下載應用程式
7.2% Perceraian Ke-99 / Chapter 66: Sangat Takut

章節 66: Sangat Takut

編輯: EndlessFantasy Translation

Su Qianci menjerit dan kehilangan imbangannya apabila ditarik oleh lelaki itu secara tiba-tiba. Dia cuba menahan tangannya pada siling kereta tersebut, tetapi tangannya ditahan ke bawah. Su Qianci terjatuh di atas Li Sicheng. Mukanya jatuh pada dada lelaki itu, manakala tangannya tersentuh sesuatu yang hangat. Tanpa sedar, dia memegang 'benda' itu yang pada mulanya lembut tetapi tiba-tiba mengeras. Su Qianci terkejut sebaik menyedari benda itu lalu melepaskannya dan mendongak.

Serta-merta, dia melihat sepasang anak mata yang gelap dan dingin, tetapi seolah-olah membara. Mata itu menunjukkan antara marah atau nafsu. Renungan penuh misteri itu membuatkan Su Qianci dapat merasakan suatu krisis bakal melanda. Lelaki ini menggerunkan. Degupan jantung Su Qianci semakin laju. Dia mahu bangun, tetapi pinggangnya telah ditahan oleh lengan yang sangat kuat. Hati Su Qianci menggeletar.

Perasaan tidak percaya jelas kelihatan dalam mata lelaki itu. Ia kelihatan sama seperti waktu Su Qianci cuba menerangkan dia tidak memulakan kebakaran pada kehidupannya yang lepas. Namun, kali ini api kemarahan dan nafsu turut kelihatan.

Li Sicheng memegang dagu Su Qianci.

"Tolong…." Su Qianci merintih kerana berasa sakit, suaranya menggeletar.

Lu Yihan yang melihat Su Qianci jatuh ke dalam kereta terkejut dan segera berlari ke arahnya. Sewaktu menghampiri kereta itu, dia mendengar Su Qianci menjerit dan berasa semakin bimbang. Namun belum sempat Lu Yihan mencapai lengan baju Su Qianci, pintu Maybach tersebut telah ditutup secara tiba-tiba dan kereta itu terus bergerak.

"Bangsat! Kenapa lelaki itu pukul seorang perempuan? Kamu panggil diri kamu lelaki? Sungguh menjijikkan!" Lu Yihan mengutuk sambil masuk ke dalam keretanya dan mengekori Maybach tersebut.

Sekarang musim panas, tetapi Su Qianci berasa sejuk dan dingin. Li Sicheng masih memegang dagunya dan lelaki itu dapat merasakan Su Qianci menggeletar. Matanya semakin gelap.

"Kau takut dengan aku?"

Su Qianci menggenggam tangannya mendengar soalan itu. Sudah tentu dia takut. Dia telah beberapa kali melihat Li Sicheng berkelakuan begini sepanjang kehidupan lalu. Melihat Su Qianci hanya diam, Li Sicheng memegang dagunya dengan lebih kuat. Wajah Su Qianci berkerut kesakitan tetapi dia masih dapat merasakan kehangatan tangan lelaki itu.

"Kalau takut kepada aku, kenapa kau curang?"

"Mana ada!" Su Qianci menggelengkan kepala tetapi kesakitan pada dagunya semakin perit. "Dia hanya kawan sekelas saya."

Li Sicheng melihat ke bawah dan memandang dada Su Qianci yang menyandar pada dadanya. Lurahnya bergerak setiap kali dia itu bernafas. Hanya satu renungan sahaja sudah membuat Li Sicheng gila.

"Baju seksi sebegini untuk berjumpa kawan sekelas?"

Su Qianci rasa malu lalu cuba untuk bangun, tetapi dia ditolak ke bawah oleh Li Sicheng. Muka ke muka, dada ke dada, dan dia dapat merasai kehadiran 'barang berharga' Li Sicheng di bawahnya.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C66
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄