Pasadianka: " Kepada Irna. Pulanglah. Kami semua amat risaukan kamu" Begitu rayu Jamilah Isma, 50, kepada anaknya Irna Sari Rafael, yang menghilangkan diri sejak tiga bulan lalu.
Jamilah berkata, anaknya itu pulang kali terakhir pada Februari lalu sebelum Irna meninggalkan rumah di Pulau Kulu untuk mencari kerja di Siliwel.
Menurutnya, beberapa hari selepas anaknya berada di Siliwel, Irna ada menghubunginya untuk memaklumkan yang dia sudah mendapat kerja di sebuah kilang di Siliwel.
"Ia kali terakhir saya mendengar suara Irna. Selepas itu, saya beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal".
"Justeru, saya merayu supaya dia pulang segera ke rumah kerana kami sekeluarga begitu risau tentang dirinya" katanya ketika ditemui , di sini semalam.
"Kali pertama Irna Sari pergi ke Siliwel adalah pada November tahun lalu dengan rakannya bagi mencari pekerjaan. Selepas beberapa hari, dia memberitahu sudah mendapat kerja di sebuah restoran di Lembayung, Pasadianka.
"Dia pulang ke kampung selama seminggu pada Januari lalu" katanya.
Jamilah juga sudah menelefon kawan rapat Intan di Siliwel dan Pasadianka, tetapi masing - masing tidak tahu di mana anak perempuannya itu berada.
Justeru, dua laporan mengenai kehilangan Irna sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 11, Siliwel pada 29 Mei lalu.
Jamilah meminta sesiapa yang mengetahui di mana Irna berada supaya menghubungi mana – mana balai polis berhampiran atau menghubunginya di talian 032-7241252.