Download App
0.62% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 6: Tuan Kedai, Berikan Saya Sepuluh Mangkuk Nasi Goreng Telur Dahulu

Chapter 6: Tuan Kedai, Berikan Saya Sepuluh Mangkuk Nasi Goreng Telur Dahulu

Editor: EndlessFantasy Translation

Keesokan harinya.

Selepas mandi, dengan teruja Xiao Xiaolong meninggalkan kediaman jeneral bersama Xiao Yanyu yang memakai purdah. Oleh kerana kediaman itu terletak di kawasan bandar, suasana di luar kelihatan amat sibuk ketika mereka melangkah keluar daripada pintu besar.

Sebaliknya, suasana di dalam kediaman jeneral pula dalam keadaan aman dan senyap. Ini hasil daripada formasi kuasa ajaib penghalang bunyi yang dilukis oleh para arkitek kediaman ini dibina.

Xiao Yanyu jarang meninggalkan kediamannya kerana dia tahu wajahnya akan menarik perhatian lelaki. Suatu ketika dahulu, dia keluar tanpa memakai purdah, tindakannya itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar diraja. Ia mencetuskan pergaduhan di kalangan kaki-kaki perempuan. Sejak kejadian itu, Xiao Yanyu jarang meninggalkan kediamannya. Jika perlu, dia akan memakai purdah.

Sejurus adik-beradik Xiao keluar dari kediaman, mereka terus membelok di satu selekoh. Mereka memasuki jalan sibuk yang dipenuhi dengan penjaja dan gerai di kedua-dua bahu jalan. Aroma makanan goreng juga dapat dicium dari udara.

Pertapa seperti Xiao Xiaolong dan Xian Yanyu tidak akan makan makanan goreng dari gerai macam ini kerana penjaja sering menggunakan minyak berkualiti buruk, oleh itu mengandungi toksin. Matlamat utama seorang pertapa adalah untuk membersihkan tubuh badan dan membuangkan kotoran dari dalam badan mereka. Makanan seperti ini hanya akan meningkatkan kotoran dalam badan selepas ia dimakan.

Itulah sebab mengapa pertapa cerewet dengan diet mereka, dan sangat teliti berkenaan kualiti sesuatu makanan.

Sebenarnya, Nasi Goreng Telur juga dianggap sebagai makanan ringan. Tetapi ia telah membantu penemuan baru Xiao Xiaolong. Jika ia bukan satu kebetulan, maka mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan Nasi Goreng Telur itu.

Walau bagaimanapun, kemungkinan untuk ia menjadi satu kebetulan adalah sangat tipis kerana Xiao Xiaolong telah lama tersekat pada tahap Mahaguru Pertempuran Kelas Kedua. Sehingga ke tahap ia mustahil untuk menjadi satu kebetulan. Nasi Goreng Telur itu pasti penyebab penemuan baru Xiao Xiaolong.

Ini juga menyebabkan Xiao Yanyu berasa hairan, betulkah semangkuk Nasi Goreng Telur begitu menakjubkan?

"Oh, bukankah ini tuan muda Xiao? Di mana kamu mahu membaca puisi hari ini?"

Ketika adik-beradik Xiao masih dalam lamunan, satu suara telah mengejutkan mereka.

Muka cantik Xiao Xiaolong berubah mendung dan memalingkan tubuh ke arah lelaki itu dari jauh. Lelaki hodoh itu memakai jubah panjangnya yang berwarna-warni sambil memegang satu kipas kertas.

Lelaki itu ialah anak tunggal kepada Menteri Kewangan... Sun Qixiang!

Dia adalah kaki perempuan yang tersohor di dalam bandar diraja.

"Sun Qixiang! Aku tak ada masa untuk kau hari ini, cepat berambus!" Walaupun Xiao Xiaolong macam seorang yang penakut, dia juga boleh mengeluarkan aura yang kuat apabila marah.

Namun, Sun Qixiang tidak takut padanya. Dia mengangkat bahunya sambil dengan biadab merenung wanita berpurdah di sebelah Xiao Xiaolong. Tiba-tiba, matanya membesar kerana terkejut.

"Oh, saya tidak percaya! Ini Cik Yanyu! Saya berbesar hati bertemu awak."

Sun Qixiang yang tenang telah hilang serta-merta menyedari identiti Xiao Yanyu. Sebagai seorang kaki perempuan tidak akan melepaskan peluang untuk menggoda dewi impiannya.

"Ke tepi." kata Xiao Yanyu dengan dingin, dia tidak mahu membazirkan masa dengannya.

Sun Qixiang mengangkat bahunya. Dia bercadang untuk memulakan perbualan dengan Xiao Yanyu tetapi darahnya membeku apabila bertembung mata Xiao Yanyu. Dia terus teringat kekuatan Xiao Yanyu yang menakutkan..

Sistem pertapaan di Benua Naga Tersembunyi telah ditubukan berpuluh ribu tahun lamanya. Dan ia telah mempunyai sistem tahap pengelasan yang ketat.

Setiap orang di Benua Naga Tersembunyi ini adalah pertapa, baik orang tua yang sudah uzur atau kanak-kanak yang berusia lima tahun. Bertapa telah menjadi sesuatu yang biasa di setiap isi rumah. Walau bagaimanapun, dengan bakat bertapa yang berbeza maka tahap setiap orang juga berbeza.

Pengelasan sistem bertapa ini dikategori kepada sembilan kelas: Pahlawan Kelas Pertama, Mahaguru Pertempuran Kelas Kedua, Maniak Pertempuran Kelas Ketiga, Semangat Pertempuran Kelas Keempat, Raja Pertempuran Kelas Kelima, Maharaja Pertempuran Kelas Keenam, Santo Pertempuran Kelas Ketujuh, Tuhan Pertempuran Kelas Kelapan, Daulat Pertempuran Kelas Kesembilan

Malah, terdapat juga kelas sepuluh, tetapi itu bukan sesuatu yang boleh diketahui orang biasa.

Terkenal sebagai gadis berbakat luar biasa di bandar diraja, Xiao Yanyu adalah seorang genius pertapa yang sudah mencapai Semangat Pertempuran Kelas Keempat. Walaupun dia hanya berumur lapan belas tahun, dia jauh lebih kuat daripada adiknya, Xiao Xiaolong.

Malah Jeneral Besar Xiao Meng, sering berkata betapa bagusnya jika Xiao Yanyu adalah seorang lelaki.

Sun Qixiang hanya seorang kaki perempuan. Walaupun dia hanya tahap Maniak Pertempuran Kelas Ketiga di umur dua puluh tahun tetapi dia tidak takut kepada Xiao Xiaolong. Berbanding dengan Xiao Yanyu yang berada di tahap Semangat Pertempuran Kelas Keempat, hal ini tidak sama sekali!

Mendengus dingin, Xiao Xiaolong menurut Xiao Yanyu yang sudah berlalu pergi dan kelibat mereka hilang di celahan orang ramai.

Sun Qixiang menggaru pipinya dan matanya mengecil. Setelah membisikkan sesuatu pada seorang anak buahnya, dia terus berlari pergi tidak lama kemudian. Sementara itu, Sun Qixiang mengekori adik-beradik Xiao dengan senyuman yang jahat.

...

Setelah tidur semalaman sehingga dia terbangun sendiri, Bu Fang membuka restoran dengan sambil lewa.

Apabila pintu masuk dibuka, anjing hitam besar itu masih berbaring di situ. Ia memandang Bu Fang seketika sebelum kembali meneruskan tidur.

"Saya perlu jual seratus mangkuk Nasi Goreng Telur dan sepuluh pinggan Sayur Goreng dan Mi Kering Kacau dalam masa tujuh hari... Sistem, kau rasa restoran kecil kita yang terletak di tempat begitu terpencil, dapat melakukan keajaiban ini?" Bu Fang meletakkan kerusi di depan pintu masuk dan duduk dengan malas di atasnya. Dalam fikirannya, dia sedang bergaduh dengan sistem.

"Pemuda, kamu seseorang yang berimpian untuk menjadi Tuhan Memasak, kamu mesti percaya kepada masakan kamu! Kamu mesti percaya kamu boleh menakluki dunia!" Sistem memberi galakan kepada Bu Fang dengan nada serius dan penuh kesungguhan.

Bu Fang menggulingkan matanya dengan jengkel. Dia berfikir, "Aku lebih suka berjemur dalam matahari dengan selesa daripada menakluki dunia."

Sambil berbaring di bawah cahaya matahar, Bu Fang berasa mengantuk walaupun baru bangun.

"Tuan kedai! Saya datang lagi! Saya sudah jatuh cinta dengan Nasi Goreng Telur kamu!"

Sebaik sahaja Bu Fang menutup mata, dia terkejut dengan suara teriakan si pondan. Tanpa emosi, dia memandang ke atas dan terlihat si pondan yang makan Nasi Goreng Telur semalam.

"Huh?" Ada seseorang di sebelahnya, walaupun dia memakai niqab, Bu Fang dapat mengecam itu adalah seorang wanita! Hebatnya dada dan punggung dia...Tubuhnya sangat cantik!"

Xiao Yanyu merenung restoran kecil yang diperkenalkan oleh Xiao Xiaolong dengan kening yang berkerut. "Bolehkah restoran yang begitu terpencil ini memasak Nasi Goreng Telur ajaib itu?"

"Adakah kamu tuan restoran ini?" Xiao Yanyu bertanya.

Suaranya sangat merdu.

"Betul." Bu Fang mengangguk kepala dengan tenang.

Xiao Yanyu berlalu masuk ke dalam restoran tanpa kata. Bahagian dalamannya sangat bersih. Apabila dia menyentuh permukaan meja dengan jarinya, tiada habuk langsung. Dia juga berpuas hati dengan suasana restoran ini.

Walaupun restoran ini kecil dan terpencil, hiasan dalamannya dibuat dengan baik, suasananya bagus dan tempatnya bersih.

Selepas Xiao Yanyu habis memeriksa persekitarannya, pandangannya mendarat pada menu yang berada di tengah-tengah kedai. Tiba-tiba, keningnya terangkat dan matanya tidak percaya.

"Jadi apa yang Xiaolong katakan memang benar! Harga semangkuk Nasi Goreng Telur... adalah satu kristal. Eh? Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi pula dijual dengan sepuluh kristal?! Orang ini sudah gila?"

"Tuan restoran, semalam tiada Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi bukan? Kenapa hari ini ada?" Xiao Xiaolong juga terkejut dengan kemunculan Nasi Goreng Telur baharu yang dijual dengan harga sepuluh kristal.

"Oh, semalam saya terlupa tulis. Tetapi kamu perlu mencapai sekurang-kurangnya tahap Maniak Pertempuran Kelas Ketiga untuk memesan hidangan ini. Jika tidak, kamu tak layak," Bu Fang menjawap dengan wajahnya tanpa emosi sambil menguap.

"Makan Nasi Goreng Telur pun ada syaratnya?" Xiao Yanyu berasa berminat dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi ini.

"Xiaolong, berapa banyak kristal yang awak bawa?" Xiao Yanyu berpaling ke arah Xiao Xiaolong dan bertanya.

Xiao Xiaolong yang masih bingung menjawab , "Sepuluh kristal."

"Hmm, sangat bagus." Xiao Yanyu mengangguk kepalanya berpuas hati dan melambaikan tangannya. Satu paket dengan jahitan bunga peony muncul dalam tangannya.

"Tuan restoran, berikan saya semangkuk Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi," kata Xiao Yanyu dengan tenang.

"Baiklah, sila tunggu." Apabila Xiao Yanyu mememsan Nasi Goreng Tahap Tinggi, Bu Fang sangat gembira tetapi dia enggan menunjukkan sebarang emosi. Dia mahu mengekalkan gambaran seorang cef yang tenang di hadapan gadis cantik.

Sementara itu, wajah Xiao Xiaolong bertukar menjadi pucat dengan amarah sambil melihat Xiao Yanyu.

Apabila Bu Fang berpaling dan melangkah ke dalam dapur, tiba-tiba satu bunyi tsk-tsk datang dari pintu masuk dan menghentikan dia.

"Tsk, tsk, tsk! Untuk seorang gadis paling berbakat di Empayar Bayu sanggup datang ke restoran kecil yang menyedihkan ini untuk makan semangkuk Nasi Goreng Telur? Oh, lucu betul!"

Sun Qixiang melangkah masuk ke dalam restoran sambil mengangkat bahunya menggelengkan kepalanya.

"Cik Yanyu, adakah kamu suka sangat makan Nasi Goreng Telur? Baiklah, saya boleh belanja! Tuan restoran, berikan saya sepuluh mangkuk Nasi Goreng Telur, saya akan pesan lagi jika tak cukup!"


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C6
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login