下載應用程式
62.11% Perceraian Ke-99 / Chapter 569: Seseorang yang Masih Hidup Menunggu Kamu. Kamu Tahu?

章節 569: Seseorang yang Masih Hidup Menunggu Kamu. Kamu Tahu?

編輯: EndlessFantasy Translation

"Atuk dah tidur, tapi terjaga kembali." Kapten Li mengambil tangan Su Qianci lalu menepuknya, kemudian mengeluh dan berkata, "Kamu tahu kenapa Atuk terjaga?" Su Qianci memandang Kapten Li lalu menggeleng perlahan. Wajah lelaki tua itu semakin banyak kedutan berbanding lebih tiga tahun lalu.

"Atuk mimpi. Atuk mimpi Sicheng balik." Lelaki tua itu tersenyum. Suaranya serak dan perlahan. Dia kelihatan sedikit sedih ketika terus bercerita, "Sicheng cakap, 'Atuk, saya minta maaf kepada Atuk dan Qianci. Saya mungkin tak sempat kembali untuk tengok Atuk pergi. Atuk anggap sajalah saya tak pernah wujud. Maafkan saya." Suara Kapten Li bertambah sebak dan air mata mula bertakung di kolam matanya. "Dah hampir empat tahun berlalu. Dua bulan lagi hari jadi Dasu dan Ersu. Kalau dia masih hidup, dia mesti dah kembali. Kenapa dia masih tak balik ke rumah ini?"

Air mata Su Qianci turut gugur. "Atuk, jangan fikir banyak sangat. Dia akan kembali. Cuma tunggu masa saja. Dia masih hidup, jadi Atuk perlu sihat untuk jumpa dia. Saya dapat rasakan dia akan balik tak lama lagi."

Kapten Li menggelengkan kepalanya. "Atuk kenal dia. Kalau dia masih hidup, dia pasti dah kembali. Dia ada isteri dan dua orang anak. Kamu tahu kan betapa gembiranya dia sewaktu tahu kamu hamilkan kembar. Jika dia masih hidup, mustahil dia tak balik ke sini untuk jumpa anak-anaknya. Walaupun kadang-kadang dia nampak tak peduli dan dingin, tapi hatinya lebih hangat daripada orang lain. Dia tak mungkin akan berpaling daripada orang-orang yang dia sayang. Dia sayangkan keluarga ini, tapi dia belum kembali selepas hampir empat tahun berlalu."

Su Qianci tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya terasa pedih. "Atuk dah tak banyak masa. Sejak hampir empat tahun ini, kamu dah bekerja keras untuk uruskan syarikatnya dan anak-anak kamu. Atuk dah lihat semuanya, tapi… Atuk rasa kasihan kepada kamu!"

"Atuk, saya baik-baik saja."

Kapten Li memegang tangan Su Qianci dan memandangnya dengan penuh makna. Kemudian dia berkata, "Kamu mungkin boleh bertahan, tapi kamu tahukah betapa anak-anak kamu perlukan seorang ayah?"

Sebaik mendengar kata-kata itu, Su Qianci mula faham apa yang ingin diberitahu Kapten Li. Dia terus menggeleng dan berkata, "Atuk, saya tak mahu cari pengganti. Saya akan tunggu sehingga dia kembali."

"Atuk tahu kamu setia pada dia, tapi dah beberapa tahun berlalu dan kamu juga baru 25 tahun. Terimalah hakikat, Qianci, dia dah tiada. Dia tak akan kembali."

Su Qianci memandang lelaki tua itu. Uban sudah hampir memenuhi seluruh kepalanya. Wajah dan semangatnya kelihatan lebih tua daripada ketika tahun yang sama pada kehidupan lalu. Su Qianci tahu apa yang merisaukan Kapten Li. Lelaki tua itu risau Su Qianci akan keseorangan apabila dia meninggal dunia. Li Sicheng ialah cucu yang paling disayanginya, cucu yang dibesarkannya sendiri. Tetapi sekarang dia sedang cuba memujuk isteri cucu kesayangannya itu untuk berkahwin dengan orang lain. Bukankah ia satu penyeksaan bagi lelaki tua ini?

Namun Su Qianci tidak mahu menerima kebaikan hati Kapten Li. Dia memegang tangannya dan berkata dengan serius, "Atuk, dia akan kembali."

"Qianqian," suara Kapten Li kedengaran seperti loceng yang rosak di tengah-tengah ribut dan hujan, sayup-sayup dan serak. "Orang yang dah tiada tak akan tahu pengorbanan yang kamu lakukan. Seseorang yang masih hidup ada menunggu kamu. Kamu tahu?"


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C569
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄