下載應用程式
26.52% Perceraian Ke-99 / Chapter 243: Bayi Lelaki Tiga Bulan

章節 243: Bayi Lelaki Tiga Bulan

編輯: EndlessFantasy Translation

Suara Puan Tang sangat membingitkan, seolah-olah dia tak tahu apa maksud "merendah diri". Di hadapan semua orang, dia mengumumkan anak perempuannya sebagai ibu kepada anak lelaki pertama Li Sicheng. Namun, anak pertama haruslah anak yang sah taraf. Kalau betul pun Tang Mengying mengandungkan anak Li Sicheng, itu ialah anak luar nikah. Jadi, dari mana dia dapat idea tentang "anak pertama" itu? Semua orang terkejut betapa beraninya Puan Tang. Sambil mereka tercengang, mereka semua memandang Su Qianci.

Jika dibandingkan kekalahan Tang Mengying dan betapa tidak tahu malu ibunya, Su Qianci masih nampak sangat elegan. Dia berdiri di atas pentas itu dan nampak seperti dia tidak terlibat dalam sandiwara itu.

"Padan pun Kapten Li had pilih Su Qianci berbanding Tang Mengying." Seseorang berkata dari khalayak ramai itu. Mereka yang mahu menyenangkan hati keluarga Li, terus setuju dan menaikkan suara mereka.

Tang Mengying mengangkat kepalanya dan menarik Qin Shuhua dengan kedua-dua tangannya lalu menangis, "Mak Cik…" Air matanya terus gugur. "Saya tahu Mak Cik memang sukakan saya. Saya tahu saya dah kecewakan Mak Cik. Tapi, bayi ni tak bersaIah. Saya memang betul-betul mengandungkan anak Abang Sicheng. Mak Cik sudah kenal saya sejak saya bayi lagi. Tolonglah percayakan saya."

Qin Shuhua memang sukakan perempuan ini, bukan sahaja kerana dia bijak dan berkebolehan, tapi kerana dia sentiasa berperwatakan baik dan lembut. Disebabkan dia mengenali Tang Mengying sejak kecil, dia rasa yang dia tahu perangai sebenarnya. Perempuan seperti Tang Mengying tak akan menipunya. Bila mendengar kata-kata Tang Mengying, Qin Shuhua memegang lengan perempuan itu tapi seseorang terus berkata, "Shuhua, mari ke sini." Suara itu agak berumur tapi tegas.

Qin Shuhua memandang sekilas Kapten Li, dan kemudian ke arah Tang Mengying dengan rasa teragak-agak. Tang Mengying memeluk lengan Qin Shuhua erat-erat dan melutut di atas lantai. "Bayi ni sudah tiga bulan. Ini bayi lelaki, Mak Cik…"

Su Qianci terdengar kata-kata itu dan terus rasa sesak nafas. Tiga bulan. Dia menerima panggilan dari Australia itu tiga bulan lepas. Maksudnya, dia telah mengandung sejak hari itu… Melihat wajah Tang Mengying, dia nampak seperti bercakap yang benar. Dan panggilan itu… hati Su Qianci remuk. Su Qianci menggenggam penumbuknya sambil merenung Qin Shuhua dan Tang Mengying.

Kapten Li sedar yang emosi Su Qianci telah berubah dan meletakkan satu tangan di bahu wanita itu. "Li Sicheng tak akan buat begitu." Tak ada sesiapa yang mengenali Li Sicheng lebih daripada dia. Perwatakan cucunya itu serupa dengannya jadi dia tahu tak mungkin dia akan berkelakuan begini. Kapten Li sangat yakin. Su Qianci mengangguk dan rasa lebih tenang. Betul tu. Dia tak akan buat perkara sebegini.

"Mengying, bangun dulu. Awak patut bercakap dengan Sicheng bila dia balik nanti. Boleh when he comes back. Okey?" Qin Shuhua masih rasa bersalah terhadap Tang Mengying. Kalau dia berkeras dulu, mungkin Li Sicheng tak akan berkahwin dengan Su Qianci…

Tang Mengying menangis sekuat hatinya dan berkata, "Kalau Mak Cik tak percaya, saya tak nak bangun. Saya memang mengandungkan anak Sicheng…"

"Betulkah?" Satu suara dingin kedengaran dari jauh. Semua orang memandang ke arah suara itu, milik seorang lelaki tinggi lampai yang berdiri di pintu. Pandangan dinginnya tertumpu ke arah Tang Mengying secara sinis. "Awak tahu apa itu 'delusional'?"


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C243
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄