Namaku Jang hara dan anak kepada penasihat agung Jang in wo yang merupakan orang penting di istana Jeosen dan sudah menjadi perkara yang biasa seorang anak bangsawan mempunyai dayang tapi sebenarnya aku tidak suka dengan perkataan " Dayang " kerana bagi ku semua orang adalah sama dan tidak mengira pangkat ataupun darjat.
Aku mempunyai seorang dayang atau lebih aku suka panggil ialah seorang sahabat yang selalu ada dengan ku iaitu Hyung mi.
sebelum ini Aku pernah berpikir bahawa aku tidak memerlukan seorang dayang pun, bukan seperti anak bangsawan yang lain yang bersikap sombong dan suka mengarah dayang mereka sesuka hati tanpa pernah memikirkan penat lelah mereka bekerja serta melayani sikap mereka setiap hari.
sebelum aku bertemu dengan Hyung mi dan menjadikan dia sebagai sahabatku, bermula ketika aku ikut bersama appa(ayah).
Pertama kali aku jumpa Hyung mi ketika aku bersama-sama penasihat agung Jang atau lebih kenali sebagai appa(ayahku) pergi ke sebuah daerah perkampungan rakyat joseon untuk melihat keadaan kawasan tersebut dan kami bermalam di sebuah rumah kampung tersebut.
pada awalnya aku tidak berniat pun untuk pergi bersama appa (ayah) kerana ayah kesana atas urusan kerajaan. Tetapi oleh kerana aku ingin mempelajari hal-hal istana dan pada masa yang sama juga aku dapat membantu urusan appa(ayah) serba sedikit.
Selama beberapa hari aku berada di kampung itu dan disitu aku mula sedar bahawa untuk memperolehi sesuatu mestilah berusaha dan tanpa mereka siapalah kami golongan bangsawan ini.
pada hari ini aku bersama appa (ayah) pergi ke rumah gabenor Hwang atas urusan berkaitan dengan kampung ini. Namun begitu, aku terpaksa menunggu di luar pintu rumah gabenor hwang, kata appa (ayah) dia hanya masuk sekejap sahaja untuk mengambil utusan surat dari istana.
Dan aku pun berasa sedikit lega juga kerana tidak perlu berjumpa dengan gabenor hwang dan tidak perlu beradab seperti bangsawan, salah satunya anak bangsawan terutamanya perempuan perlu bercakap lemah-lembut.
Bagiku bercakap lemah-lembut itu susah untuk dilakukan kerana bukan semua orang akan dengar suara kita, sekiranya bercakap seperti itu. Lagi satu budi bicara ini datang dari hati bukan dari suara.
" Cuba kamu lihat seorang wanita yang berdiri di sana itu, wah!! betapa cantiknya dia" ujar seorang wanita kepada beberapa wanita lain yang sedang menganyam kasut jerami sambil duduk di atas meja besar.
" Ialah, dahlah memiliki paras rupa yang jelita kulitnya putih mulus dan sesuai sekali dengan hanbok berwarna pink yang dipakainya " jawab seorang wanita lagi.
" Mesti dia anak bangsawankan masa ada hamba yang cantik begitu " sampuk seorang wanita yang baru sampai di situ.
Setelah beberapa minit aku berdiri di tepi pintu untuk menunggu ayahku datang dari rumah gabenor Hwang. aku juga perasan yang sekumpulan Wanita yang sedang duduk itu asyik memandang ku beberapa kali.
Sebenarnya aku ingin tahu apa yang sedang mereka bicarakan tapi lebih baik aku tunggu disini sahaja. pikirku lagi.
"Hara urusan appa(ayah) sudah selesai, marilah kita pulang sekarang ". kata penasihat agung Jang.
"Baiklah appa (ayah)!! " jawabku dengan sedikit nada yang kuat kerana aku terkejut appa( ayah) tiba-tiba keluar dan pada masa itu ketika aku sedang berpikir dan tertanya-tanya apa yang dikatakan oleh beberapa orang wanita itu.
" Hara kenapa kamu berbicara dengan nada suara yang kuat ni terkejut appa( ayah) jadinya tau " tanya appa (ayah) kerana dia tidak menduga bahawa aku akan memberi reaksi seperti itu.
" Tiadalah appa(ayah) hara cuma terkejut sikit saja apa tidak appa(ayah) tiba-tiba saja keluar tadi " jawabku sambil melihat uncang beg yang aku bawa dengan sedikit riak muka yang agak malu dengan sikapku sendiri.
Hal ini kerana, bukan appa(ayah) sahaja terkejut malahan beberapa orang wanita yang sedang duduk itu juga berpaling dan melihat ke arahku.
"Hara kalau omma(ibu) lihat perangai kamu begini nanti omma marah tau kerana anak bangsawan perlulah bercakap dengan lemah lembut " kata appa (ayah) dengan sedikit nada suara mengusik.
" Alah appa (ayah) hara bukan sengaja buat begitu lahh janganlah bagi tahu omma(ibu) ya yaaa..." Jawabku dengan memek muka yang comel kerana kalau omma(ibu) tau aku berperangai begitu aku terpaksa menghabiskan masa ku untuk mengulang kaji dan belajar berkaitan dengan adab menjadi anak bangsawan dan itu perkara yang paling memenatkan ehhhh.
" Baiklah appa (ayah) tidak bagi tahu omma(ibu)" jawab appa (ayah) sambil tersenyum.
Kami pun meneruskan langkah menuju ke rumah untuk makan dan berehat.
Ketika waktu makan tengahari bersama appa(ayah).
"Appa( ayah) boleh Hara jalan-jalan keliling kampung malam ni bolehlah ? " Tanyaku ketika appa(ayah) yang sedang makan jeruk lobak putih.
Appa(ayah) pun Segara mengunyah makanan di mulutnya untuk menjawab pertanyaanku.
" Appa maafkan hara sebab tanya semasa appa(ayah) sedang makan " ujarku sedikit kesal melihat appa(ayah) terpaksa menggunyah cepat-cepat.
" Kenapa pula hara nak minta maaf, memang hara ada buat salah ? " Tanya appa (ayah).
" Begini hara tanya appa(ayah) semasa menggunyah makanan dan ini perbuatan yang agak biadap nanti boleh tercekik appa(ayah) tau ". Jawabku lagi.
" Ouh pasal itu jangan risau , appa baik sahajalah dan tidak tercekik pun dan appa(ayah) benarkan kamu keluar malam ni tapi jangan lama sangat ya"
Kata appa(ayah) yang cuba untuk menenangkan aku disebabkan melihat wajahku yang penuh dengan rasa bersalah dan risau.
"Terima kasih appa (ayah) " jawabku dengan gembira mendengar kata-kata appa dan kami pun meneruskan menghabiskan makanan di atas meja.
Pada waktu malam :
" Akhirnya setelah 5 hari aku berada di kampung ini aku boleh meluangkan masa sendiri daripada terus mengikuti appa(ayah) berjumpa kawan bangsawannya dan sungguh memenatkan Kerana perlu senyum setiap kali berjumpa mereka " kata ku dalam hati .
" Appa(ayah)!" Panggilku untuk memberi tahu bahawa aku ingin keluar sebentar sambil berdiri di hadapan pintu kamar appa(ayah).
Kemudian datang seorang perempuan yang bekerja sebagai tukang sapu di rumah tersebut dan berkata kepadaku.
" Maaf cik, penasihat agung Jang ada urusan penting katanya dan dia titipkan pesanan buat cik supaya berhati-hati dan pulang awal nanti ".
" Ouh begitu ya, tapi makcik janganlah panggil saya "cik ", panggil hara sahaja kan lebih senang jangan terlampau serius sangatlah " jawabku kepada wanita itu dengan suara yang riang kerana aku berasa tidak selesa dengan cara dia berbicara padaku ibarat dia menyanjung ku,tanpa aku sedari aku telah mengeluh sebentar.
" Tapi kan cik, hamba macam saya ni perlulah hormat golongan bangsawan macam cik " jawabnya lagi .
" makcik semua orang sama sajalah dan satu lagi panggil saya Hara yaa " kataku lalu aku berjalan keluar menuju pintu pagar rumah itu.
Sebelum aku keluar dan membuka pintu aku juga sempat berkata " selamat tinggal makcik nanti saya balik dan bagi tahu appa(ayah) supaya jangan risaukan saya, saya janji akan menjaga diri saya baik-baik " Kataku sambil melambaikan tangan kananku dan memberikan senyuman kepadanya.
" Ada juga anak bangsawan sepertinya yang sangat baik dan mempunyai rasa hormat kepada golongan hamba seperti aku " kata makcik kim yang melihat kerenah hara tadi yang begitu mesra denganya dan dia meneruskan menyapu halaman rumah itu.
Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!
Creation is hard, cheer me up!
I tagged this book, come and support me with a thumbs up!
Like it ? Add to library!
Like it ? Add to library!
Have some idea about my story? Comment it and let me know.