下載應用程式
7.14% My Girlfriend Bodyguard / Chapter 1: Prolog
My Girlfriend Bodyguard My Girlfriend Bodyguard original

My Girlfriend Bodyguard

作者: LadyNura

© WebNovel

章節 1: Prolog

SEORANG gadis jatuh terduduk ditepi longkang sekolah akibat ditolak oleh seorang lelaki yang selalu bergurau tak bertempat. Dia menunduk ke bawah sambil melihat lututnya yang ketika itu berdarah. Apabila melihat darah yang mengalir itu, dia pun tertawa sinis. Dengan perlahan dia bangun dan terus menatap wajah budak-budak lelaki yang sedang mentertawakannya. Terlebih lagi, lelaki yang mengetuai menolaknya dengan sengaja sehingga jatuh.

Dia menarik nafas sedalam mungkin lalu menghembusnya dengan kasar sekali. Seolah-olah, dia mengeluh dan bosan kerana asyik diperlakukan begitu. Dia memandang wajah lelaki yang menolaknya dengan penuh kesal. "Puas?" soal Aisy dengan nada dingin.

Budak-budak lelaki itu pun terdiam dengan persoalan yang ditanya oleh Aisy. Terlebih lagi, soalan itu buat lelaki yang menolaknya tadi. Salah seorang daripada mereka berbisik dengan budak lelaki yang menolaknya itu. "Wey, Fahmi. Aku rasa baik kau minta maaf dengan Aisy. Aku rasa dia marahlah..." ujar Aliff risau akan sifat Aisy yang berubah kerana selama ini Aisy pendiam sahaja orangnya.

"Buat apa aku nak minta maaf? Salah dia, kan? Siapa suruh dia jatuh?" ucap Tengku Fahmi dengan kuat supaya tersampai ucapannya buat Aisy.

"Aku tanya sekali lagi. Kau puas?" soal Aisy lagi dengan riak wajah yang sangat dingin dibanding tadi.

"Yes, aku puas! Kenapa? Salah ke?" tanya Tengku Fahmi sesudah menjawab soalan Aisy.

Tergelak Aisy mendengar jawapan daripada Tengku Fahmi. Dia menggigit bibir bawahnya itu sehingga merah. Dia meminta hatinya untuk terus bersabar dahulu. "Aku bagi kau peluang untuk minta maaf dengan aku. Kalau kau minta maaf, aku lepaskan kau" kata Aisy dengan tegas dan seperti biasanya wajah dinginnya itu.

"Aku? Minta maaf? Dengan kau? Huh, nonsense! Buat apa aku nak minta maaf dengan kau? Tak nak aku!" jawab Tengku Fahmi dengan egois sekali.

"Ouh, tak nak minta maaf... Faham! Aku faham sangat! Terlebih faham yang kau ni anak orang kaya. So, aku tak boleh nak buat apa..." ujar Aisy sambil mengangguk kepalanya tanda faham.

"Kau baru tahu ke? Kesian..." ucap Tengku Fahmi sambil tersenyum.

"Kesian? Heyy.. Kau tu yang kesian.. Ganggu aku tanpa sebab! Apa masalah kau? Aku tak pernah ganggu hidup kau tapi kenapa kau selalu aje ganggu hidup aku? Yang tu aku tak faham! Sumpah! Aku tak faham langsung!" marah Aisy dengan menunding jarinya ke arah lelaki itu.

"Wey, Aisy. Releks lah.. Aku gurau aje tadi..." ujar Tengku Fahmi dengan riak wajah serba salah. Kawan-kawannya yang lain sekadar mengangguk sahaja sambil mengiyakan perkataan yang keluar daripada mulut Tengku Fahmi.

"Releks? Gurau? Kau nak tau yang kau punya gurau tu tak kena tempat langsung! Aku malas nak cakap lagi... Cuma satu aje aku nak pesan..." kata Aisy dingin.

"Apa dia?" tanya Tengku Fahmi sambil memandang lutut Aisy yang berdarah itu.

"Aku harap kita takkan jumpa lagi lepas ni. Kalau jumpa pun, aku harap kita pura-pura tak kenal satu sama lain. Thanks sebab selama ni ganggu hidup aku," ucap Aisy dingin. Dia pun berlalu meninggalkan Tengku Fahmi beserta kawan-kawannya itu.

Tengku Fahmi terdiam setelah mendengar ucapan Aisy sebentar tadi. 'Fahmi... Apa kau dah buat dengan Aisy? Kenapa kau buat dia macam tu?' soal hatinya kepada diri sendiri. Tengku Fahmi meraup wajahnya dengan kesal. Dia mahu mengejar tetapi ada suara hati yang menahannya daripada terus mengejar Aisy. Dia hanya mampu melihat Aisy yang terus melangkah pergi meninggalkannya.


next chapter
Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C1
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄