下載應用程式
83.33% Love me just one day / Chapter 5: Bab 5

章節 5: Bab 5

"SO, kau suka lelaki yang macam mana?"soal Ashraf setelah lama kami senyap.

Tadi selepas habis kelas, aku suruh Dee balik dulu dengan alasan nak jumpa pensyarah.Tengku Adam lepas je dia chat aku semalam, dia langsung tak cakap dengan aku hari ini.Muka dia pun asyik merah je macam kena demam.Kawan-kawan dia okay pula tegur aku.

"Eh? Kenapa kau tanya macam itu pula?"aku pandang dia dengan muka blur.

"Cakap jelah"

Aku menunduk.Hujung jari aku menyentuh dagu, berfikir.

"Kalau boleh aku nak yang caring pasal perempuan.Pandai jaga hati.Bertanggungjawab dan melindungi"tersenyum aku buat list jejaka idaman aku.

"Lain?"

Aku ketawa kecil.

"Aku tak pandang pun rupa dengan harta janji dia macam apa yang aku nak, aku okay je"

"Sumpah kau pelik.Semua perempuan yang aku kenal, semua pandang rupa dan harta"dia menyeluk tanggannya ke dalam poket seluar.

Sekali lagi tawa kecil aku terlepas.

"Yelah kot aku pelik"aku pandang jam di pergelangan tangan aku."Ah aku tak asar lagi.Aku naik dulu eh?"

"Sekejap"

Tiba-tiba dia pandang aku.Mata kami bertembung.Entah mengapa renungan itu buat hati aku tak sedap.

"Weekend ini keluar dengan aku jom?"

Wosh!

Dan angin menjadi bunyi latar belakang kami.

"HE what?!"

Dee mengoncang tubuh aku sampai bergegar segala jenis organ aku.Aku terus menolaknya jauh dari aku.

"Kau ini kan!"

"Dah kau nak suruh aku react macam mana lagi lepas dengar benda macam ini?"

"Err..."aku mati kata.

Aku pun sebenarnya pun tak tahu nak react macam mana.Sumpah otak aku tunggang terbalik.Dua orang lelaki, kawan baik pula itu, ajak aku keluar pada hari yang sama.

Apa dunia dah kiamat ke sampai tinggal aku seorang je diaorang nak ajak keluar?

"So kau balas apa?"

"Aku cakap tak boleh sebab aku dah janji dengan Tengku Adam"

"Lepas itu?"

"Dia terus blah!".

Mengenangkan itu terus aku rasa sakit hati.Selamba je dia pergi macam itu tak ucap selamat tinggal bagai.At least cakap jelah bye ke apa?

"Hmm cinta tiga segi"gumam Dee.Aku terus berpeluk tubuh.Merepek lagilah budak ini!

"And what do you mean by that Nadirah Shazreen?"

"Yelah.Ash suka kau in the same time Tengku pun suka dekat kau and kau pula suka dekat Tengku"

"Sejak bila pula aku suka dekat Tengku Adam itu?"

"Ah lantaklah tapi yang pasti aku dah siap rangka novel untuk kisah cinta kau"

Serentak itu aku melibas bantal ke bahu Dee.Eee geram pula aku dengan budak ini.Itulah terlebih layan k-drama lagi!

"Kau ini dahlah! Sampai bila kau tak nak percaya yang kau itu dah digilai oleh dua orang para jejaka terhangat di dunia abad ke-21 ini"

"Digilai ke dicintai ke ah aku tak nak layan semua itu.Mak aku hantar aku sini sebab suruh belajar bukan suruh cari bakal suami!"

"Ek eleh minah ini.Kau digilai dua jejaka tetapi kau mengilai pelajaran"

"Ada aku kisah"

"Ish macam manalah aku boleh bertahan 9 tahun dengan kau ini"Dee terus kembali ke katilnya.Buku novel di bawah bantalnya dibuka.

Aku pula dah pening seorang.

Serius arr...

PAGI itu sengaja aku keluar awal.Aku pun dah tampal stick note dekat almari Dee waktu dia mandi tadi.

Kaki aku melangkah mendekati sebuah bangku batu berdekatan fakulti.Novel bahasa Inggeris Half-Blood aku buka.Semalam aki baru baca separuh.

Aku tak kisah pun orang cakap aku bajet omputih baca novel Inggeris.Dah itu aku nak buat macam mana lagi? First time aku baca novel Melayu tajuk dia Patahnya Sayap Bidadari, aku ingat lagi betapa bestnya novel itu.Habis je novel itu, aku baca novel lain.

Tapi kisah cinta dia gila cliche.Sampailah mak aku beli novel Inggeris aku yang pertama, Girls Of Storm And Shadows, time itulah semua novel Inggeris aku sapu.

Dekat Malaysia ini susah betul nak cari novel yang berunsurkan fantasi, adventure, siap ada peperangan bagai.

Banyaknya novel cinta dengan hantu ajelah.

"Zia"

Tersentak aku apabila Ashraf tiba-tiba duduk di sebelah aku.Aku yang dah gugup dengan kehadiran dia, hanya menghiraukan dia lalu menyambung pembacaan aku.

Semua kata-kata Dee sebelum ini kembali berlegar-legar di dalam kepala otak aku.

"Zia..."

Lagi sekali dia memanggil aku sekaligus merampas novel aku.Terkejut aku dibuatnya dengan tindakan Ashraf yang tiba-tiba.

"Ash—"

"Aku cintakan kau"

Jantung aku bagai hilng detiknya mendengar ayat yang keluar dari mulut Ashraf.Lidah aku kelu, tak mampu nak membalas.

"I'm madly in love with you, Nur Airis Shazia binti Zulkarnain"wajah Ashraf betul-betul serius.

"Ash apa kau cakap ini?"aku betul-betul tak tahu apa yang sedang terjadi sekarang ini.Semuanya berlaku dengan pantas.

"Atau kau memang suka Adam?"

Serta-merta aku bangun.Tubuh aku menggeletar.Beg sandang aku capai lalu berjalan laju pergi dari situ.Tak kisahlah pasal novel itu, aku boleh beli baru.

Lama juga aku berjalan, sampailah aku sampai dekat entah fakulti mana.Aku duduk di atas bangku berdekatan.Waktu inilah aku dengan tangan menggeletar mencapai telefon dalam beg.Nombor Dee aku tekan.

"Hello, Dee..."dan tangisan aku pecah jua.Aku pun tak tahu kenapa aku boleh menangis.

"Eh Ris kau kenapa menangis itu? Kau dekat mana ini?"

Suara Dee kedengaran cemas.Aku rasa dia  dah keluar bilik sebab dengar bunyi orang bercakap dekat belakang dia.

"Aku...aku tak tahu.Dee...please detect aku.Ak...aku tak tahu nak cakap macam mana"

"Sekejap kau tunggu aku datang"

Dan talian mati.Aku mengenggam lutut aku.Aku speechless but in the same time aku rasa macam tak boleh terima.Aku pun tak tahu apa kena dengan aku.

Ya Allah, kenapa aku menangis ini? Bukan aku patut gembira ke ada orang suka aku?

Lama itu, Dee sampai juga.Mukanya kelihatan cemas melihat muka aku yang penuh air mata.Dia duduk di sebelah aku lalu menarik tubuh aku ke dalam dangkapannya.

"Cuba cerita siapa yang buli kau? Nak aku belasah dia?"Dee mengosok bahu aku lembut.

Lama juga begitu sampailah tangisan aku reda.Pandangan pelajar sekeliling tidak kami hiraukan.

"Ashraf"aku mengesat air mata aku.Melihatkan tudung Dee yang dah basah lencun, bersalah pula aku rasa.

"Kenapa dengan Ashraf?"

"Dia cakap dia cintakan aku"

"Huh?"Dee pamerkan wajah blur sebelum tawanya pecah.Aku terus libas lengan dia dengan beg sandang.

"Dee!"marah aku melihatkan dia makin kuat ketawa

"Aku ingat ada orang buli kau ke apa.Budak Ashraf itu confess rupanya!"Dee menekan perutnya yang makin sakit akibat terlebih ketawa.

"Tak lawak Dee.Tak lawak"

Dengan sisa tawanya,Dee menarik aku ke dalam dangkapannya.Bahu aku ditepuk lembut.

"Alolo janganlah marah baby sayang"

"Aku tak tahu kenapa aku boleh menangis.Pelik"

"Kau terkejutlah itu.Seumur hayat kau mana pernah ada orang main confess-confess dengan kau ini"

"Aku tak nak masuk kelaslah.Nanti kau beritahu Puan Rika aku tak sihat"aku keluar dari pelukan Dee.

Tapi memang betul pun.Dengan mata sembap, muka merah, kesan air mata lagi memang nampak sangatlah tak sihat.Kalau aku masuk kelas dengan muka macam ini, Puan Rika tetap akan halau aku balik bilik juga.

"Ha yelah.Nanti aku jumpa budak Ashraf itu bagi slow talk. Tak memasal nanti dia ingat kau benci dia ha lepas itu mulalah declare war bagai.Heh nyampah mak!"Dee meletakkan tangannya di bahu lalu tunjuk muka meluat.

"Tak payahlah.Nanti aku settle sendiri"

"Iyelah cik Airis aku sayang!"

.


next chapter
Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C5
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄

tip 段落評論

段落註釋功能現已上線!將滑鼠移到任何段落上,然後按下圖示以添加您的評論。

此外,您可以隨時在「設置」 中將其關閉/ 打開。

明白了