"Bipp...bibippp.....biiipppp....bippppppp..." kedengaran bunyi monitor yang semakin kuat.
Keadaan mula menjadi panik dan kucar-kacir.
"Cepat, lakukan CPR kepada pesakit" doktor mengarahkan pembantunya.
"Doktor, tekanan darah pesakit semakin berkurang!"
"Ambil beg darah, pesakit kita kekurangan darah"
"Maaf, doktor. Kita dah kehabisan bekalan darah. Pesakit mempunyai jenis darah yang jarang dijumpai iaitu RH-
————————————————————————
"Dub...dap....dub....dap..., haish apasal rasa tak sedap hati ni" kata Ryan di dalam hatinya.
"Dah lebih 2 jam Alisha kat dalam bilik ni. Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku pada Alisha.Tolonglah Ya Allah, selamatkan lah isteri dan anak aku"
Dia melihat ke daun pintu bilik kecemasan itu yang masih belum terbuka sambil berdoa.
Tiba-tiba....
"Kreak....." pintu bilik kecemasan terbuka.
"Doktor, macamana keaadaan isteri dan anak saya? Diorang tak apa-apa kan?"
"Maaf, saya dah buat sebaik yang mungkin tetapi .....