下載應用程式
85% Hanya si Dia / Chapter 17: Bab 17

章節 17: Bab 17

-7 hari-

Afif memandang isterinya yang borak dengan sepupunya, dari jauh dia memandang isterinya dengan Amar. Kadang-kadang dia nampak Wanie cuba lari dari Amar tapi Amar menghalang laluannya.

"You.. Apa yang you pandang?" Illa yang di sebelah Afif menarik perlahan kepala Afif. Afif memandang ke arah Illa sambil tersenyum.

"Tengok Wanie." Jawab Afif pendek. Di pandang ke arah Wanie dan Amar sekali lagi. Amar cuba membuka tudung Wanie. Afif sudah tak tahan dengan perangai Amar, Afif tinggalkan Illa sendirian di situ.

"Bro.. Melampau dah nii." Afif menolak perlahan bahu Amar.

"Wei relax lah. Aku tak buat apa pun ok." Amar menolak bawah hidungnya.

"Tak buat apa? Sempai nak buka tudung dia kenapa?" Afif menahan marahnya. Wanie mula beredar dari situ apabila semua mata memandang ke arah mereka.

"Bro.. Pembantu rumah ja kan? Yang kau jadi macam ni kenapa?" Amar memandang perangai Afif yang berubah.

"Pembantu rumah? Siapa cakap dia pembantu rumah!" Afif mengetap bibirnya. Terkuat pula.

"Yang kau nak marah aku kenapa? Budak tu yang beritahu aku sendiri. Pembantu rumah ja kot." Amar turut meninggikan suaranya.

"Pembantu ru-rumah?" Afif memandang ke arah dapur, Wanie yang sudah dalam biliknya, memejamkan matanya.

"Kenapa? Kau cemburu aku sentuh pembantu rumah tu?" Amar ketawa sinis. Satu tumbukan kena di wajah Amar.

"Dia isteri aku bodoh!" Afif genggam kolar Melayu Amar geram.

"Jangan kau berani-berani sentuh isteri aku." Afif menolak Amar jauh darinya, Afif terus meninggalkan ruang tamu dan menuju ke ruang dapur. Di ketuk perlahan pintu bilik isterinya. Wanie buka sedikit pintu biliknya dan melihat seseorang di sebalik pintu. Afif senyum kepada isterinya, Wanie membuka pintu luas dan peluk Afif lama.

"Kita masuk dalam jom." Afif membawa isteri masuk dalam bilik. Di tutup pintu bilik rapat dan kunci pintu. Dia memandang isterinya yang sedang menunduk.

"Abang.. Abang minta maaf." Afif dongak dagu Wanie.

"Sebab biarkan sayang dengan Amar sendirian." Afif mengusap lembut dagu Wanie. Wanie menggeleng kepalanya perlahan.

"Tak apa.. Abangkan kena layan tetamu.. Lagipun tak ada siapa tahu pun kan kita kahwin.. Nanti kawan-kawan abang, ummi, Ira, baba dan Kak Illa kata apa pula." Wanie senyum sedikit kepada Afif.

"Sekarang semua dah tahu.. Kita kahwin." Afif usap lembut kedua pipi isterinya sambil tersenyum dengan kata-katanya.

"Kenapa sayang cakap dekat Raish.. Yang sayang pembantu rumah? Sayang patut cakap yang sayang.."

"Sayang tak nak abang malu. Keluarga abang malu kalau sayang cakap sayang isteri abang." Wanie menundukkan kepalanya.

"Hey. Hey. Abang tak pernah malu yang sayang isteri abang. Begitu juga dengan keluarga abang.. Kenapa? Sayang malu abang jadi suami sayang?" Afif memandang isterinya. Wanie menggeleng dan pandang wajah Afif.

"Tak. Langsung tak." Jawab Wanie. Afif senyum dengan jawapan isterinya.

"Lepas ni jangan cakap dah dengan Raish tahu." Afif cubit pipi Wanie geram. Wanie senyum dan mengangguk kepalanya laju.

"Nak keluar?" Wanie menggelengkan kepalanya. Afif mengerut dahinya.

"Kenapa?"

"Sayang tak bersedia nak berdepan dengan kawan-kawan abang." Afif memandang isterinya lama.

"Mereka bukan nak makan sayang pun." Afif senyum melihat Wanie yang menjeling.

"Jom. Jangan risau, sayang ada abang, ummi, baba, Ira dan Illa. Ok." Afif senyum kepada isterinya. Tangan Wanie di capainya, Wanie mengetap bibirnya sambil di pejam matanya.

"Wei Fif. Kau tak khabar pun ada isteri cantik." Afif peluk bahu isterinya yang menunduk kepalanya. Malu mungkin.

"Hey.. Mestilah. Kan sayang?" Afif mengusik isterinya yang ketap bibirnya. Illa dengan kawannya memandang ke arah Afif dan Wanie.

"Sanggup dia menduakan kau. Kau apa kurangnya? Lagi cantik lagi dari budak kampung tu." Aina kawan Illa jeling melihat Wanie dari jauh.

"Entah-entah dia letak sesuatu dalam makanan Afif. Manalah kita tahu.. Kau kena berhati-hati Illa." Qisa memegang bahu Illa.

"Ish apa kau orang ni. Wanie bukan macam tu." Marah Illa kepada kawannha.

"Kalau kau orang nak tahu. Aku yang perosak rumah tangga dia orang." Illa memandang kawannya geram. Di tolak tangan Qisa dari bahunya.

"Ye.. Memang dia budak kampung.. Tapi budak kampung tu lah yang banyak ubahkan Fif. Yang dulu Fif kaki perempuan dan sekarang setia dengan isteri dia. Dengan aku pun Fif tak boleh berubah macam tu. Aku bersyukur sangat yang Wanie hadir dalam keluarga Fif." Illa senyum kepada Wanie yang jauh darinya.

"Tapi budak tu dah rampas Fif dari kau." Tasya cuba sedarkan Illa dari terus memuji Wanie. Illa pun dah banyak berubah sekarang.

"Pembetulan. Aku yang rampas Fif dari Wanie. Wanie tak pernah rampas Fif langsung dari aku. Tapi aku.. Aku yang rampas Fif dari dia." Illa terus berjalan meninggalkan kawan-kawannya, dia berjalan menuju ke arah Wanie dan Afif.

"Hey.." Illa jabat tangan dengan kawan-kawan Afif.

"Aku rasa Illa pun terkena dengan perempuan tu." Fina memandang kawan-kawannya.

"Kita nak buat macam mana ni?" Aina memandang kawan-kawannya.

"Kita.. Gunakan Raish?" Qila tersenyum sinis sambil memandang ketiga kawannya dan memandang belakang Wanie sinis.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"Sayang.." Panggil Afif sambil di dongak dagu Wanie. Wanie pandang wajah Afif.

"Abang rindu nak dengar suara sayang.." Kata Afif perlahan. Di pandang wajah lebam wanie.

"Maafkan abang sebab pukul sayang sampai macam ni." Afif mengusap lembut mata lebam Wanie. Wanie hanya pandang wajah Afif.

"Kalau sayang dengar cakap abang. Sayang tak akan jadi macam ni lagi." Kata Afif lagi. Anak mata Afif menikam anak mata Wanie. Dia cuba sampai rasa bersalahnya kepada isterinya.

"Tapi.. Sayang degil. Sayang buat juga! Abang cakap jangan layan sepupu abang. Sayang degil! Sayang borak juga dengan sepupu abang. Abang tahu sepupu abang tu hensem, kaya, anak Dato'. Abang sedar siapa diri abang sahaja sayang." Afif memandang mata Wanie yang sudah berubah warna.

"Abang.. Wanie tak cakap pun dengan sepupu abang. Abang tak nampak benda yang sebenar. Abang dengar cakap orang lain. Abang tak tanya pun sayang benda yang sebenar. Abang hanya dengar tuduhan orang lain terhadap sayang. Abang sebagai suami sayang.. Abang patut tanya sayang dulu bukannya main pukul sayang tanpa sebab. Sayang tahu sayang siapa dengan abang. Sayang tahu abang bukan cinta sayang pun. Abang terpaksa kahwin dengan sayang kan? kalau teruk sangat sayang depan mata abang. Abang lepaskan sayang." Satu titisan jatuh di sebelah mata kirinya dan di ikuti dengan sebelah kanan. Afif terdiam, di pandang isterinya dengan air mata. Afif memandang tempat lain, dia tak mampu membalas pandangan isterinya.

"Baguslah sayang dah tahu. Tak lah abang nak beritahu sayang perasaan abang dekat sayang dah." Wanie memandang Afif tidak percaya. Dia salah dengarkan? Tapi rasanya, dia tidak pekak lagi. Kalau dia pekak dia tak akan dengar suara Afif dari mula. Maknanya.. Afif betul-betul tak cintakannya. Apa gunanya dia di sini kalau orang yang dia harap tak cintakan dia. Apa gunanya dia jadi isteri kepada orang yang tak cintakannya.

'Kau lupa Wanie.. Afif anggap kau barang yang dia boleh pukul. Kau hanya batang kayu untuk dia lepaskan geram. Kau kena ingat.. Afif tak pernah anggap kau isteri. Hanya mulutnya sahaja yang kata begitu. Bangun lah, sedar lah dari penghinaan ini Wanie.' Wanie menggeleng kepalanya. Dia tak percaya, dia perlu dengar sekali lagi.

"Ulang balik." Wanie memegang lengan Afif dan menarik perlahan muka Afif supaya pandangnya. Afif pejamkan matanya setelah dia nampak wajah Wanie.

"Ulang balik." Wanie dekatkan dirinya dengan Afif. Afif masih tidak memandangnya.

"Abang tipu kan?" Wanie usap perlahan wajah Afif, Afif mengetap bibirnya geram. Matanya masih tidak di buka.

"Abang.." Panggil Wanie dengan perasaan sebak. Afif tidak sahut malah pandangnya pun tidak.

"Kalau Wanie tak ada di depan mata abang.. Apa abang akan buat?" Afif terus buka matanya, matanya memandang tepat anak mata Wanie. Wanie senyum perlahan, dia membalas pandangan Afif.

"Ab-abang.." Wanie memandang pula pada mulut Afif. Dia nak dengar dari mulut tu. Afif pandang Wanie yang bertukar arah matanya. Hatinya sakit apabila dengar soalan dari Wanie.

"Abang.. Abang tak bersedia lagi dengan kehilangan sayang. Abang tak nak hilang sayang." Jawab Afif jujur. Dia mengusap lembut kedua pipi isterinya. Wanie pandang mata Afif lama.

"Abang cintakan Wanie?" Tanya Wanie lagi. Dia ingin kepastian. Afif pandang wajah Wanie lemah. Banyak kali dia dengar perkataan 'Cintakan Wanie', dan jawapannya masih sama, dia tak cintakan gadis ni. Banyak kali dia paksa hatinya untuk terima cinta Wanie, tapi dia tak boleh. Cinta Illa lebih besar, dia hanya cintakan Illa dan Illa. Tiada nama lain selain Illa dalam hatinya. Tapi dia tak sanggup kehilangan gadis ni. Dia pun tak tahu sebab apa.. Mungkin.. Dia belum puas pukul isterinya. Afif mengetap bibirnya geram. Dia terpaksa tipu.. Dia anggukkan kepalanya.

"Ya.. Abang cintakan sayang." Afif senyum kepada isterinya. Di usap lembut kedua pipi isterinya, Wanie pandang lama wajah Afif. Dia tak tahu harus teruja atau dia pura-pura teruja. Sejujurnya dia tak yakin dengan kata-kata Afif tadi. Rasa seperti.. Di tipu.

"Sayang.." Panggil Afif apabila Wanie diam.

"Izinkan Wanie menanggih kasih sayang abang." Ayat itu di ulangnya lagi. Setiap kali dia tidak percaya dengan kata-kata Afif. Dia akan ulang perkataan yang sama. Supaya Afif ingat, apa yang dia inginkan. Dia ingin kasih sayang seorang suami. Itu sahaja dia nak. Itu sahaja..


next chapter
Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C17
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄