Aniq Hamdan yang menjadi mangsa buli terkandas dalam masalah itu. Dia berusaha untuk keluar tapi gagal. Bila disuruh beritahu kepada ibu bapa mahupun guru Aniq tetap menolak dengan sekeras hati. Tapi kenapa? Apa ni Aniq Hamdan? Kenapa begitu mudah beri muka kepada insan itu?
Pertemuan Ilya dan Aniq membuatkan Ilya ingin membantu Aniq keluar dari masalah itu namun setiap kali Ilya ingin menolong, Aniq menolak sekerasnya. Dia takut kerana dia, Ilya terluka. Begitu juga Ilya yang takut terluka kerana ancaman dari pembuli.
Dapatkah mereka keluar dari ketakutan buli itu dan membina hidup baru tanpa usikan dan rasa sakit dari pembuli? Tapi macam mana dan kenapa? Apa tidak kena dengan Aniq Hamdan hingga tak mampu nak report kepada ibu bapanya? Siapa dia mangsa buli itu?
Nadeen Fatin? Ya itu nama dia. Nama yang diberikan oleh ibu bapa dia dan ini kisah dia begitu juga pilihan dia. Dia yang memilih untuk bersama lelaki itu dan dia yang memilih untuk meneruskan hidup dia bersama lelaki itu. Tetapi dia yang akan menentukan sama ada hidup dia akan berakhir begitu ataupun tidak .
Lelaki yang akan bersama dengan dia pula Naim Fawaz lelaki yang penuh misteri. Kenapa lelaki itu bersikap seperti ketakutan? Kenapa lelaki itu tidak dapat kebebasan yang dia inginkan? Logik atau tidak itu tidak pasti yang pasti lelaki itu benar benar ketakutan.
“Awak dah bebas...kan?” – Nadeen Fatin
“Belum.” – Naim Fawaz
Sampai bila Naim akan hidup dalam ketakutan? Sampai bila pula Nadeen mampu menjadi lampu suluh bagi menerangi hidup Naim yang gelap gelita?
kehidupan Naura Airina sentiasa penuh dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Bahkan dia telah menjadikan Arif Iskandar sebagai idolanya. Hinggalah dia bertemu dengan Nazrul Hadif, adik Arif Iskandar yang merupakan seorang pelajar yang bekerja di kedai buku Naura Airina. Tanpa Naura sedari, Nazrul menyimpan perasaan terhadapnya namun Nazrul tidak mampu ungkapkan kata cinta itu kerana hati Naura sudah mengukirkan nama abangnya, Arif Iskandar.
Saat kali pertama, Nazrul membawa Naura ke rumahnya. Arif sudah mula mengimpikan untuk menjadikan Naura suri hatinya tetapi dia seorang lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaan. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampailah dia sedia untuk memberitahu perasaanya itu.