下載應用程式
67.24% Perceraian Ke-99 / Chapter 616: Disebabkan Dia Li Jinnan, Dia Tidak Boleh…

章節 616: Disebabkan Dia Li Jinnan, Dia Tidak Boleh…

編輯: EndlessFantasy Translation

Udara di dalam keretanya turut menjadi sejuk. Su Qianci menutup pendingin hawa dan memandu kereta itu pulang ke rumah. Di belakangnya, di satu sudut yang tidak dapat dilihat Su Qianci, satu kereta Bentley diparkir di tepi jambatan itu. Li Jinnan melihat kereta Bugatti itu pergi dengan mata yang jelas menunjukkan kemarahan. Tetapi perasaan simpati lebih banyak mendominasi mata itu.

Namun dia tahu, dia tidak boleh mendekati wanita itu lebih-lebih lagi dalam situasi sebegini. Li Sicheng masih hidup. Lelaki itu ialah abangnya, abang yang paling dihormati dan dikaguminya. Abangnya itu akan kembali tidak lama lagi.

Disebabkan dia ialah Li Jinnan, dia tidak boleh…

Kereta Bugatti itu meluncur pergi dan Li Jinnan mengekorinya dalam jarak yang tidak dapat dilihat Su Qianci. Apabila melihat kereta itu kembali ke rumah lama dan memasuki halaman, barulah dia memusingkan keretanya dan memandu pulang ke rumahnya sendiri. Mata Li Jinnan kelihatan suram.

*****

Kapten Li sedang duduk di sofa sambil bercerita kepada tiga orang kanak-kanak itu. Li Mosen dan Li Jianyue turut duduk di sofa, manakala Li Jianqian duduk di atas karpet sambil memeluk bantal. Ketiga-tiga mereka kelihatan teruja mendengar cerita Kapten Li. Tiba-tiba, kedengaran pintu rumah dibuka dari luar.

Qin Shuhua dan Li Xiao yang sedang menonton TV segera menoleh sebaik mendengar bunyi pintu itu.

Kelihatan Su Qianci yang basah kuyup. Telinganya merah dan keadaannya kelihatan teruk.

Qin Shuhua yang terkejut segera menyuruh Su Qianci masuk dan bertanya, "Kenapa ni Qianci? Kenapa jadi macam ni?"

"Mama!" jerit Li Jianyue. Li Jianqian turut memandang ibunya.

Su Qianci menoleh ke arah anak-anaknya, kemudian menggeleng ke arah Qin Shuhua. Dia memaksa dirinya untuk tersenyum dan berkata, "Tak ada apa-apa Ibu. Cuma hujan dan saya tak jumpa tempat berteduh."

"Jadi kamu…"

Jadi kamu menangis seperti ini disebabkan hujan?

Qin Shuhua tidak sempat menghabiskan pertanyaan itu ketika suaminya menyikunya dari tepi.

Su Qianci melihat perkara itu lalu tersenyum dan berkata, "Ibu, Ayah, saya pergi mandi dulu."

Sekilas pandang Kapten Li sudah tahu ada sesuatu yang telah berlaku. Dia berkata, "Pergi mandi cepat. Nanti demam."

"Baik Atuk," jawab Su Qianci sebelum terus berlalu ke biliknya.

Kapten Li mengeluh kecil dan kesedihan dapat dilihat dalam mata tuanya. Selepas menyuruh ketiga-tiga orang kanak-kanak itu tidur, dia berjalan dengan tongkatnya dan duduk berhadapan Qin Shuhua dan Li Xiao. "Selain waktu Li Sicheng baru pergi, bila kamu pernah lihat Su Qianci menangis seteruk ini?"

Mata Qin Shuhua terus kemerahan sebaik mendengar kata-kata itu. "Dia seperti yakin Sicheng datang kepadanya sejak beberapa hari ini. Bila dia keluar tadi, dia berpakaian cantik. Mungkinkah…"

Sudah empat tahun Li Sicheng pergi, tetapi Su Qianci masih berkelakuan sebegitu. Kasihan… Disebabkan Li Sicheng ialah anaknya, Qin Shuhua sebenarnya menentang jika menantunya itu berkahwin lagi. Tetapi… jika perkara ini berterusan, bagaimana Su Qianci mahu meneruskan hidup?

Kapten Li mengeluh dan menggeleng. "Ayah tak boleh biarkan dia macam ini lagi. Suruh Yihan bawa dia jumpa doktor esok. Yihan itu baik budaknya."

Mendengar kata-kata itu, Qin Shuhua dan Li Xiao saling berpandangan tanpa berkata apa-apa.

Jing Sao berasa amat gementar. Sudah 15 minit berlalu sejak dia menelefon Li Sicheng. Namun bayang lelaki itu belum kelihatan. Fikirannya yang sentiasa tenang selama hampir lapan tahun penyamarannya tiba-tiba menjadi berserabut.

Cepat pulang, cepat pulang, cepatlah pulang!


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C616
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄