"Encik Su, gembira bertemu kamu." Huo Zhenghai menunjukkan wajah manis ketika melangkah masuk.
Su Yu duduk di kerusinya. Dia seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran Huo Zhenghai.
"Silakan duduk, Pengerusi Huo."
Setiausaha Su Yu membawa dua cawan teh panas sebaik sahaja Huo Zhenghai duduk.
"Oh ya, teh yang sangat sedap!" puji Huo Zhenghai selepas menghirup teh tersebut. "Sudah pastu daun Longjin yang dipetik lepas hujan, manis dan menyegarkan," sambungnya.
"Hm. Saya tak tahu jenis teh ini. Ada orang beri pada ayah saya dan dia tak mampu habiskan. Dia beri pada saya untuk dihidangkan kepada datuk tua macam kamu."
Su Yu tidak mempunyai niat untuk cakap berlapik dan terus memanggil Huo Zhenghai sebagai datuk tua…