"Um... saya tak rasa itu idea yang baik." Huo Mian berpaling. Air mukanya jelas kelihatan kekok.
Macam mungkin dia boleh agak yang dia akan bertembung dengan kejadian begini… di hospital!
Su Yu memandang wanita cantik di sebelahnya. "Berambus dari sini."
"Tuan Muda Su..." Wanita itu jelas sekali enggan beredar.
"Cukup. Berambus dari sini."
Wanita cantik itu tiada pilihan selain memakai semula bajunya dan keluar dari bilik itu dengan linangan air mata. Dia berjalan di hadapan Huo Mian sambil menjeling marah pada Huo Mian. Nampaknya, dia menyalahkan Huo Mian kerana merosakkan suasana.
Huo Mian memandang wanita itu dan berbisik sendirian, "Hmm, wajah wanita ini macam biasa saya lihat. Bukankah wanita itu pengacara untuk saluran pelancongan? Saya rasa ia rancangan TV waktu malam jam 8 bernama rancangan 'Jelajah Seluruh Dunia'."