下載應用程式
6.29% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 80: Minum Tengah Hari

章節 80: Minum Tengah Hari

編輯: EndlessFantasy Translation

"Saya di hospital."

"Saya di luar hospital. Boleh kamu keluar?"

"Adakah kamu perlukan sesuatu?" Nada Huo Mian kedengaran tidak mesra. Dia berasa berbelah-bahagi. Di tidak mahu terlalu rapat dengan Qin Chu tetapi mereka tinggal sebumbung. Jadi, dia tidak mempunyai pilihan.

"Ya." Qin Chu menjawab dengan nada serius.

Huo Mian melihat jam tangannya. Dia ada 20 minit lagi sebelum kembali masuk bekerja. Masih ada masa. Jadi, dia bangun dan berjalan ke arah pintu masuk hospital.

Sebaik sahaja dia tiba di sana, di ternampak Qin Chu yang bersandar pada Volkswagen CC nya yang sederhana.

Huo Mian teragak-agak seketika sebelum melangkah ke arahnya perlahan-lahan.

Qin Chu menghulurkan beg plastik kepadanya. "Nah."

"Apa ini?" Huo Mian bertanya, mengambil berat.

"Minum tengah hari."

"Terima kasih." Huo Mian berkata sambil mengambil beg itu dan mengangguk penuh penghargaan.

"Apa yang kamu mahu saya buat? Cepat beritahu saya. Saya perlu kembali bekerja sekejap lagi." Huo Mian bertanya. Dia tidak tahu kenapa Qin Chu membuat lawatan istimewa ke hospital pada jam begini.

"Saya hanya mahu berikan kamu minuman tengah hari kamu."

"…" Huo Mian kehilangan kata-kata.

Itu sahaja? Qin Chu bercakap dengan begitu serius tadi sehinggakan Huo Mian menyangkakan dia ada sesuatu yang penting untuk dikhabarkan.

Huo Mian langsung tidak tahu yang bagi Qin Chu, semua benda berkaitan dengannya ialah penting.

"Baiklah. Kalau begitu, saya akan masuk ke dalam semua."

"Sekejap." Kata Qin Chu.

Huo Mian memandang kembali padanya.

Dengan lembut, Qin Chu menggunakan tangannya untuk menyelit rambut Huo Mian di belakang telinganya.

Hampir sekelip mata, wajah Huo Mian berona merah.

Dia kelihatan seperti gadis yang baru jatuh cinta.

"Okey, pergi sambung kerja. Saya tidak dapat jemput kamu daripada kerja hari ini. Ada urusan syarikat yang perlu saya uruskan jadi saya akan pulang lewat sedikit. Tetapi, saya akan mintakan seseorang jemput kamu. Mereka akan hubungi kamu nanti."

"Tidak apa. Saya boleh naik bas kerana hospital dengan rumah begitu dekat."

Tidak kiralah apa yang dikatakan Huo Mian, Qin Chu berlagak seolah-olah dia tidak mendengar apa-apa dan masuk ke dalam keretanya.

Huo Mian mengeluh dan kembali ke hospital dengan minuman tengah harinya.

-Di dalam ruang rehat-

Huo Mian membuka beg itu perlahan-lahan dan ternampak sekotak makarun merah jambu, sekotak pastri, secawan kopi dan sekotak buah-buahan campur dengan tembikai susu, tembikai, strawberi dan anggur.

Ia dibungkus dengan begitu cantik dan semua bahan-bahannya sangat segar.

"Wau, bukankah makanan ini dari 37 Darjah? Ia sangat mahal. Saya dengar secawan kopi itu berharga 300 yuan. Huo Mian, kamu sangat mewah. Beritahu saya, adakah kamu menang loteri?" Huang Ye menyeru apabila dia ternampak bungkusan pada kotak itu.

"Tidak, ini ialah hadiah. Saya tidak akan membeli sesuatu yang mewah begini."

Huo Mian pernah terdengar mengenai 37 Darjah. Ia merupakan salah satu kedai kopi berkelas tinggi di bandar itu dan pakar dalam menyediakan minuman tengah hari.

Kedai itu biasanya dilawati oleh sosialit memandangkan orang kebanyakan tidak mampu membeli makanannya. Secawan kopi berharga 300 yuan dan satu hidingan aiskrim dikhabarkan mencecah 500 yuan. Harganya begitu tinggi.

Makanan yang dibeli oleh Qin Chu pasti berharga sekurang-kurangnya 1000 yuan.

Jumlahnya hampir sama dengan perbelanjaan bulannya tetapi Qin Chu membeli minuman tengah hari untuknya dengan jumlah yang sama.

Huo Mian merasakan hatinya sedikit terguris.

Ia mungkin kerana dia sudah terbiasa hidup mengikat perut bertahun-tahun lamanya.

"Hadiah? Ada seseorang yang cuba memenangi hati kamu? Beritahu saya, siapa dia?" Huang Ye berkata dengan senyuman misteri.

"Tidak. Ini hadiah daripada kawan saya yang bekerja sebagai pramugari. Kamu kenal dia." Huo Mian hanya mampu menggunakan Zhu Lingling sebagai alasan.

Kemudian, dia berkongsi makanan itu dengan jururawat lain di jabatannya. Semua orang menikmati makanan itu.

Sebaik sahaja dia mahu menyambung kerja, seorang doktor lelaki mengetuk pintu dan bertanya, "Huo Mian ada tak?"

"Saya Huo Mian." Huo Mian berkata lalu mengelap mulutnya dan berdiri.

"Nah, ini untuk kamu." Doktor itu tiba-tiba membawa keluar sejambak bunga mawar, membuatkan Huo Mian terkesima.

Tetapi, dia langsung tidak mengenai felo ini.

Bolehkah seseorang memberitahunya apa yang sedang berlaku?


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C80
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄