下載應用程式
50.87% Perceraian Ke-99 / Chapter 466: Menjemput Dirinya Sendiri

章節 466: Menjemput Dirinya Sendiri

編輯: EndlessFantasy Translation

"Tut, merepek," kata Yu Lili dengan wajah tidak berpuas hati.

"Mana kamu tahu saya merepek? Hm?" kata Ou Ming ketika bibirnya mula turun ke tubuh Yu Lili.

Yu Lili menolak Ou Ming dan berkata, "Hentikan, kita ada tetamu!"

"Jadi jangan goda aku." Ou Ming memegang tangan Yu Lili dan menggigitnya. Kemudian dia menarik wanita itu bangun dan menyarung sut merah gelapnya. "Jom pergi sambut tetamu."

Yu Lili duduk di meja soleknya untuk memakai solekan. Selepas bersiap, dia memastikan Ou Ming tidak sedar dan masuk ke dalam bilik air secara senyap-senyap sambil membawa telefon bimbitnya. Dia menghantar mesej kepada Lu Yihan: 'Kamu boleh datang sekarang. Saya dan Qianqian sedang tunggu kamu di sini.'

Kemudian dia terus menerima jawapan. 'Baik, kejap lagi saya sampai.'

Dia dah nak sampai… Yu Lili tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Dia membuka pintu dengan memegang telefon bimbit di tangannya. Sambil bernyanyi kecil, dia memaut lengan Ou Ming. "Jom."

Mata Ou Ming tertumpu kepada telefon di tangan Yu Lili. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi dia tidak berkata apa-apa dan terus membawa Yu Lili ke ruang parking di tingkat bawah.

*****

Cheng You memandu lebih tiga jam untuk balik ke Kingstown. Setibanya di rumah, dia terus merebahkan dirinya di atas katil kerana kepenatan. Selepas tidur seketika, dia terjaga apabila terdengar loceng pintu dibunyikan. Dia menutup mukanya dengan selimut, tetapi loceng itu tidak berhenti-henti berbunyi. Akhirnya Cheng You pergi membuka pintu dengan rambut yang masih kusut-masai. Sekali imbas, dia menyangka dia telah menjadi buta dan terus menutup pintu itu kembali. Walau bagaimanapun, Rong Rui menahan pintu itu dan tidak berganjak darinya. 

Cheng You berasa amat marah. "Kenapa kamu ini sangat menjengkelkan? Tak bolehkah kamu berambus saja?"

Rong Rui tidak menghiraukannya dan terus meletakkan beg pakaian yang dibawanya ke dalam. Dia melihat sekeliling rumah Cheng You dan mengangguk. "Bersih juga."

Cheng You terkejut sebaik melihat beg pakaian yang dibawa Rong Rui. Dia meletakkan sebelah kakinya di atas beg itu dan bertanya, "Tunggu, apa kamu nak?"

"Tinggal dengan kamu," kata Rong Rui selamba, malah wajahnya langsung tidak menunjukkan rasa malu.

"Kamu tak dialu-alukan. Berambus!"

Cheng You tidak pernah menjumpai orang yang setegar itu. Tidakkah Rong Rui dapat merasakan yang dia membencinya? Lelaki ini tidak sedarkah Cheng You mahu dia mati sekarang juga? Lelaki ini sangka dia sedang berguraukah? Cheng You ketawa sinis. "Saya dah bayar balik duit kamu. Kamu tak tengok?"

"Okey," kata Rong Rui. "Saya pun ada pindahkan duit kepada kamu. Dah tengok?"

"Bila?"

"10 minit lepas."

Cheng You ketawa mengejek dan mengeluarkan telefonnya.

[BANK KINGSTOWN: Rong Rui telah memindahkan 1000,000.00$ ke akaun anda. Baki akaun anda sekarang adalah 5 289 241.27…]

Cheng You sangat terkejut sehingga hampir menjatuhkan telefonnya. Dia menoleh ke arah Rong Rui dan menjerit, "Kamu dah gila? Kenapa pindahkan wang sebanyak ini?"

Rong Rui cuba masuk ke dalam rumah itu dengan beg pakaiannya. "Itu bayaran sewa saya, tapi saya tak pandai memasak. Jadi itu tugas kamu, Cik Tuan Rumah."

"Tut!" Cheng You meletakkan telefonnya ke tepi dan cuba menolak Rong Rui keluar. "Saya tak setuju. Berambus! Ini pencerobohan dan saya boleh telefon polis!"

"Tapi saya dah bayar sewa, jadi kamu tak boleh halau saya."

"Saya akan pindahkan balik duit itulah bodoh! Siapa nak bayaran sewa kamu!" Cheng You mengambil telefonnya untuk memindahkan wang Rong Rui kembali.

Walau bagaimanapun, telefonnya itu adalah telefon yang baru dibeli dan aplikasi perbankan belum dimuat turun. Rong Rui sudahpun berjaya masuk ke dalam bersama dengan beg pakaiannya.

"Hei!!" Cheng You berasa hampir pengsan. "Rong Rui!!"


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C466
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄