Download App
1.98% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 19: Ikan Perap Bijian Wain Beras dan Sup Tauhu Kepala Ikan

Chapter 19: Ikan Perap Bijian Wain Beras dan Sup Tauhu Kepala Ikan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa itu Ikan Masak Tiga Cara?" Bu Fang tertanya-tanya. Sebagai seorang cef, dia sudah biasa memasak ikan dan dia tahu ia adalah bahan yang hebat.

Pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan gourmet.

"Ikan Masak Tiga Cara ialah tiga kaedah memasak ikan: Ikan Perap Bijian Wain Beras, Ikan Rebus dan Sup Tauhu Kepala Ikan. Sistem akan menyediakan bahan-bahan segar untuk tuan. Berdasarkan daya tulen tuan sekarang, ikan air tawar dan air masin kelas ketiga ada tersedia. Bila tahap daya tulen meningkat, gred ikan yang diberikan akan meningkat juga." suara sistem kedengaran dalam fikiran Bu Fang.

Dia agak terkejut kerana dia tak sangka yang Ikan Masak Tiga Cara itu merujuk kepada tiga cara memasak ikan. Bu Fang juga sudah biasa dengan cara memasak ini dan pernah makan Ikan Perap Bijian Wain Beras yang asli di Tasik Poyang di Bumi.

Namun, bahan utama memasak Ikan Perap Bijian Wain Beras ialah alkohol. Wain yang sangat kuat dan matang mesti digunakan. Barulah aroma wain itu nanti akan meresap ke dalam ikan semasa diperap. Biasanya, sepinggan Ikan Perap Bijian Wain Beras berkualiti akan dilitupi bijian pembru berwarna merah jambu cair dengan aroma yang kaya dan isi ikan berwarna merah seperti jujub.

"Alkohol ialah bahan penting untuk hidangan ini tapi adakah sistem akan menyediakannya?" fikir Bu Fang.

"Untuk kaedah memasak Ikan Perap Bijian Wain Beras, bijian pembru wain beras akan diberikan setiap hari. Namun, tuan perlu perap ikan secara manual," kata sistem.

Bu Fang mengangguk. Disebabkan sistem akan menyediakan bijian pembru wain beras, tak ada masalah untuk dia masak Ikan Perap Bijian Wain Beras.

Bu Fang sudah biasa dengan Ikan Rebus dan Sup Tauhu Kepala Ikan. Ikan Rebus sangat popular di Bumi sehinggakan gerai di tepi jalan menjualnya hingga waktu malam.

Sup Tauhu Kepala Ikan pula ialah masakan rumah yang pelik. Namun begitu, tak ada masalah untuk Bu Fang memasaknya.

"Tuan sudah berjaya menyelesaikan misi jangka pendek. Pendapatan terkini sebanyak seratus kristal ditukar kepada daya tulen bernilai sepuluh kristal, daya tulen sebenar telah meningkat kepada Mahaguru Pertempuran. Tuan, tahniah kerana berjaya meningkatkan tahap daya tulen! Tuan telah satu lagi langkah lebih dekat untuk menjadi Tuhan Masakan! Terus berusaha, anak muda!" kata sistem dengan bersungguh.

Pengumuman sistem itu membuatkan Bu Fang gembira dan dia terus memaparkan panel karakter.

Tuan: Bu Fang

Tahap Kekuasaan Daya Tulen: Kelas Kedua (Sebagai Tuhan Masakan dalam dunia fantasi, kamu sememangnya perlu menggunakan daya tulen semasa memasak. Terus berusaha, anak muda.)

Bakat Memasak: Belum diketahui

Kemahiran: Belum diketahui

Peralatan: Belum diketahui

Peringkat Keseluruhan Penilaian Tuhan Masakan: Orang baru (Pencapaian tahap pertapa kamu akhirnya berada di landasan yang betul. Terus berusaha, anak muda.)

Tahap Sistem: Dua Bintang (Nisbah penukaran ialah dua puluh peratus, mendapat kebenaran melepaskan perabot, pelanggan dibenarkan membawa bahan-bahan yang lebih rendah daripada kelas ketiga.)

Bu Fang menghela nafas. Dia mengangkat tangannya dan badannya mula bersinar, seolah-olah ada tenaga berpusar di dalamnya.

Daya tulen Mahaguru Pertempuran kelas kedua tidak dapat dilihat di luar badan mereka tapi bila ia beredar dalam badan, ia dapat dirasai. Bu Fang rasa lebih bertenaga sambil rasa letihnya berkurangan; kesan kotoran hitam juga kelihatan telah dikeluarkan dari badannya.

Jika kejadian ini dilihat orang lain, mereka pasti terkejut. Bu Fang sedang mengalami metamorfosis: satu proses yang hanya muncul apabila seseorang menjadi Semangat Pertempuran kelas keempat.

Bila Bu Fang menyentuh dadanya dan rasa ototnya yang membonjol, senyuman kaku muncul di wajahnya. Sebagai cef, dia memerlukan fizikal yang kuat. Walaupun sistem hanya meningkatkan tahap daya tulennya dan tidak memberi dia apa-apa kemahiran bertempur, apa yang ada pun sudah cukup.

Ini kerana sistem itu direka untuk mencipta cef dan bukannya pejuang. Dengan bantuan sistem, matlamatnya ialah untuk menjadi Tuhan Masakan.

Bau busuk kotoran hitam yang keluar dari badannya membuatkan Bu Fang rasa tak senang dan dia terus pergi mandi.

Selepas menyegarkan badan, Bu Fang menukar pakaiannya dan masuk ke dapur. Dia tak sabar nak mencuba teknik baru yang dia pelajari.

Satu tong wain tiba-tiba muncul di penjuru dapur, menyebabkan kening Bu Fang terangkat terkejut. Dia baru sedar yang ia pasti disediakan oleh sistem untuk dia masak Ikan Perap Bijian Wain Beras.

Untuk memasak Ikan Perap Bijian Wain Beras itu, alkohol sangat diperlukan. Sambil Bu Fang membuka kain penutup tong wain itu, keluar satu letusan aroma wain yang pekat. Bu Fang mengerut hidungnya sambil mukanya bertukar kemerah-merahan.

"Kaya sungguh aroma wain ini!"

Bu Fang melihat ke dalam tong wain dan nampak permukaannya dilitupi selapis bijian pembru berwarna perang yang dicelup dalam wain yang halus dan penuh aroma. Bu Fang mencedok bijian pembru dengan senduk buluh dan mencium baunya. Dia mengesan bau sedikit masam dan manis. Bila dia meletakkan sedikit bijian pembru di antara jari-jarinya, ia rasa lembut dan melekit. Memang tak syak lagi, ia adalah bijian pembru yang hebat. Kedua-dua bijian dan hasil wainnya berkualiti tinggi.

"Sistem memang menepati jangkaan. Kualiti produknya adalah yang terbaik!"

Selepas Bu Fang menutup semula tong wain itu, pandangannya dihala ke tangki ikan di sudut dapur dengan dua ekor ikan yang sedang berenang malas.

Bu Fang tak pernah melihat spesies ikan itu sebelum ini. Dia yakin ikan itu tak wujud di Bumi. Seekor ikan itu ada pancaran biru di sekeliling badannya; matanya bergerak rancak dan bentuk badannya sempurna. Satu lagi ikan itu nampak lebih menakutkan; kepalanya berbonjol dan badannya hitam pekat dengan sisik yang memantulkan cahaya.

Bu Fang memandang ikan di dalam tangki itu tanpa ekspresi dengan lengan bajunya yang disingsing. Tiba-tiba, kedua-dua tangannya bergerak masuk ke dalam air dengan pantas. Dalam sekelip mata, ikan bercahaya itu berjaya ditangkap. Ikan itu sepantas kilat mengeluarkan gelombang kejutan daripada badannya untuk melepaskan diri dari tangan Bu Fang.

Lagipun, ikan itu bukan ikan biasa tapi semangat binatang kelas ketiga. Walaupun ia tak mampu melawan, ia masih boleh meronta-ronta.

Bu Fang nampak seperti seorang nelayan berpengalaman sambil jarinya menggenggam badan ikan itu dengan kuat dan akhirnya ia berhenti meronta. Ikan itu dikeluarkan dari air dan diletakkan atas papan pemotong.

Dapur itu diubahsuai dan disediakan oleh sistem, jadi pelbagai jenis peralatan dapur ada di situ. Bu Fang mengambil sebilah pisau; pisau itu berkilau tajam tetapi ia tidak mengganggu pergerakannya.

"Ikan Laut Ais kelas ketiga ini ialah sejenis ikan laut yang ditangkap di perairan timur laut Empayar Bayu. Badannya bercahaya biru, dagingnya mempunyai tenaga sejuk dan ia juga dipenuhi tenaga semangat. Bahan ini memang hebat!"

Penilaian yang diberikan sistem kepada ikan bercahaya biru itu tak rendah, kerana sistem tak akan berikan bahan tidak berkualiti kepada Bu Fang. Memang patut pun kerana memasak makanan gourmet memerlukan bahan yang baik. Bezanya teramat ketara bila bahan yang tak berkualiti digunakan.

Bu Fang menumpukan daya tulen pada tangannya dan menggunakan permukaan rata pisau untuk menghentak kepala ikan. Ikan tadi yang masih meronta-ronta kini berhenti bergerak.

Bu Fang dengan handalnya membuang sisik dan isi perut ikan itu. Dalam seketika, Ikan Laut Ais itu berjaya diproses. Dia berjalan ke arah tong wain dan membukanya. Selepas menyumbat perut ikan dengan bijian pembru, dia memasukkan keseluruhan ikan ke dalam tong wain itu untuk memerapnya.

"Wain istimewa ini boleh mempercepat proses pemerapan. Ia dijangka siap dalam masa tiga jam," umum sistem.

Bu Fang terkejut, kemudian mengangguk kepalanya. Kalau proses pemerapan boleh dicepatkan, dia boleh menjualnya bila buka restoran nanti.

Selepas meletakkan ikan itu ke dalam tong wain, Bu Fang mula menyediakan hidangan kedua.

Ikan dalam tangki tadi kembali menjadi dua ekor. Dia tak perasan pun sistem sudah menggantikan ikan supaya Bu Fang tak kehabisan bahan.

Kali ini, Bu Fang mengeluarkan ikan hitam gemuk itu. Selepas memprosesnya, dia potong kepala ikan dan mula masak Sup Tofu Ikan. 

Bu Fang mengeluarkan tauhu yang putih bak mutiara dari peti ais dan mula memasak.

"Ikan kap perak kelas ketiga ini ialah sejenis ikan air tawar yang ditangkap di Tasik Besar Tanah Tandus Selatan di Empayar Bayu. Kepalanya besar dan dagingnya banyak; ikan itu rasa menyegarkan dengan sedikit rasa mencucuk. Ia bahan yang hebat."

"Tauhu Jaddeit berkristal ais itu dibuat daripada Kacang Soya Semangat Indah daripada bahagian utara Empayar Bayu. Ia dikisar manakala proses pembuatannya rumit. Ia biasa dihidangkan sebagai penghormatan Diraja."

Disebabkan kedua-dua bahan tadi hebat, Bu Fang tidak boleh mengelak dari meletak harapan tinggi kepada hidangan sup tofu ikan yang akan disediakan.

Sambil Bu Fang mengangkat penutup periuk, satu aroma kaya dengan sedikit bau daging meresap masuk ke rongga hidungnya. Dia menarik nafas dalam tanpa sedar dan menyebabkan perutnya berbunyi.

Pada masa yang sama, loli kecil yang bosan di dalam bilik tetamu juga tercium bau itu. Matanya yang besar dan comel berpusing dan penuh rasa gembira.

"Baunya cukup harum! Mungkinkah tauke yang tak berperasaan itu masak sesuatu yang sedap? Bau ini… Ini bukan Nasi Goreng Telur!" Deria budak perempuan itu bagus. Dia terus turun dari katil dan keluar dari bilik tetamu.

Di dapur, Bu Fang baru saja mencedok sup dari periuk.

Hanya dengan sup seputih susu, kepala ikan yang besar dan lembut, serta tauhu seputih mutiara, ini ialah kombinasi semula jadi kepala ikan dan tofu. 

Sup Tauhu Kepala Ikan yang beraroma dan menyelerakan itu kemudiannya dihidang di atas meja.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C19
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login