"Saya harap kamu boleh kembali ke Syarikat Huo dan jadi ahli lembaga pengarah yang akan jadikan kamu salah seorang pewaris. Ketika itu, kamu akan jadi orang penting dan ayah kamu terpaksa ikut cakap kamu dan akan pertimbangkan semua permintaan kamu. Saya pula tak harapkan apa-apa. Saya cuma nak kamu tolong saya pindahkan Siyi ke sini semula."
"Maaf, saya tak mampu tolong kamu."
"Mestilah saya tak minta bantuan kamu secara percuma. Saya akan beri kamu satu juta yuan lepas rancangan kita berjaya." Pada Jiani, rancangannya satu pelaburan besar.
Shen Jiani mengeluarkan kotak broked daripada begnya sebelum Huo Mian sempat membuka mulut.
"Apa ni?" tanya Huo Mian.
"Ini jam Omega, model wanita yang terbaru. Saya beri kamu dengan ikhlas. Ia bernilai 188,000 yuan." Shen Jiani menolak kotak broked itu kepada Huo Mian.
Huo Mian mencemuh. Nampaknya, mak dan anak ini laburkan jumlah yang besar, dengan wang dan jam itu.