Syahmi dan Hazirah, yang sedang berlari dengan kuasa petir mereka, bertemu dengan Raja Drake Jones. Suasana berubah secara drastik apabila melihat wajah tenang Raja Drake Jones dan pengikut-pengikutnya di sekeliling raja tersebut. Hazirah dan Syahmi sudah bersedia untuk menyerang raja tidak guna itu tetapi beberapa pengikut Raja Drake Jones, termasuk Johan, menghalang laluan mereka.
"Tsk, tak guna punya raja," bisik Hazirah.
"HAHA. Aku tidak akan bagi engkau berdua kesenangan untuk membunuh aku begitu sahaja, bukan?" balas Raja Drake Jones apabila dia mendengar bisikan Hazirah. Pengikut-pengikut Raja Drake Jones memulakan serangan mereka tetapi sempat dihalang oleh seseorang.
"Chains of Shadow," kata Muaz sebaik sahaja mengeluarkan kuasa bayangnya.
"Dan kami bertiga tidak akan sesenang memberi mereka berdua menghabiskan tenaga dan masa mereka untuk mainan engkau, raja tak guna," balas Khaulah.
Batrisya turut muncul di belakang Hazirah dan Syahmi. Mereka berdua tersengih dan mula bersua muka dengan Raja Drake Jones manakala Khaulah, Muaz dan Batrisya menyerang pengikut-pengikut raja tak guna itu. Pertempuran antara Kembar Lagenda dan Raja Drake Jones bermula. Syahmi dan Hazirah mendapat banyak kelukaan.
"Kenapa mereka seakan-akan tidak mengeluarkan kuasa penuh mereka itu?" soal Batrisya dengan curiga sebaik sahaja mereka bertiga sudah selesai dengan tugasan mereka.
Batrisya menyembuh kelukaan yang ada pada Khaulah dan Muaz. Khaulah dan Muaz mengangkat bahu mereka sebelum mula menyaksikan pertempuran mereka. Ada beberapa yang terkorban dan ada yang cedera dengan teruk. Batrisya meminta diri untuk menolong para penyembuh manakala Khaulah dan Muaz teruskan perjuangan mereka untuk menyerang pihak musuh.
"Balls of Fire!" serang Syahmi.
Bebola itu mengena Raja Drake Jones dan beberapa pengikutnya. Namun, ia memberi sedikit kesan kepada raja itu. Syahmi dan Hazirah memandang Raja Drake Jones dengan tajam walaupun mereka sudah cedera parah. Keadaan di antara mereka bertiga seakan-akan berfokus kepada mereka dan bukan kepada sesiapa lain.
"Aura Petir!" serang Hazirah pula. Perkara yang sama berlaku dengan serangan Syahmi.
"HAHA. Korang sememangnya tidak ketahui akan kuasa yang aku kuasai, bukan? Buat apa teruskan peperangan ini sedangkan kuasa kau dapat mencederakan aku hanya sedikit?" soal Raja Drake Jones yang seakan-akan menyindir mereka.
Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sebelum mengangguk, seakan-akan mereka mempunyai suatu rancangan. Mereka mula memberi sepenuh tumpuan kepada kuasa dan tenaga mereka. Aura mereka menjadi satu dan semakin membesar sehingga menyembuh askar-askar mereka yang kelukaan, termasuk kelukaan mereka. Cahaya mula menyinar di tubuh mereka berdua sehinggakan semua yang sedang berperang, berhenti sebentar untuk menyaksi. Raja Drake Jone memandang mereka penuh dengan amarah dan mula mengumpul kuasanya. Dia mula menyerang Hazirah dan Syahmi agar mereka berdus tidak dapat menyelesaikan apa yang mereka sedang lakukan itu.
Sepasang lelaki dan perempuan muncul dari cahaya itu dengan gaya dan penampilan yang berbeza berbanding sebelum ini. Aura mereka turut semakin kuat. Rambut Hazirah, yang sebelum ini berwarna ungu bercampuran coklat, bertukar warna. Ianya berubah ke warna ungu sepenuhnya. Rambut Syahmi, yang sebelumnya berwarna merah, berubah ke warna hijau sepenuhnya. Mata mereka berdua turut berubah warna ke warna biru. Huzair, yang baru tiba di sana untuk membantu Muaz dan Khaulah, terkelu dengan perubahan mereka, apatah lagi Raja Drake Jones yang sudah tergamam. Muaz sudah bersiul apabila melihat gaya mereka yang berbeza itu.
"Kenapa engkau tergamam, wahai raja tak guna? Bukankah engkau lagi suka perkara-perkara mencabar sehinggakan inginkan kuasa kami?" sindir Hazirah dengan senyuman licik. Raja Drake Jones mendiamkan diri dan merenung si Kembar Lagenda dengan tajam.
"Apa pandang-pandang? Ada hutang dengan kami ke?" perli Syahmi pula.
Raja Drake Jones melepaskan auranya dan berlari ke arah mereka berdua. Aura yang dilepaskan itu membuat ramai askar terbenam ke tanah. Hazirah berdiri di belakang Syahmi, menolongnya dari segi penyembuhan manakala Syahmi akan bertarung dengan Raja Drake Jones. Huzair, yang sedang memerhatikan pertarungan mereka itu, mengukirkan sebuah senyuman di bibir.
"Bagus juga idea mereka," tutur Muaz, yang baru sahaja menyelesai membunuh askar-askar yang ada di bahagian itu.
"Strategi yang bagus. Seorang mahir dalam penyembuhan akan menyembuh kelukaan dan menolong dari jarak jauh manakala lagi seorang akan bertarung dengan kuasa penuh," kata Huzair dengan senyuman tidak lekang dari bibir.
"Bertarung dengan kuasa penuh huh?"
*****************************************
Huzair's POV
"Bertarung dengan kuasa penuh huh?"
"Kembar Lagenda perlu bekerjasama untuk membunuh sesiapa yang inginkan kekecohan dan kemusnahan. Salah satu cara adalah dengan strategi ini dan lagi satu adalah dengan fusion," terangku dengan mata yang tidak lepas pandang pertarungan Kembar Lagenda dan Raja Drake Jones.
Muaz mengangguk tanda faham akan penerangan yang diberi olehku. Kelihatan Raja Drake Jones semakin susah untuk menangani serangan bertubi-tubi milik sang Kembar Lagenda. Dia mengumat-kamit sesuatu dan sekelilingnya ditutup dengan aura gelapnya. Hazirah dan Syahmi memandang Raja Drake Jones dengan tajam. Aku dan Muaz tergamam apabila melihat perkara itu.
"Huz. Adakah ini...?"
"Ya, Dark Soul Surge. Ianya amat berbahaya kerana ianya memakan nyawa seseorang dan menjadi tenaga kepada pengguna yang menggunakan Soul Surge," balasku dengan pandangan tajam.
"Along! Muaz! Lindungi askar-askar kita dengan askar-askar yang lain," arah Hazirah.
Aku dan Muaz mengangguk. Khaulah mengikut mereka setelah selesai kerjanya. Syahmi dan Hazirah mencipta pendinding di sekeliling mereka berdua agar mereka tidak terjejas dengan aura kuat Raja Drake Jones. Kebanyakan nyawa askar-askar Raja Drake Jones diambil oleh raja tak guna itu dan muncul seorang jejaka edisi demon yang sudah menyerahkan nyawanya kepada kegelapan.
"Seronok menyerahkan diri kepada kegelapan? Makan pengikut-pengikut engkau? Apa yang engkau dapat dengan menyerahkan nyawa engkau kepada kegelapan?" soal Syahmi dengan marah.
"Untuk kemusnahan dunia ini, sudah pasti. Untuk kuasa sehebat Kembar Lagenda, sudah tentu," balas raja tidak guna itu.
"Gila kuasa," bisik Hazirah sambil menahan amarahnya.
Raja Drake Jones ketawa sebelum menyerang mereka. Namun, setiap serangannya berjaya dielak oleh Kembar Lagenda itu. Pertarungan itu dibawa ke udara agar senang untuk bertarung. Askar-askar yang ada di tanah itu memandang pertarungan itu, termasuk aku, Raja Rizal, Blaze of the Light dan the Alpha. Aku, Raja Rizal dan Shahrul amat risau dengan keselamatan si Kembar Lagenda itu. Permaisuri Khadija, yang bersama Aisha, turut berasa risau dengan keselamatan mereka dan hanya dapat mendoakan keselamatan keluarganya dan askar-askar yang teruskan perjuangan mereka demi menyelamatkan negara mereka. Sedikit demi sedikit, serangan Raja Drake Jones membuatkan mereka semakin lelah akibat banyak mengelak. Hazirah hampir jatuh namun sempat ditahan oleh Syahmi dengan memeluk Hazirah.
"Okay? Masih boleh teruskan?" soal Syahmi dengan prihatin.
Hazirah mengangguk dan memegang bahu Syahmi sebagai sokongan untuk mengimbangkan badannya. Raja Drake Jones sudah membuat satu serangan besar sebaik sahaja pandangan Kembar Lagenda beralih darinya. Satu bola besar diperbuat daripada bebola api kegelapan muncul di tapak tangan Raja Drake Jones.
"HAZIRAH! SYAHMI! AWAS!" jeritku sebaik sahaja melihat bola api kegelapan itu.
Muaz menghalangku dari berlari ke arah Hazirah dan Syahmi walau berapa kali aku cuba melepaskan diri dari pegangannya. Khaulah memeluk Batrisya yang sudah menangis teresak-esak. Guardians membuat sebuah dinding besar untuk melindungi askar-askar yang ada di padang daripada impak bebola api itu. Raja Rizal sudah menundukkan kepalanya kerana tidak sanggup melihat. Dia tidak sempat untuk menolong mereka berdua kerana serangan Raja Drake Jones hampir dekat dengan sang Kembar Lagenda.
End of POV
TBC