Download App
0.1% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 1: Restoran Kecil di Lorong Bandar Diraja
Pakar Makanan Dunia Lain Pakar Makanan Dunia Lain

Pakar Makanan Dunia Lain

Author: Li Hongtian

© WebNovel

Chapter 1: Restoran Kecil di Lorong Bandar Diraja

Editor: EndlessFantasy Translation

Bandar Diraja Empayar Bayu, Benua Naga Selam.

Dalam kesibukan bandar raya, jalan raya diselubungi dengan suasana riuh-rendah dan dipenuhi dengan orang yang ramai. Di kedua-dua belah jalan adalah bangunan-bangunan yang menjulang tinggi, khususnya restoran dan rumah tumpangan dalam kalangannya. Aroma makanan yang dimasak oleh cef tersebar di udara dan berlegar untuk tempoh masa yang lama.

Di kalangan restoran ini, restoran nombor satu di bandar Diraja, iaitu Restoran Phoenix Abadi, lebih sesak, dan perniagaannya telah berkembang pesat.

Di dalam ibu kota diraja, bangunan dibina secara kemas dan teratur manakala lorong-lorong yang rapat juga dapat dilihat di mana-mana. Jika menerusi jalan utama dengan berjalan kaki dan melewati Restoran Phoenix Abadi, satu lorong dapat dilihat selepas berjalan berpuluh meter. Melintasi lorong itu dan menghala ke kiri, terdapat sebuah restoran yang buruk dan kecil.

Seekor anjing hitam besar sedang berbaring di hadapan restoran dengan lidahnya dijelirkan. Di dalam restoran ini, seorang pelanggan pun tiada.

Tiba-tiba seorang lelaki muda berjalan keluar dari restoran. Rupa tubuhnya langsing dan mempunyai kulit yang cerah. Seluruh rambutnya yang hitam dan panjang diikat di belakang kepala dengan sehelai tali benang yang panjang. Dia memberi tanggapan seorang yang bersih dan kemas.

"Si Hitam, sampai masa untuk makan." Lelaki muda itu, Bu Fang, sedang memegang sebiji mangkuk tembikar ketika dia keluar dari restoran. Dia meletakkan mangkuk itu di hadapan anjing hitam besar. Anjing itu yang berkelakuan lemah, tiba-tiba menjadi bertenaga dan mula melahap makanan di dalam mangkuk itu.

Selepas menggosok anjing yang berbulu halus dan bersih, Bu Fang tersenyum dan berjalan kembali ke restoran.

Bu Fang, seorang lelaki berusia dua puluh tahun, adalah seorang cef yang biasa tetapi bercita-cita tinggi dari planet Bumi. Dia sedar dari tidurnya pada suatu hari dan mendapati dirinya berada di dunia lain, bersama dengan [Sistem Pakar Pemakanan] muncul di dalam otaknya secara misteri. Dengan bantuan sistem itu, Bu Fang telah mencipta restoran ini pada hari kedua dia tiba di situ.

Walaupun sebulan telah berlalu sejak dia mencipta restoran itu, tiada seorang pun pelanggan muncul, dan Bu Fang telah biasa dengannya. Apa yang dia lakukan setiap hari adalah mengikut arahan [Sistem Pakar Pemakanan], untuk mengasah kemahiran masakannya dan memberi makan anjing hitam besar.

Tidak tahu dari mana anjing hitam yang besar ini datang, dia hanya teringat bahawa ia muncul selepas seminggu restorannya dibina. Ketika Bu Fang melihat rupanya yang kurus dan lemah, dengan niat baik dia mengambil sedikit makanan dari latihan masakan dan beri kepada anjing hitam besar itu. Tidak sangka anjing hitam besar ini mula tinggal di restoran semenjak itu, dan ia akan berbaring tidak jauh dari pintu yang dibuka setiap hari. .

Hakikatnya, anjing hitam besar ini adalah pelanggan pertama Bu Fang, walaupun ia tidak membayar makanannya.

Setelah Bu Fang kembali ke restoran, dia mengeluh setelah memandang isi restoran yang sunyi dan kosong. Walaupun restoran itu buruk dan kecil, ia masih bersih dan kemas. Dengan keluasan sepuluh meter persegi dan beberapa set meja dan kerusi, ia memang sebuah restoran yang kecil.

Semasa dia memandang pada tiga hidangan dalam menu, Bu Fang hanya boleh mengeluh panjang dengan berasa tidak bersemangat.

Menu itu adalah sekeping kayu yang digantung pada dinding restoran dengan hanya tercatat tiga hidangan di atasnya.

Memang sukar untuk membayangkan bagaimana restoran hanya akan mempunyai tiga hidangan dalam menunya. Tambahan pula, harganya... tidak berapa masuk akal.

Satu pinggan Sayur Goreng dan satu mangkuk Mi Kering Campur, masing-masing berharga seratus syiling emas, sementara harga satu mangkuk Nasi Goreng Telur lebih melampau... ia dijual dengan harga satu kristal.

Kristal adalah sesuatu benda yang hanya pertapa1 sahaja boleh perolehi. Satu kristal boleh dibeli dengan anggaran seribu syiling emas, tetapi ia adalah sejenis barangan yang tidak boleh didapati pada bila-bila masa.

Untuk restoran kecil, itu adalah harga yang tidak munasabah.

Bu Fang tidak percaya sama sekali sesiapa cukup bodoh untuk memesan hidangan yang mahal sebegitu. Walaupun dia bersetuju bahawa hidangan itu sangat sedap dimakan, tetapi apabila dia melihat harga ... Bu Fang masih menganggapnya mustahil.

"Sebagai Cef Tuhan yang berhasrat untuk berdiri di peringkat teratas dunia fantasi ini, bagaimana anda mahu mendapatkan pelanggan pertama anda? Jika anda mendapat pelanggan pertama dalam masa sebulan, anda akan mendapat ganjaran daripada sistem."

Itulah misi yang diberikan oleh sistem selepas beberapa hari dia mencipta restoran itu, dan hanya tinggal tiga hari lagi sebelum tempoh itu terakhir. Bu Fang merenung pada lorong yang kosong tanpa emosi.

"Rasanya impian saya untuk menjadi Cef Tuhan akan musnah sebelum saya bermula." Bu Fang melihat waktu dan mendengus dalam hati. Dia berdiri, menutup papan pintu1 dan menutup kedai.

Waktu perniagaan enam jam setiap hari, hidangan tidak boleh dibawa keluar dan setiap hidangan hanya boleh dipesan sekali sahaja. Walaupun restoran itu tidak besar tetapi terdapat banyak peraturan dan peraturan ini telah ditetapkan oleh sistem dan Bu Fang harus patuh.

Waktu perniagaan telah berakhir untuk hari ini. Setelah mengunci restoran, Bu Fang kembali ke dapur untuk berlatih kemahiran masakannya. Sebenarnya, latihan ini tidak melibatkan banyak aspek teknikal, dia hanya perlu memasak secara berterusan. Sistem itu akan mengisi semula bahan-bahan masakan secara automatik dan Bu Fang hanya perlu memasak.

Pada satu sudut dapur, terdapat sebuah robot besi menyerupai manusia. Robot ini dicipta oleh sistem untuk mengitar semula sebarang makanan yang dimasak oleh Bu Fang semasa latihan. Selain dari makanan untuk Bu Fang dan anjing hitam besar itu, makanan selebihnya daripada latihan perlu dimasukkan ke dalam perut robot untuk di kitar semula.

Setelah Bu Fang menyalakan api, dia terus memulakan latihan memasaknya yang perlu diulang setiap hari.

Walaupun Bu Fang berada dalam dunia fantasi, dapur yang dihasilkan oleh sistem itu sama dengan dapur moden dari planet Bumi.

Semua jenis peralatan disediakan: periuk memasak tanpa asap, pisau keluli tahan karat, papan memotong, penyedut asap dapur, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk... Malah, peralatan ini lebih maju daripada peralatan planet Bumi. Bu Fang tidak menghadapi sebarang masalah semasa menggunanya, malah dia lebih suka memasak dengan peralatan ini.

Usai malam datang menjelma, dua bulan di atas langit yang harmoni bersama cahaya bulan yang seperti selendang meliputi langit malam.

Di hadapan restoran, anjing hitam besar itu bermalas-malasan dengan bahagia setelah ia selesai makan, disertai dengan bunyi serangga menemani ia menjaga kedai.

Keesokan paginya, Bu Fang bangun dengan sisa mengantuk. Selepas membersihkan diri, restoran dibuka untuk perniagaan.

Di hadapan pintu masih nampak kosong dan sunyi, dan tidak seorang pun kelihatan. Anjing hitam besar itu berbaring di lantai seperti biasa.

Bu Fang tiba-tiba cemburu dengan perniagaan Restoran Phoenix Abadi yang berkembang pesat di luar lorong. Perniagaan mereka terlalu menakjubkan dan terdapat banyak pelanggan sehinggakan pintu masuk itu akan roboh pada bila-bila masa.

Bu Fang mula membayangkan perniagaannya berjaya seperti Restoran Phoenix Abadi.

"Tuan, sebagai seorang Pakar Makanan yang ingin berdiri di bahagian teratas rantaian makanan di dunia fantasi, tuan tidak boleh iri hati dengan restoran lain. Bekerja keras untuk masa depan yang cerah!"

Suara peringatan mekanikal yang serius daripada sistem itu mengejutkan Bu Fang di dalam kepalanya dan dia telah pun biasa dengannya. Sepanjang sebulan yang lalu, apabila dia cemburu kepada Restoran Phoenix Abadi, sistem itu akan mula mengingatkan dirinya secara automatik.

Berdasarkan jawapannya, sistem itu agak antropomorfik.

Bu Fang duduk di atas kerusi yang diletakkan di luar restoran sambil menikmati cahaya matahari yang hangat. Badan dia meluncur ke bawah secara tidak sengaja, sehingga dia terbaring di kerusi dengan kedudukan yang sangat selesa.

Masih tiada seorang pun yang muncul di lorong itu.

"Satu hari lagi yang tiada pelanggan." Bu Fang berfikir dengan kuat sambil mengiringkan kepalanya dan menguap.

Anjing hitam besar yang berbaring di atas lantai itu memandang Bu Fang sambil menjelirkan lidahnya seperti biasa.

Apabila Bu Fang hampir tertidur, kedengaran bunyi tapak kaki yang mengejutkan dia. Dengan malas dia membuka mata dan terlihat seorang lelaki muda yang tampan sedang melalui jalan itu. Dia memakai pakaian ketat yang digunakan untuk latihan seni mempertahankan diri.

"Eh, tak sangka ada si bodoh yang buka restoran di lorong yang hampir tak ada orang ini"

Lelaki muda itu kelihatan kacak. Dia mempunyai wajah muka berbentuk bujur, matanya yang besar dan bibir yang berwarna merah. Sekiranya bukan dadanya yang rata dan halkum yang menonjol, Bu Fang akan menyangka dia seorang gadis yang menyamar.

Ini seolah-olah telah menjadi idea untuk gadis dalam dunia fantasi untuk menyamar sebagai lelaki.

Orang muda yang kacak itu seolah-olah telah berminat kepada restoran yang dibuka di sebuah lorong yang tiada siapa akan lalui. Tidak percaya, dia mula berjalan ke arah restoran itu.

Namun, Bu Fang tidak bangun, dia masih duduk di situ. Walaupun pemuda itu telah memasuki restoran, dia masih tidak menganggap dia sebagai pelanggan selagi dia tidak membuat sebarang pesanan. Bu Fang tahu, untuk seseorang menjadi pelanggan dia, mereka perlu terlebih dahulu menerima hakikat harga hidangan yang tidak masuk akal.

Seperti yang dijangkakan, apabila lelaki muda yang kacak itu melihat harga pada menu, matanya yang agak besar menjadi lebih besar, jeritannya bergema di sepanjang lorong yang sunyi.

"Oh Tuhanku, satu hidangan Sayur Goreng bernilai seratus syiling emas dan satu hidangan Nasi Goreng Telur berharga satu kristal? Adakah kau sudah gila dari ketamakan kau

  1. Orang yang bertapa, mengasingkan diri ke tempat yang sunyi untuk memperoleh kesaktian (membersihkan jiwa, menyuci­­kan diri dan lain-lain)
  2. Di China kuno, kedai-kedai mempunyai pintu masuk yang luas dan mereka menggunakan papan kayu sebagai pintu dan bukannya mempunyai pintu. Setiap pagi, papan akan dialihkan ke tepi. Pada penghujung hari, mereka akan diletakkan semula ke atas bingkai.

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C1
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login