Penatnya setiap hari homework sentiasa bertimbun.Semoga tahun ni dapat bertemu dengan seseorang .. erh jangan nak berangan lah ..huh?
"Jes!bangunlah awak"
"Kejap lagi"
Setiap pagi pasti Mel yang sentiasa bangunkan Jes sehingga dia dianggap sebagai 'alarm' pada Jes .Jes merupakan sepupu aka schoolmate dari sekolah rendah,sekolah menengah dan sehinggalah sekarang.Mereka berdua sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan.
"Lambat lah kau ni"
"Haha sorrylah awak"
"Yelah jom jalan"
Mel berjalan beriringan dengan Jes dan mereka berbual ,ketawa sehingga lupa dunia.Setiap hari mereka akan berjalan kaki bersama-sama pergi ke Universiti kerana Universiti tak berapa jauh dari flat mereka tinggal sekarang.
Sebelum mereka masuk kelas Jes mengajak Mel bersiar-siar di sebuah taman untuk mencari angin dan menghilangkan stres.
Semasa mereka berdua berjalan mereka ternampak seorang jejaka sedang melukis di taman
"Tu Sam kan?" Mel berbisik pada Jes
"Haah dia lah tu kesian kan dia semasa Lucy pergi dia tak layan dah mana-mana pun perempuan"
"Yes but dia tetap belajar bersungguh-sungguh saya respect sikap dia seorang yang tabah"
"Mestilah Mel dalam hidup kita ni memang akan banyak cabaran tapi kita mesti tabah menghadapinya tak boleh give up apalagi kalau orang yang kita sayang dah pergi tinggalkan kita kita mesti terima dan tetap kuat"
"Alright Jes aku suka sangat bila dengar kau bagi advice"
"Thankss Mel"
Mel hanya senyum sambil melihat
bunga-bunga di sekeliling taman Mel mencari kelibat Sam tetapi tiada. "agaknya dia dah masuk kelas ke?"
Mel berbisik dalam hatinya.
Jes melihat jamnya menunjukkan waktu untuk mereka masuk ke kelas
"Jom Mel masuk kelas" Mel mengangguk kepalanya dan mengikut Jes dari belakang Mel menoleh ke belakang dan dia ternampak Sam juga berjalan menuju ke kelas "Eh masih ada pula dia kat sana" Sam menyedari Mel melihatnya.Dia menoleh pada Mel dan memberikan senyuman padanya, Mel terkejut apabila Sam melihatnya ,dia menoleh ke depan untuk meneruskan perjalananya "Alamak malunya"
Masa rehat
"Jes temankan saya pergi library lepas ni boleh?"
"Boleh je"
Setelah mereka siap makan mereka berdua pergi ke library
"Kau tak nak pinjam buku ke?"
"Tak kau jelah aku duduk sini je tunggu kau"
Mel mengangguk kepalanya dan pergi mencari buku yang ingin dipinjam.
Semasa Mel membelekkan buku untuk mencari buku di rak dia ternampak Sam sedang membaca buku sambil berdiri.
Mel terkejut dan pergi ke rak lain kerana malu untuk berhadapan dengan Sam.
"Kenapa dia kat sini pula?" bisiknya dalam hati dan dia terus mencari buku yang ingin dipinjam.
"Yes dah jumpa"
Sam berpeluk tubuh merenung muka Mel sambil senyum,Mel menoleh sebelahnya ada Sam "Sejak bila pula dia ada kat sebelah aku ni"
"Terkejut?" Sam memberikan senyuman sinis
"Er kenapa awak kat sini?
Sam hanya berlalu meninggalkan Mel yang masih terpinga-pinga
"Kenapa dia tu?"
Setelah Mel siap mencari buku yang ingin dipinjam dia pergi ke kaunter untuk mendaftar peminjam buku.Semasa Mel sudah berada di depan kaunter dia mengambil kadnya di poket seluar tetapi tiada "Alamak matilah aku takkan aku lupa pula"
Mel mulai cemas
"Err saya....."
Belum sempat Mel menyatakan pada kak Siti yang menunggu kad peminjamnya,
Sam menghulurkan kadnya pada kak Siti
"Sekali dengan dia"
Kak Siti hanya mengangguk faham.
"Dia ada kat belakang aku ke tadi?"
"Nah buku yang awak nak pinjam"
Mel mengambil buku itu daripada Sam
"Thanks sorry menyusahkan awak saya lupa bawa kad saya tadi"
"Takpe saya faham lain kali don't forget to bring your card mujurlah saya ada kat belakang awak tadi"
Sam memberikan senyuman pada Mel, Mel mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana malu
"Anyway erm saya bagi nombor saya pada awak then kalau awak dah nak balikkan buku yang awak pinjam ni just call me"
Sam menghulurkan kad nombornya pada Mel dan pergi meninggalkan Mel
"Thankss"
Jes mengejutkan Mel dari belakang dan menepuk bahunya
"Mel"
"opocot!"Mel melatah kuat dan menoleh ke belakang
"Kau dah kenapa kejutkan aku pula ni?"
Jes ketawa melihat Mel melatah kuat tadi.
"Kau ni kan tak lucu lah nasib aku takde penyakit sesak nafas kalau tak boleh pengsan aku kat sini tau"
"Haha sorrylah dok gurau je ceh terkejut ke malu tu kena tolong dengan Sam ? so sweet"
"Kau ni en jom masuk kelas"
Mel meninggalkan Jes yang masih ketawa