan sudah mula berhenti. Awan hitam mula hilang menampakkan sinaran cahaya matahari yang hangat.

Ji Chengxue bangun dan memberi dua puluh kristal daripada uncangnya kepada Bu Fang. Dia kemudian mengusap kepala Ouyang Xiaoyi yang sedang menikmati Nasi Goreng Telur. Dia kemudian meninggalkan restoran itu dengan payung kertas minyaknya.

Selepas hujan, lopak air memenuhi lantai kuarzit lorong itu. Lumut hijau semakin melebar sementara air hujan menitis perlahan dari dinding yang masih basah.

Anjing hitam besar itu masih berbaring di pintu masuk sambil menguap. Walaupun selepas hujan, bulunya masih lembut dan berkilat, tanpa sebarang kesan basah.

Dalam istana Diraja yang megah, beberapa baris bangunan dibina tersusun.

Barisan pengawal berperisai sedang meronda dengan wajah suram. Mereka tidak lemah; tahap paling rendah antara mereka adalah Maniak Pertempuran kelas ketiga, sementara ketua salah satu barisan itu adalah Raja Pertempuran kelas kelima.

Ji Chengxue sudah kembali ke istana. Ketua peronda tabik hormat putera itu bila melihatnya dan Ji Chengxue mengangguk ke arah mereka.

Melepasi pintu masuk istana Diraja, dia tiba dia Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan yang lebar dan luas. Kelihatan enam tiang batu yang didirikan di atas plaza itu, dan di setiap tiang ada ukiran gambar binatang ganas yang pelik dan harta karun yang jarang ditemui.

Ji Chengxue berdiri di depan Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan dan melihat plaza yang luas itu dengan ekspresi rumit. Dia menarik nafas dalam untuk menikmati udara segar selepas hujan.

Istana putera mahkota terletak di belakang Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan.

Selepas melepasi Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan, beberapa meter ke kiri Dewan Besar istana Diraja itu ialah istana putera mahkota. Dengan batu bata keemasan dan jubin merah, ia dibina dengan megah dan mewah.

"Tuanku. Mengikut kata perisik, ada cubaan pembunuhan putera ketiga dalam sebuah restoran dalam bandar Diraja." Seorang lelaki pertengahan umur dengan janggut lebat berkata - sambil memegang perutusan di tangannya - kepada seorang lelaki muda dalam istana putera mahkota itu.

Lelaki muda itu memakai jubah ular sawa keemasan1 dan memakai mahkota ungu2 di atas kepalanya. Wajahnya pucat dan panjang dengan kening halus dan menawan. Matanya seperti bilah tajam, memberikannya aura menakutkan tapi penuh bermaruah.

"Oh? Dia sudah mati?" Lelaki itu bertanya. Perkara pertama dia tanya ialah nasib Ji Chengxue.

"Tak. Putera ketiga mengambil masa yang lama bertarung dengan Sekta di luar sempadan kita. Dengan pengalaman dia bertarung, pembunuh itu tidak mampu membunuhnya." Lelaki pertengahan umur itu tertawa sambil mengusap janggutnya.

"Mereka yang berani membunuh adik ketiga mesti bertahap Raja Pertempuran dan adik ketiga pasti cedera. Namun, kalau dia cedera, seluruh bandar Diraja akan tahu. Kalau Ayahanda tahu, keadaan sekarang tidak mungkin sebegini aman." Putera mahkota itu membuka matanya yang dalam dan gelap.

"Putera ketiga tidak ada apa-apa. Pelik juga. Mungkinkah seorang pakar membantunya?" Lelaki pertengahan umur itu terfikir.

"Xushi, bukankah adik ketiga selalu pergi ke restoran di lorong itu sejak akhir-akhir ini? Ada apa-apa yang pelik di restoran itu? Ada kamu hantar sesiapa untuk menyiasat?" Putera mahkota bertanya.

"Tuanku… Ada perkara pelik tentang restoran itu." Kata lelaki pertengahan umur bernama Xushi itu.

"Hmm? Pelik bagaimana?"

"Restoran itu ialah kedai berhati gelap berdasarkan khabar angin dalam bandar Diraja. Semangkuk Nasi Goreng Telur… berharga sepuluh kristal. Semangkuk Mi Campuran Kering berharga seratus syiling emas. Hidangan paling mahal ialah Ikan Perap Bijian Wain Beras yang berharga dua puluh kristal. Hidangannya memang menakjubkan." Wajah Xushi menunjukkan perasaan pelik.

"Harganya sangat tinggi… Adik ketiga sudah jatuh cinta dengan kedai berhati gelap itu? Nampaknya ada sesuatu di kedai itu yang tidak diketahui sesiapa. Xushi, cari peluang untuk kamu lawat restoran itu." Wajah putera mahkota itu penuh minat.

"Ada dua hari lagi sebelum kepulangan Jeneral Besar Xiao Meng yang kembali dengan jayanya ke bandar Diraja. Jeneral Besar Xiao Meng memang hebat. Dia mengalahkan Sekta Heterodoks, Istana Jiwa Maut, dengan satu serangan dan dia turut menangkap enam ketua mereka. Dengan ini, semangat Sekta pasti runtuh. Ini rezeki Empayar Bayu." Putera mahkota bangun dan berjalan perlahan sambil mengeluh.

"Kalau Beta ingin pertahankan kedudukan sebagai putera mahkota mahupun menjadi maharaja, Beta perlukan sokongan Jeneral Besar Xiao."

"Tuanku, Sekta sedang menunjukkan tanda peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan Maharaja menghantar Jeneral Xiao untuk menakluki Sekta, patik rasa Xiao Meng sudah menjadi duri di pihak mereka. Dia pasti akan dihalang Sekta sambil dia mengiringi banduan masuk ke bandar Diraja. Baru-baru ini ada kejadian yang sama dalam bandar Diraja. Mengikut kata perisik, pakar daripada lima Sekta Ortodoks besar dan tiga Sekta Heterodoks besar kini sudah pecah masuk ke dalam bandar Diraja," kata Xushi sambil berkerut.

"Huru hara? Lebih baik bila jika huru hara berlaku. Ada benda yang lebih mudah dibuat bila huru hara berlaku. Itukah yang adik kedua fikirkan? Kalau tak, kenapa dia hantar orang untuk bunuh adik ketiga? Namun, dia mungkin tidak jangka yang adik ketiga pulang tanpa kecederaan." Putera mahkota tergelak kecil sambil tangannya didepa ke belakang dan dia merenung jauh.

Xushi terkejut dan tidak berkata apa-apa. Dia hanyalah penasihat; dia akan bercakap bila perlu dan mendiamkan diri jika perlu.

"Tidak mengapa, Beta sudah tahu tentang adik ketiga. Beta tidak risaukan dia. Yang Beta risaukan ialah adik kedua. Namun, ada sesuatu yang pelik tentang percubaan pembunuhan ini. Hantar seseorang… Tak, kamu sendiri pergi lawat kedai berhati gelap itu. Ia kedengaran agak menarik." Kata putera mahkota.

Xushi mengangguk, kemudian beredar selepas tabik genggam.

Kediaman Raja Yu.

Putera kedua, Ji Chengyu, menghancurkan surat di tangannya tanpa perasaan.

"Restoran picisan itu berani menghalang Beta. Nampaknya kita perlu melawat restoran ini. Beta nak lihat siapa yang bersembunyi di dalam yang berani membunuh empat daripada lima pembunuh Raja Pertempuran kelas kelima Beta," kata Raja Yu dengan dingin.

Dalam tempoh sejam selepas percubaan membunuh putera ketiga, pegawai atasan tertinggi dan puak berpengaruh dalam bandar Diraja itu telah pun menerima berita itu. Sama ada kediaman Xiao atau Ouyang, semuanya terperanjat dengan berita itu. Percubaan pembunuhan seorang putera bukan perkara kecil.

Disebabkan percubaan pembunuhan putera itu, Restoran Fang Fang juga telah mendapat perhatian orang-orang ternama ini. Ramai yang ingin tahu tentang restoran yang menjual semangkuk Nasi Goreng Telur dengan harga sepuluh kristal.

Sejurus selepas itu, beberapa puak menghantar wakil melawat restoran itu.

Pada masa itu, pemilik kedai itu sedang berehat di atas kerusi. Cahaya panas matahari selepas hujan membuatkan dia menguap selesa.

Dia belum lagi tahu tapi sekumpulan besar orang ternama sedang menghampirinya.

  1. Jubah ini dipakai pegawai kerajaan pada masa lalu, dinamakan sedemikian sempena gambar ular sawa yang dijahit di atasnya.
  2. Ia dikenali sebagai "Kemudi Putera Mahkota". Ia biasanya dipakai oleh putera dan jeneral muda.

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C32
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login